29: Dia Kembali

406 16 4
                                    

HARI kian berubah, bulanpun makin bertambah. Kandungan Liya juga semakin membesar dan berkembang dengan sihat. Meski jadwalnya padat dengan tempahan kek dan gubahan bunga, tetapi kesihatan tetap dititik beratkan. Setiap dua minggu Liya perlu datang berjumpa doktor untuk routine check-up.

Alhamdulillah, kandungannya tidak mengalami sebarang masalah kerna Liya cukup cakna dengan isu komplikasi wanita mengandung yang kebanyakkan disebabkan oleh pengambilan pemakanan. Maka dari itu, meski dirinya adalah seorang pembuat dessert atau pemanis mulut, Liya tetap tak lupa menjaga pemakanan supaya kesihatannya kekal terjaga.

Semakin hari Liya semakin sibuk melayan pelbagai tempahan. Baik dari kek, pastry, dan juga doorgift serta bouquet. Mujur dia telah dibantu oleh lima orang krew profesional. Jika tidak, mungkin Liya boleh pengsan kerana tidak menang tangan.

Kata orang, layanlah pekerja sebagaimana kau melayan sahabat mahupun keluarga. Nescaya rezkimu turut mengalir bersama mereka. Prinsip itu dipegang kukuh oleh Liya selaku majikan. Tidak sekali melayan pekerjanya seperti orang suruhan atau bawahan. Walaupun dia perlu menghabiskan RM7k setiap bulan untuk gaji mereka sahaja, ia tak bermakna Liya harus melayan mereka macam hamba.

Justeru Liya dan staf-stafnya umpama kawan rapat yang paling mesra. Sehingga mereka berasa senang dan tidak berkira. Mereka amat menyayangi Liya dan menggelar Liya sebagai majikan yang paling sempoi.

Petang itu Liya baru dapat berehat di bahgian belakang. Para staf pun dah mengambil alih kerja yang sepatutnya Liya buat. Maklumlah, majikan sedang sarat mengandung. Para staf pun tahu diri tak mahu membuat Liya terbeban.

"Liya nak air kopi ke?" tanya seorang wanita yang merupakan penolong di bahgian coffebar.

"Tak apa Kak Intan, terima kasih. Liya cuma nak rehat sekejap. Letih sangat," sahut Liya.

Liya dibiar berehat sambi memejamkan mata. Menunggu Shah menjemput pulang, apa salahnya kalau dia melelapkan diri sebentar.

Harap maklum, Shah kini sudah tidak membiarkan Liya memandu sendiri lagi. Kandungan yang semakin sarat membuat Shah mengambil inisiatif untuk menghantar serta menjemput Liya setiap hari ke kedai. Tak mahu menyesal kemudian katanya.

Hampir 15 minit Liya terlelap, dia kembali tersentak oleh suara salah seorang pekerjanya yang mengejutkan lenanya dengan berhati-hati.

"Kak Liya, Kak Liya. Ada orang nak jumpa," panggil seorang gadis remaja yang bertugas di bahgian kaunter.

Liya pun bingkas dengan keadaan mamai. "Hah? Orang nak jumpa? Siapa? Abang ke?" menyoal separa sedar.

"Bukan kak. Orang tu kata dia kawan lama Kak Liya." Beritahu gadis itu lagi.

Liya bingung. "Kawan lama? Lelaki ke perempuan?"

"Lelaki! Dia tengah tunggu kat depan sana."

Liya bangkit berkerut dahinya. Dalam mamai dia cuba mencerna tutur budak itu. Kawan lama? Lelaki? Siapa? Setelah kepalanya disentak sedar sepenuhnya, barulah dia bingkas segera dari kerusi malas kemudian bergerak ke depan.

Liya terapana sebaik tiba. Sosok itu muncul di depan mata seraya tersenyum manis padanya. Dia tidak tahu apa yang lelaki itu mahukan darinya hingga berani menunjukakan diri datang kemari. Kalau ikutkan hati, inilah masanya untuk Liya menuntut keadilan atas apa yang lelaki itu buat padanya sebelum ini. Tetapi, dia perlu mencari tahu terlebih dahulu, apa tujuan lelaki itu datang kemari?

"Hai, Liya. Apa khabar?" Tanpa segan silu menyapa Liya bagai tiada rasa bersalah.

"Azhael? Ada apa you datang menemui I? Bagaimana you tahu I ada di sini?" Liya serius.

MaduWhere stories live. Discover now