28: Secebis Rasa Di Hati Suci

444 13 5
                                    

HONEYBEE Cakehouse. Telah tergantung megah sebuah papan tanda di premis perniagaan yang sudah rasmi disewa. Proses renovasi sedang berjalan hampir 60 peratus. Liya tak sabar untuk segera memulakan perniagaannya.

Ditaaja sepenuhnya oleh encik suami, Liya tinggal beritahu sahaja apa yang hendak ditambah dan susun aturnya. Selanjutnya proses terus dilakukan sesuai kemahuan Liya.

Syukur Alhamdulillah. Dalam masa tak sampai satu bulan kedai bakery dahpun sedia beroperasi. Segala iklan dan promosi mulai digembar-gemburkan melalui sosial media dan juga risalah. Menjelang detik grand opening, pelanggan telah mula beratur di depan kedai, tak sabar mahu menjadi pembeli terawal yang tentunya ganjaran diskaun menanti mereka.

Segalanya berjalan lancar. Meskipun kandungan sudah mula memboyot, tetapi semangat seorang Liya tak memiliki alasan. Lima orang staf sedia membantu, memudahkan urusannya di bahgian memasaran dan juga bahgian kitchen. Ini semua idea Shah. Kalau ikutkan Liya, dia boleh je buat semua sendiri.

Tapi tulah, tak sangka pula pelanggan menyerbu sebegini meriah. Kalau begini memang tak menang tangan Liya nak handle sorang-sorang. Kredit penuh buat suami atas cadangan ini. Barulah Liya tahu, cadangan Shah itu yang paling berguna.

Hari berikutnya, Shah datang berkunjung sebagai pelanggan. Turut membawa Mastura yang memang teringin sekali melihat kedai Liya. Pemanis mulut kegemaran Mastura adalah menu utama di kedai itu, teruja hendak mencicipi dessert tersebut langsung di tempatnya. Mujurlah kedai telah direnovasi menjadi sebuah cafe. Amat seronok jika dapat menikmati terus di kedai berbanding dibawa pulang.

"Dik. Saya nak order!" Mastura memanggil pelayan. Tetapi Liya yang datang sendiri.

"Iya puan. Puan nak order apa?" seloroh Liya.

"Akak tak nak order makanan, tapi nak order yang dekat dalam perut tu. Tolong jaga elok-elok ya. Jangalah lasak sangat emaknya pun." Mastura menjawap bersahaja.

"Oh, kalau nak order yang ni kena tunggu sikit. Tak lama pun, empat bulan je lagi."

Tawa pun meletus menghidupkan rasa. Suasana menjadi meriah oleh keakraban mereka umpama seorang kakak dengan adiknya.

Shah Rizwan adalah yang terpaling gembira. Kedua isteri sangat rapat bagaikan saudara. Baginya, antara Liya dan Mastura masing-masing memiliki kelebihan. Dia sayang keduanya. Walaupun hati terpasksa dibelah dua, tetapi kasih sayangnya memenuhi segenap rasa.

***

"HELLO, Mas. Abang dah on the way balik ni. Mas nak pesan apa-apa tak?" Seperti biasa, setiap kali hendak pulang ke rumah, Shah akan mengabari isteri-isterinya.

"Abang! Emm, nak apa ya? Abang belilah fastfood. Lagipun hari ini tak ada makanan sangat," beritahu Mastura.

"Okey. Abang beli fastfood. Oh ya, Liya dah balik ke? Abang singgah kedai dia dah tutup dah. Call dia pula tak masuk-masuk."

"Liya dah balik dah, abang. Dia kata handfon dia habis bateri, lupa nak cas."

"Oh, patutlah. Baiklah, abang singgah kedai fastfood sekejap."

"Baik abang."

Begitulah Shah akan memastikan isteri-isterinya dalam keadaan baik setiap masa. Tak jemu bertanya khabar dan tanyakan apa yang mereka mahu. Dengan empat kerat yang masih gagah bertenaga, untuk kedua bidadarinya tak ada apa membuatnya rasa terbeban.

Setengah jam kemudian, Shah pun tiba di rumah dengan dua bungkus fastfood yang dia telah beli. Mastura menyambut kedatangannya dengan wajah ceria. Sejuk hati Shah melihat air muka isterinya. Tampak lebih sihat sekarang berbanding sebelum. Keluhan yang dulu kerap dialami juga semakin jarang sudah terjadi.

MaduWhere stories live. Discover now