9🍯 (Tawaran)

350 13 0
                                    

    
Mastura merasakan dirinya sedang berdiri di satu tempat yang sunyi. Di sekelilingnya hanya kelam dan suram. Namun kerana hatinya sedang gembira, maka dia tidak kesah dengan suasana itu.

Apa yang membuatkannya segembira itu?

Mastura melirik ke dalam pelukannya, di situ terdapat seorang bayi perempuan kecil sedang berada di dalam dukungannya.

Mastura sungguh gembira sekali. Sekian lama dia mendambakan kehadiran anak. Dan kini, anak itu sudah berada di dalam pelukannya.

Dia bersenandung syahdu sambil mendodoi bayi tersebut. Meski wajah bayi itu kurang begitu jelas, namun Mas yakin bayi itu pasti sangat comel.

Mastura terus melangkahkan kaki ke hadapan buat mencari barang setitik cahaya untuk menerangi diri. Dia penasaran ingin melihat wajah bayi yang didukungnya itu, sehingga dia memberanikan diri melangkah menelusuri gelap.

Kedengaran lalu rengengan oleh sang bayi yang mula tidak selesa. Mastura pun memujuk bayi itu dengan penuh kasih sayang.

Namun Mastura terasa semakin aneh apabila suara tangisan bayi yang kecil itu berangsur-angsur mula bertukar. Lama kelamaan, suara tangisan itu menjadi garau dan menggerunkan.

Mastura semakin resah. Maka dikerlingnya sekali lagi bayi di dalam kendongannya itu. Serentak dengan munculnya cahaya kilatan petir, cukup sekadar untuk menerangi penglihatan Mas bagi melihat wajah bayi tersebut.

"Allahuakbar!" Mastura menjerit. Dan serta merta bayi yang sedang didokongnya itu terlepas dari tangan.

Mastura terkejut dan mundur beberapa langkah. Wajah bayi itu hancur umpama mayat reput. Lengkap beserta belatung juga terkeluar dari rongganya. Mastura menjerit ketakutan.

"Kak Mas. Kak Mas tak apa-apa? Kak Mas sedar, kak Mas," suara Liya terdengar.

Mastura mengatur nafas yang termengah-mengah. Peluh di dahi dikesat dengan lengan. Liya yang berada di samping lalu ditoleh.

Terlihat gadis itu sedang cuba menenangkannya dari mimpi buruk yang barusan dia alami. Mastura lalu mengucap perlahan-lahan.

"Astagfirullah. Astagfirullahaladzim." Suaranya tercungap-cungap.

"Kak Mas. Kak Mas kenapa? Mimpi buruk ke?" soal Liya. Belakang Mastura diusap perlahan-lahan.

Mastura yang mula berangsur sedar dari telah mencerna keadaan untuk berkomunikasi dengan Liya. Wajah ya masih tegang. Dia menoleh serta mencari wajah Liya. Seperti hendak mengadu akan mimpi yang dialaminya barusan.

"Anak. Liya, anak kak Mas," adunya. Masih dengan nada terputus-putus. Kedua tangannya dilihat seperti sedang mencari anak yang didokongnya sebentar tadi.

"Anak? Anak apa kak Mas?" Liya kembali bertanya.

Mastura pun mula mengatur pernafasannya untuk bercerita tentang mimpinya itu. Mimpi yang kerap datang mengganggu. Mimpi itu selalu datang selepas dia mengalami sakit teruk seperti itu.

Seorang bayi perempuan di dalam dokongannya. Seolah memberi harapan buat Mastura untuk memilikinya. Namun harapannya langsung bertukar seram apabila wajah bayi itu telah bertukar jadi mengerikan. Mastura kembali berIstigfar selepas menceritakannya pada Liya.

Liya menggigit kuku usai mendengar cerita Mas itu. Wajahnya risau dan turut resah. Sesuatu dapat ditangkap olehnya melalui cerita Mastura tadi.

"Sihir pemisah. Kuat ilmu yang orang itu hantar pada Kak Mas. Mereka benar-benar mahu kak Mas dan abang Shah berpisah," kata Liya.

Mastura terkedu. Liya yang disangkanya tidak faham akan hal itu rupanya lebih mengerti akan maksud mimpinya tersebut.

Lalu, mulalah timbul rasa ingin tahu di hati Mastura terhadap gadis ini. Dia pun mula bertanya.

MaduWhere stories live. Discover now