25: Pujukan Sayang

582 19 10
                                    

     

MASIH tidak berganjak dari sisi Liya, bersabar menunggu sehingga isterinya membuka mata. Tangan Liya masih digenggam erat, dikucup dan dilekap ke pipi tak puas-puas lagi. Penyesalan yang tidak tertanggung sehingga membuatnya terlelap kerana penat meratap dalam tangisan. 

Perbuatannya semalam amat keterlaluan. Perlakuan kasar terhadap isteri tanpa memberi peluang untuk membela diri adalah satu perbuatan yang sangat memalukan kaum lelaki. Tidak patut dimaafkan. Jikalau dijatuhkan hukuman berat sekalipun, dia tidak akan membuat pembelaan.

"Bangunlah, sayang. Abang sayang Liya." Sehinggakan sampai meracau dalam lena. Tangan Liya kekal dalam genggaman.

Perlahan-lahan Liya mula membuka mata. Persekitaran yang terasa asing membuatnya blur. Apa dah jadi? Kenapa tiba-tiba ada di bilik wad? Liya masih dalam proses mencerna keadaan, berusaha bangun namun pergerakannya tertahan. Menoleh ke sisi, lelaki itu sedang menggenggam tangannya erat sekali. "Ugh, abang." Cuba ditarik tangan itu tetapi Shah keburu terjaga.

"Liya. Liya dah sedar? Alhamdulillah. Abang risau sangat. Syukur Alhamdulillah." Gembira melihat Liya sudahpun sedar, Liya langsung disambar ke dalam dekapan.

Tidak mengerti dengan keadaan yang membingungkan, sesaat Liya biarkan tubuhnya didekap. Namun setelah kesedaran menyatu ke dalam sukma, buru-buru tubuh itu ditolak menjauh dari dirinya. "Abang buat apa ni? Kenapa Liya dekat sini?" soal Liya yang masih kebingungan.

Shah faham keadaan Liya yang pasti  masih keliru. Dia perlu menggunakan kebijaksanaannya untuk memulakan pujukan. "Liya tak sihat. Kak Mas dengan ummi dah bawa Liya kemari. Liya pengsan tadi," tutur Shah, lembut nadanya.

Barulah ingat peristiwa tadi sebelum rebah tidak sedarkan diri. Tak sangka hingga sampai tidur hospital begini. Perasan dia taklah teruk sangat sakitnya. Untuk apa siap pakai apa tube segala bagai ni? Macam teruk sangat saja. Liya mahu mencabut tube di tangan kiri lantas bangun dari pembaringannya.

Tetapi Shah tidak membiarkan Liya melakukan itu. "Eh, Liya. Kenapa ni? Jangan cabut, nanti berdarah," larang Shah.

"Liya tak sakitlah. Liya nak balik." Berkeras mahu turun dari katil.

"Tak boleh. Liya sakit tahu tak." Ditahan tangan Liya supaya tidak mencabut tube dari lengan. Tetapi Liya tetap memaksa. Akhirnya Shah terpaksa merangkulnya agar Liya tidak dapat meronta lagi. "Sayang... Apa Liya buat ni? Liya masih tak sihat. Liya perlu dirawat." Shah cuba memujuk.

Liya tak peduli. Sekarang bukan masa untuk makan pujukan. Hati yang terlanjur terluka tak semudah itu dapat dipujuk dengan hanya pelukan. Dada Shah ditolak sekuat tenaga walau dia sedar ianya tidak mengubah apa-apa. Meski sudah menggunakan sehabis tenaganya, dia masih lagi terperangkap di dalam pelukan kemas itu. "Lepaskan Liya, abang. Liya nak balik kampung. Liya nak tinggal dengan ibu. Lepaskan."

Bagaimana pun Shah tetap melonggarkan pelukan memberi ruang untuk Liya bergerak. "Okey, kita balik kampung nanti. Kita jumpa ibu ya. Tapi sekarang ni Liya kena rehat. Demi anak-anak kita, Liya kena sihat."

Liya mendongak mencari wajah Shah dengan segunung soalan. "Anak-anak kita? Apa maksud abang?"

Senyuman tersimpul manis tika Shah meletakkan tangannya di perut Liya. "Anak-anak kita, ada di sini, sayang. Liya sedang mengandungkan anak-anak abang. Baby twin!" Rasa terharu membuat anak matanya kembali berkaca.

Liya gelengkan kepala. Tangan Shah juga ditepis laju dan dibuang jauh-jauh. Dia masih keliru dengan semua ini. "Jadi, disebabkan kandungan ini abang berbaik-baik dengan Liya? Jika tidak, abang akan pukul Liya dan hina Liya lagi. Liya tahu abang bukannya ikhlas pun sayangkan Liya. Liya ini cuma sebagai alat pelampiasan nafsu sahaja. Once everything was done, you put me back at the place where i've come. Betul kan?"

MaduWhere stories live. Discover now