10🍯 (Permintaan)

363 10 0
                                    

Shah melangkah masuk ke bilik. Lalu menghampiri isterinya yang sedang duduk bersandar di atas katil.

Wanita itu lalu terlihat menutup naskah Al-Qur'an di tangan sebaik dia menyedari suaminya telah tiba. Qur'an dikucup lembut kemudian diletakkan di atas meja. Suaminya yang melangkah mendekati dinanti sabar. Mas tersenyum manis.

"Sayang. Macam mana keadaan Mas rasa sekarang?" soal Shah sebaik tiba di sisi isterinya. Kucupan hangat turut dilepaskan pada dahi wanita itu yang masih mengenakan kain telekung.

"Abang. Mas ada wudukhah. Ish!" Mastura merungut, manja bunyinya. Kesal kerana Shah telah membuat air wuduknya terbatal.

"Ala, ambillah lagi. Bukannya kena bayar pun," kata Shah, tersengih nakal. Sengaja mahu mengusik isterinya.

Mastura pun kembali tersenyum. Sebenarnya dia langsung tidak kesahpun walau wuduknya terbatal. Saja hendak bermanja dengan suami.

Shah telah meletakkan punggung di atas tilam berhampiran Mas. Bahu wanita itu digamit dan dirapatkan ke dada. Shah berasa gembira melihat perkembangan Mastura setelah seminggu menjalani rawatan oleh seorang ustad yang ummi bawa. Harap-haraplah terus membaik seperti ini.

"Abang dah makan?" Mas bertanya.

"Dah! Liya siapkan tadi. Mas nak makan tak? Biar abang minta Liya bawakan kemari."

Mastura menggeleng halus. Senyumnya manis turut dikuntum. Matanya bundar masih tidak beralih dari wajah lelaki itu. Hatinya sungguh gembira dengan perlakuan Shah padanya. Dari dulu sehingga kini, Shah tak pernah jemu memperlakukan dirinya bagai seorang permaisuri.

Bahkan kini, Shah sanggup menggajikan Liya untuk meneman dirinya di rumah. Nasib baik budak Liya itu bersetuju. Mastura sangat gembira.

Tetapi, hatinya turut kesihan bila melihat Liya telah mengambil alih semua urusan di dalam rumah itu sebagai tugasnya. Gadis itu kini malah terlihat seperti orang gaji. Meski Liya menyatakan yang dia tidak keberatan melakukan semua itu, namun Mastura tetap berasa simpati.

"Lah, kenapa tak nak makan pula? Mas kan belum makan malam lagi. Tengah hari tadi pun Mas cuma makan buah je. Tak lapar ke? Liya ada masak roasted chicken tu. Sedap tau," beritahu Shah. Mengundang senyum di bibir Mastura semakin lebar.

Dapat terbayang bagaimana Shah makan begitu lahapnya. Mastura tahu, suaminya itu sangat meminati ayam panggang. Sayang sekali dia tidak pandai membuatnya.

Shah Rizwan masih ditatap dengan anak matanya yang redup. Seperti sedang menghantar suatu maksud yang terasa berat untuk diluahkan. Tetapi, Mastura perlu berusaha untuk meluahkannya. Meski hati berkata jangan, namun dia tidak boleh mementingkan diri sendiri. Semua ini untuk masa depan Shah.

"Erm. Abang!" panggil Mas perlahan.

Shah mengerling wajah isterinya. Senyum lembut turut dihadiahkan sekali. "Iya! Mas nak apa-apa ke?"

Mastura menelan kata-kata. Bibir dikemam, air liur diteguk cuba merangkai ayat yang sepertinya sukar untuk diluahkan. "Errm. Abang ingat lagi tak dengan apa yang Mas mintak tempoh hari?"

Shah mengangkat kening. Wajah isterinya lalu dicari. Terlihat keresahan di wajah itu yang membuat Shah berasa risau. "Oh, abang minta maaf, sayang. Sungguh abang tak lupa dengan apa saja yang Mas mintak. Tapi kali ini, abang benar-benar tak ingat." Shah bertutur berlapik ayat. Mastura ketawa halus. Punyalah berkias bahasanya. Apa yang begitu sekali abang oii?

Ya! Lelaki ini memang dikenal dengan sikap baran dan acuh tak acuhnya. Persis ketika Puan Aminah menghantar anaknya itu belajar mengaji dan menuntut ilmu agama dengan Encik Jalil satu ketika dahulu.

Shah yang degil dan suka berfoya-foya terpaksa dihantar ke kampung oleh Puan Aminah untuk menuntut ilmu agama serta memperbaiki ahlak bersama Encik Jalil. Meski pada mulanya Shah memberontak, namun lama kelamaan, Shah mula patuh apabila hatinya telah dicuri oleh gadis manis, yaitu anak kepada Encik Jalil itu sendiri.

