Bab 27: Terinspirasi Semula

403 18 7
                                    

   
DUA bulan sudah berlalu. Kini kandungan Liya telahpun mula kelihatan. Kandungan kembar itu sudah memasuki usia 20 minggu. Tetapi kerana ianya kembar, perut Liya semestinya terlihat lebih besar dari usia kandungan normal.

Semenjak tugasan rumah sudah diletakkan sepenuhnya pada bahu orang gaji iaitu Kak Siti, pergerakan Liya kini menjadi lumpuh sepenuhnya. Dia kini tak ubah seperti seorang ma'am yang tinggal minta apa saja, dan akan tertunai sesuai dengan keinginannya. Bahkan untuk check up ke klinik pun Shah sanggup pulang ke rumah semata-mata untuk menghantar Liya berjumpa Doktor.

Memanglah seronok dilayan serupa permaisuri begitu tapi.. sampai bila dia nak hidup begini? Bergantung sepenuhnya pada orang lain tanpa perlu memerah tenaga, ini bukan dirinya. Seorang Sara Liyana adalah individu yang lasak dan ligat serta berdikari. Bila sudah begini, dia pun menjadi mati akal.

Liya mula buntu di rumah. Lebih-lebih lagi, bila Mastura sekarang lebih selesa lepak di dalam biliknya sendiri berbanding meluangkan masa dengannya seperti dulu. Mastura memberi tahu, dia sedang membuat kelas mengaji secara dalam talian. Jadi, Mastura kini lebih banyak menghabiskan masa di bilik,  tidak lagi bersembang dengan Liya seperti dulu.

Hurm... Liya kini sudah dilanda bosan. Rancang tv satelit yang dipasang khas di dalam bilik oleh Shah juga sudah tidak lagi menarik minatnya. Liya menggosok kepala kerana sudah terlalu boring.

Liya lalu mencapai telifon bimbit miliknya di meja sisi. Skrin telifon diskrol dan digeladah isinya. Pelbagai aplikasi media sosial sudah dilacak untuk sekadar menghilangkan bosan. Tapi... Hurm. Tak membantu pun!

Dia lalu menekan butang keluar. Selanjutnya mencari aplikasi gallery. Liya menggeledah hingga ke gambar lama-lama. Rasa rindu pula bila dilihat semula. Liya tersenyum sendiri.

Sehinggalah cariannya terhenti bila matanya terpandang pada gambar kek yang menjadi kebanggaannya dulu. Honeycomb cheesecake. Liya menyingsing senyum di bibir. Satu idea sedang melintas, Liya berfikir sejenak.

Gambar mula ditekan butang share. Aplikasi Instagram dan Facebook yang mengandungi akaun peribadi miliknya adalah destinasi muktamat untuk mengkongsikan gambar-gambar tersebut.

Gambar sudah sedia dikongsi. Liya lalu menaip captions yang berbunyi,
'Hai. Sara Liyana's here. Do you miss me and this dessert? Jika Liya buka tempahan kembali, ada tak yang sudi support?'

Selesai! Posting telah selamat dimuat naik. Butang tepi lalu ditekan supaya skrin telifon menjadi gelap. Liya menarik nafas seketika dan meletakkan semula telifon ke atas meja. Dia perlu untuk ke tandas sebentar buat melakukan satu urusan.

Sekembalinya Liya dari tandas, dia kembali melabuhkan punggung di atas tilam. Telifon kembali dicapai untuk melihat ada tak respon dari pengikutnya mengenai posting yang baru dia update tadi?

Mata Liya membuntang bulat-bulat. Perasan baru lima minit lepas dia memuat naik gambar tersebut, tetapi dia sudah diserbu oleh berpuluh Direct Messages dan juga comment yang mengatakan betapa mereka rindu akan air tangan Liya itu.

Liya sudah kehilangan kata. Dia tidak menyangka bahwa pelanggan-pelanggannya dulu sanggup mencari IG baru miliknya untuk diikuti. Begitu mereka melihat akan posting baru yang Liya muat naik tadi, maka berduyunlah mereka menyatakan kesediaan untuk menempah kek kegemaran ramai tersebut.

Jiwa bakers Liya kembali berkobar. Sudah lama dia tidak menyenyentuh papan pemusing kek. Dia juga rindu untuk menghayun spatula pada krim-krim putih yang diputar gebu olehnya dulu. Liya rindu untuk kembali ke dunia bakers. Lebih-lebih lagi dengan sokongan dan komen-komen dari pelanggan-pelanggan setianya, yang tentunya tidak sabar untuk kembali menikmati air tangannya itu. Liya yakin sekali untuk kembali.

Namun bagaimanapun, dia perlu berbincang dulu dengan Shah untuk memulakannya semula. Meski wang simpanannya sudah lebih dari cukup untuk sekadar membuka sebuah kedai kek, tetapi kini status dirinya sudah berubah. Dia adalah isteri Shah. Maka dia perlu meminta keizinan dari suami untuk sesebuah perkara sebesar ini.

