7🍯 (Tetamu)

286 8 1
                                    

Hampir seminggu sudah Liya semula tinggal dirumah Mastura. Liya pun cuba menyesuaikan diri dengan keadaan. Meski perasaan segan, malu dan canggung, namun apa pilihan yang dia ada selain menuruti saja kata-kata Mastura untuk tinggal dulu di sini buat sementara waktu.

Ikutkan hati, dirinya langsung tiada hati mahu menjejakkan lagi kakinya ke rumah itu. Masih berbekas herdikan Shah Rizwan tempoh hari yang dihambur tanpa alasan terhadapnya. Liya masih terasa.

Berkat pujukan isterinya, Shah Rizwan pun membenarkan Liya untuk tinggal di rumahnya lebih lama lagi. Juga dia telah menghantar kereta Liya untuk dibaiki.

Hal itu membuatkan Liya semakin berasa tidak sedap hatinya. Dia berjanji akan membayar semula wang yang di keluarkan, namun Mastura meminta suaminya untuk menghalalkan.

Maka dengan itu, Liya bertekad untuk melakukan apa saja buat mengabdi untuk keluarga ini. Kalau perlu menjadi orang gaji sekalipun dia tidak kesah. Liya akan pastikan seluruh rumah itu berada dalam keadaan baik.

Kerap juga Mastura melarang apabila Liya melakukan kerja rumah. Tetapi Liya tiada pilihan lain selain melakukannya. Jadi dia teruskan sahaja. Namun begitu, Liya tetap cuba melayari laman sesawang untuk mencari vacancy job. Dia sudah tiada hati untuk meneruskan cita-citanya membuka semula kedai bakerinya lagi. Jadi dia perlu mencari kerja untuk meneruskan kehidupan.

Ting tong!

Loceng rumah berbunyi di hujung minggu. Liya yang sedang membersihkan dapur ketika itu segera berlari menuju pintu untuk melihat siapa gerangan yang datang berkujung?

Daun pintu dibuka perlahan. Sosok wanita separuh baya bertudung labuh dengan senyuman ramanhnya telah berdiri di situ. Liya tercengang buat seketika.

"Assalamualaikum," tegur wanita itu. Lembut nadanya.

Puan Aminah, nama wanita itu. Beliau juga turut tercengang melihat seorang gadis yang begitu asing muncul dari sebalik pintu. Beliau juga masih tidak melepaskan tenungan serta menilik Liya atas bawah.

Siapakah gadis ini? Bagaimana Shah ataupun Mas boleh membawanya kemari? Apa tugasnya di rumah ini? Kelihatan seperti pembantu rumah kerna di bahunya terdapat kain tuala kecil tersangkut di situ. Tapi jika benar, terlalu cantik budak ini untuk menjadi orang gaji.

Buat seketika Puan Aminah masih menilik Liya, membuat gadis itu terasa canggung dibuatnya.

"Wa... Waalaikum salam! Ya, Puan. Cari siapa ya?" tegur Liya. Barulah Puan Aminah mengakhiri lamunnya.

"Oh, maaf. Adik ini siapa? Aunty tak pernah nampak adik sebelum ni? Kawan Mas ke?" soal wanita itu, bertutur penuh hemah.

Melihat wanita itu tersenyum ramah serta mengenali Mastura, Liya berganggapan bahawa dia ini mungkin ahli keluarga Mastura ataupun Shah Rizwan. Maka lekas-lekas Liya membalasnya.

"Oh, ya betul. Saya, kawan Kak Mas. Aunty ini.....?"

"Nama aunty Puan Aminah, ibu Shah. Mereka ada di rumah tak?"

Soalan Liya langsung mendapat jawapan. Maka benar tekaan Liya. Wanita ini adalah ahli keluarga. Tepatnya, ibu Shah Rizwan. Liya lantas menghulur tangannya buat bersalam.

Mujur sekali Puan Aminah seorang yang berbudi dan baik pekerti. Tidak seperti kebanyak mommy-mommy dalam drama, mesti nak pandang kerek bila melihat orang baru. Untung Puan Aminah tak macam tu!

"Oh, ibu abang Shah! Kalau begitu silakan masuk, aunty. Kak Mas dan abang Shah masih di atas," jelas Liya. Puan Aminah lekas dibawa masuk.

"Silakan duduk aunty. Aunty nak minum apa? Biar Liya buatkan," pelawa Liya dengan ramahnya.

MaduWhere stories live. Discover now