4🍯 (Iri Hati)

345 10 0
                                    

8 malam. Sebuah BMW hitam tiba di pekarangan rumah banglow dua tingkat yang tersergam nan megah itu. Seorang gadis keluar dari dalam perut kendaraan tersebut selepas kereta berkenaan telah berhenti sepenuhnya di garaj yang tersedia.

Wajahnya kelihatan gusar seperti selalu. Sampaikan wajah manisnya tersangatlah rare untuk dilihat. Juga kedengaran dengusan kesal berdesis dari mulutnya. Nampaknya mood hari ini benar-benar sedang tidak keruan.

Gadis itu juga membawa keluar sebuah bungkusan plastik lutsinar yang mengandungi kotak-kotak kecil di dalamnya. Bungkusan itu direntap begitu saja dari tempat duduk sebelah sebelum dibawa keluar bersama.

Tanpa memberi salam, dia terus saja menerjah masuk ke dalam rumah. Kepulangannya itu lalu disambut oleh seorang wanita yang manuruni tangga dengan kain telekung yang melekat masih di badan.

"Mimi dah balik? Lambatnya hari ini?  Mimi dah solat belum?" Wanita bernama Puan Zulin yang merupakan ibu kepada gadis itu menegur lembut bila didapati anak gadisnya baru sahaja pulang. Puan Zulin terasa sedikit hairan bila Mimi langsung tidak ceria petang ini.

Tanpa menjawap teguran ibunya, Mimi terus saja melangkah menuju meja makan untuk meletakkan bungkusan plastik yang dibawanya itu. Bugkusan dihentak saja di atas meja sebelum dirinya berpaling laju untuk segera beredar naik ke bilik.

Namun sikapnya itu telah mengundang tanda tanya di hati Puan Zulin, ibunya. Maka wanita itu perlu bertanya, apakah yang membuatkan anaknya hingga menjadi sedemikian? "Mimi. Kenapa ni? Badmood aje. Ada yang tak kena ke? Papa marah Mimi kat office lagi?" soal beliau.

Mimi yang tadinya hendak melangkah menuju tangga terpaksa menunda dulu niatnya itu. Meski tanpa berpaling buat menghadap ibunya, Mimi akhirnya menjawap juga.

Nafasnya ditarik dan dihembus kasar sambil berpeluk tubuh. "Tak adalah, ma. Mimi okay. Bukan pasal kena marah dengan papa pun. Tu, ada cake dan pastry atas meja tu. Mama makanlah. Mimi tak ada selera," beritahunya. Kasar kedengaran.

Puan Zulin lalu bergerak mendekati meja makan di mana Mimi meletakkan bungkusan yang dia beritahu terdapat dessert itu di dalamnya. Langsung saja Puan Zulin menyelak bungkusan tersebut dengan wajah teruja. Wanita itu sememangnya penggemar pemanis mulut. Sudah tentu dia sangat gembira bila Mimi membawa pulang untuknya.

"Wah. Ini cake kegemaran mama ni. Dah lama tak makan selepas kedai cake tu tutup. Ini Mimi beli dekat mana? Rasa dia sama tak macam yang dekat kedai dulu tu?" soal Puan Zulin dengan excited-nya.

Mimi hanya melirik tingkah ibunya dengan cerlungan mata tidak senang. Wajahnya masam tanpa sebarang senyum. "Mestilah rasa dia sama, ma. Dah memang owner kedai tu yang buat," jelas Mimi, masih dengan intonasi tawar.

"Maksud Mimi, kedai tu beroperasi lagi ke?" Puan Zulin menoleh hairan.

Mimi menarik nafas sebentar sebelum menjawap soalan ibunya itu. "Bukanlah, ma. Kedai tu memang dah tutup. Tapi owner ada."

"Lah iya ke? Ada dekat mana dia? Mama rindu sangat nak maka honeycomb cheesecake dia ni."

"Dekat rumah abang Shah." Dijawap dengan tawar oleh Mimi.

Puan Zulin menunjukkan ekspresi hairan sekali lagi dengan jawapan anak gadisnya itu. Namun belum sempat dia bertanya, Mimi sudahpun mengorak langkah meninggalkan dirinya terpinga-pinga sendirian.

Gadis itu berjalan sambil menghentak kaki menaiki tangga untuk menuju biliknya buat menenangkan hati yang sedang kesal.

Bagaimana dia tidak kesal? Petang tadi sebelum pulang dari pejabat, Tuan Emran ayahnya telah meminta dirinya untuk menghantar dokuman ke rumah Shah Rizwan bila suami Mastura itu terlupa untuk membawanya pulang bersama.

MaduWhere stories live. Discover now