22: Makan Malam

422 14 5
                                    

Menjelang petang, kedua wanita itu telah selamat tiba di rumah. Liya juga sudah kembali tenang setelah dipujuk dengan kata-kata semangat oleh Mastura. Mereka lalu bekerja sama mengangkat barang yang dibeli untuk dibawa masuk ke rumah.

"Liya ok?" Mastura bertanya. Untuk memastikan adakah madunya itu sudah lebih baik keadaannya.

"Liya ok, kak Mas. Jangan risau." Jawapan itu diiringi senyum manis, yang menandakan hatinya sudah kembali stabil.

"Oh ya. Kita nak masak apa malam ni ya?" soal Mastura sambil mula menggeledah barang-barang yang dibeli. Barang dipunggah bersama-sama untuk disusun ke dalam kabinet mengikut katagori.

"Liya rasa teringin nak makan shell out, tapi kak Mas tak boleh makan seafood pulak kan," usul Liya. Barangan basah yang dipilih telah dimasukkan ke dalam singki.

"Oh, shell out! Kalau Liya teringin, masak je. Kak Mas tak kesah."

"Betul ke, kak Mas?"

Mastura tidak langsung menjawap. Sebaliknya hanya memandang Liya redup dalam senyuman. "Betul Liya. Kak Mas tak kesah. Kalau Liya rasa teringin nak makan apa, Liya masak je. Tak perlu risaukan kak Mas."

Gembiranya hati Liya mendengar. Mujurlah dia sudah membeli seafood siap-siap. Lama sudah teringin nak makan, dapatlah dia menunaikan hajat tekaknya malam ini untuk makan shell out.

"Terima kasih, kak Mas. Kalau macam tu, Liya nak masak roasted chicken untuk kak Mas. Boleh?" usul Liya.

Sekali lagi Mastura hanya tersenyum sebelum menyetujui. Dia tidak kesah sama sekali. Apa saja yang Liya masak, pasti dia akan nikmatinya tanpa memilih.

***

8 malam. Mastura menuruni tangga dengan sedikit terburu-buru. Tangga itu letaknya di tengah-tengah ruangan, terus menghubungkan dengan ruang makan. Di situ pula Liya sudah menghidang menu dinner di atas meja makan untuk mereka nikmati bersama. Semakin tergesa langkah Mastura bila pancainderanya telah menangkap bau sedap masakan Liya yang sudah sedia terhidang di meja.

"Ya Allah, sedapnya bau. Apa Liya masak ni? Lapar terus kak Mas jadinya." Semangat Mastura lain macam malam ini. Tidak sabar-sabar untuk makan.

Liya ketawa kecil sambil menyusun pinggan. Keterujaan Mastura membuatnya cukup gembira. "Ni ha, tandoori roasted chicken kegemaran kak Mas." Liya menunjukkan hidangan ayam panggang yang sudah terhidang kemas di atas pinggan. Dia membuatnya khas untuk sang madu yang telah dianggap seperti kakak sendiri.

Tetapi, justeru yang itu kurang menarik perhatian Mastura. Wanita itu malah menumpukan perhatiannya pada hidangan sebelah, iaitu shell out.

Hidangan yang mengandungi empat jenis seafood yang dicampur bersama beberapa jenis sayur termasuk jagung, lobak merah dan brokoli itu telah dimasak sebati dengan rempah campuran olahan Liya. Nyata baunya sungguh menaikkan selera. Mastura sudah tertelan air liur melihatnya. Segera dia mengambil tempat duduk dan mengajak Liya untuk makan bersama.

"Jomlah makan Liya. Apa nak ditunggu lagi? Abang pun balik lewat malam ni, kan."

"Eh, tapi kak Mas...." Liya cuba menghalang bila dilihat Mastura sudah menyentuh shell out dan bukannya ayam panggang.

"Kenapa, Liya? Ingat Liya je yang teringin? Kak Mas pun teringin jugak tau. Hihihi." Mastura sudah mula mencedok nasi hendak dinikmati bersama hidangan shell out itu.

Serba salah Liya dibuatnya. Bukannya dia tidak suka Mastura makan shell out kepunyaannya, tapi dia sudah dimaklum yang Mastura ada alahan terhadap makanan laut.

Hendak dihalang kasihan pula. Melihat wajah excited Mastura, seperti baru menjumpai makanan saja gayanya. Ayam panggang langsung tidak disentuh. Shell out lebih mengancam.

MaduWhere stories live. Discover now