Mas ketawa lembut bila terkenang akan perangai Shah yang begitu kerek ketika itu. Namun kini, lelaki itu telah berubah 360° apabila di hadapannya.

Wanita mana tidak gembira dilayan seumpama itu oleh suami? Tetapi malah dirinya yang tidak mampu menunaikan kewajipan sebagai isteri dengan sempurna. Masturs kembali merundukkan wajah sayu. Dia perlu mengutarakan niatnya segera.

"Abang tahu kan, yang Mas tidak lagi mampu memberi zuriat pada abang? Sedangkan ummi, sangat berharap akan kehadiran anak abang sebagai penerus keluarga. Dan abang juga tahu, yang Mas tidak lagi mampu melayan abang seperti isteri-isteri lain. Abang, Mas..." Kata-katanya ditahan. Mastura mengambil nafas sebentar untuk menghabiskan ucapan.

Sementara Shah sudah resah menunggu isterinya itu meneruskan kata. Hatinya curiga Mas akan meminta yang bukan-bukan kepadanya.

"Mas rela jika abang berkahwin lain. Demi masa depan abang yang Mas tidak lagi mampu nak janjikan. Mas izinkan abang berkahwin."

Senyum di wajah Shah langsung hilang. Wajah lelaki itu kini telah bertukar tegang. Kerisauannya menjadi kenyataan. Mastura telah meminta sesuatu yang terasa mustahil untuk dia tunaikan.

"Mas cakap apa ni?"

"Benar, abang. Jika sebelum ini Mas hanya mengutarakan hasrat, namun kali ini, Mas benar-benar mahu abang berkahwin."

Shah lalu bangkit dari tempatnya. Lelaki itu telah berdiri menghadap isterinya dengan wajah serius. Membuat Mas terasa takut untuk membalas tatapan lelaki itu saat ini.

"Mas, berapa kali abang nak cakap. Abang tak suka Mas cakap pasal hal ni. Perkahwinan kita akan baik-baik saja. Mas kena bersabar menjalani rawatan. Pasti kita akan dapat kebahagiaan itu semula."

"Tapi sampai bila, abang?"

Shah terdiam. Wajah sayu isterinya ditatap tajam. Terlihat di wajahitu, begitu besar harapan Mastura untuk permintaannya itu. Shah kehilangan kata.

"Abang mahukan anak, ummi mahukan cucu. Tapi Mas tidak mampu hadirkannya. Abang tolong, tunaikan permintaan Mas ini. Mas juga teringin melihat serta mendokong anak abang. Sekurang-kurangnya dapatlah Mas merasa sebelum Mas menutup mata."

Shah menggeleng kepalanya mendengar tutur Mastura kali ini. Isterinya itu kembali dihampiri. Tubuh Mas langsung disambar dan didekap erat.

"Mas tak nak cakap macam tu, Mas. Tolong! Mas akan baik-baik saja. Abang akan berusaha dapatkan rawatan terbaik untuk Mas. Tolong, jangan cakap macam tu. Abang tak sanggup kehilangan Mas."

Mastura turut menumpahkan lara hatinya di dalam pelukan Shah tatkala air lelaki itu menjadi pengiring di setiap bait bicaranya.

"Tolong Mas, abang. Tolonglah berkahwin. Mas teringin sekali melihat anak abang." Namun dia masih cuba merayu.

Shah Rizwan perlahan menarik nafasnya. Esakan pun kian reda, pelukan juga mula dileraikan. Shah mencari anak mata isterinya yang penuh keikhlasan itu. "Tapi bagai mana Mas? Bukan mudah mahu mencari isteri baru. Kita tidak kenal hati budi mereka, apa yang mereka mahukan, kita tidak tahu."

Mastura mengukir senyum buatan lalu membalas tatapan Shah. Tangan kanannya naik untuk menyentuh wajah lelaki itu. Jambang halus di pipi diusap lembut. "Liya kan ada," ujar Mas. Shah terjegil.

"Dia gadis baik. Kita pun sudah kenal hati budi dia. Mas yakin Liya boleh menjadi isteri yang baik, serta madu yang manis untuk Mas."

Shah benar-benar terbata kali ini. Tatapan mereka masih menyatu, namun sirnaran mata Shah tidak lagi seredup tadi.

Gila! Ini benar gila! Permintaan Mas kali jelas tidak masuk akal. Meski tidak terzahir dari lisan, namun hati Shah membantah sekeras-kerasnya.

MaduWhere stories live. Discover now