"Abang bukan tak nak bagi, tapi Liya larat ke? Dengan perut besar lagi ni. Abang risaukan Liya je." Begitulah respon Shah bila Liya mula menyuarakan hasratnya.

"Ala abang, Liya boringlah dekat rumah. Semua kerja abang dah suruh Kak Siti take over. Habis Liya nak buat apa? Liya tak reti duduk diam begini tahu tak? Boleh eh abang. Lagipun duit yang abang bagi tiap-tiap bulan tu dah cukup sangat untuk setakat nak bukak kedai kek. Please, abang." Merayu menagih simpati.

Shah mengemam bibir dan melepaskan keluhan. Bola mata Liya yang kini membulat bersinar terang itu ditenung dalam-dalam. "Aih, dia ni. Orang risaukan dia, dia main paksa-paksa pulak."

"Liya cuma nak jawapan boleh ke tak je abang."

Mati akal nak mengambil keputusan. Menyekat pergerakan Liya sebab dia risau. Sebab itu sanggup sampai upah orang gaji. Lantaklah Liya nak cakap apa. Tapi, bila difikir kesihan juga terkurung macam tu tak buat apa-apa. Mesti dia bosan gila.

"Please, abang..." Masih tak putus asa merayu. Siap menyusun sepuluh jari pula tu.

Shah mengeluh untuk kesekian kali. "Aih, dia ni. Tapi abang tak nak dengar sampai Liya kepenatan ya, tolong," kata Shah. Wajah Liya perlahan berbinar.

"So maknanya abang benarkan ke ni?"

"Ermm... Yelah, yelah. Boleh. Tapi abang tak nak Liya buat sendiri tau. Ambil pekerja. Jangan nak tunjuk rajin sangat handle seorang diri."

"Ala, untuk permulaan mana cukup modal nak ambil pekerja, abang. Untuk setup kedai dan barang-barang lepaslah."

"Liya ingat abang kesah ke? Abang tak peduli. Yang abang nak tahu, Liya tak boleh buat sendiri. Harus ambil pekerja. Liya cuma ada dua pilihan, setuju cadangan abang, atau tak sama sekali."

"Ala..." Labuh muncungnya menunjukkan protes. Ingat cik abang dia kesah? Jangan harap. "Duit tak cukuplah abang. Liya cadangnya nak buka kecil-kecil dulu."

"Duit Liya tu, untuk simpan. Itu duit nafkah dari abang. Faham? Kalau Liya nak bukak kedai kek sekalipun, biar abang yang sediakan. A to Z!"

Terjegil anak mata Liya. "Betul ke ni abang?"

Senyum sebagai pendahulu kata. Pipi Liya diusap dengan sentuhan manja. "Betul, sayang. Kalau Liya nak, esok kita start survey kedai. Dah dapat, terus mulakan. Macam mana?"

Berkerut wajah Liya seperti mahu menangis. Tidak terungkap oleh kata-kata rasa terharunya. "Abang.. Liya tak tahu harus berkata apa lagi. Liya happy sangat. Terima kasih abang." Tangan Shah dicium tak puas-puas.

Senang hati Shah melihat kegembiraan di wajah Liya. Dia tahu wanita ini memiliki jiwa yang cekal. Tak biasa duduk diam, nak juga cari duit dengan keringatnya sendiri. Tetapi memandangkan kini Liya tanggungjawapnya, adalah kewajibannya sebagai suami meringankan beban Liya.

Anak rambut di pelipis dikuis dan diselit ke cuping telinga. Shah intai wajah Liya dengan tenungan nakal. "Tapi... Bukan free tau. Semuanya berbayar, sayang."

Padam terus senyuman, wajah teruja kini bertukar lesi. "Apa maksud abang?"

Shah menyeringai nakal. "Upahlah, apa lagi? Takkan itupun tak faham."

Pedih tekak menelan ludah. Terkebil-kebil matanya melihat muka miang suami. Habislah, sakit badan esok pagi ni. "Erk, abang. Bukan ke malam ni abang sepatutnya tidur di bilik Kak Mas?" Cubaan tawar menawar. Bukan apa, malam kelmarin sudah, kan. Takkan hari-hari nak balun? Lunyai mak tuan.

"Kejap lagi abang pindah bilik lah. Tapi kita buatlah dulu, sekejap je."

Sekejap dia kata? Dia punya sekejap tu sampai tumbuh cendawan tau. Pedih yang semalam pun tak hilang lagi. Masak macam ni.

"Cepatlah sayang. Benda baik tak elok dilengah-lengahkan. Kalau tak nak lama-lama tak apa, abang buat style express je. Okey tak?"

Eeii, tak nyempat-nyempat pulak dia. Bagilah can orang bernafas dulu. Ingat senang ke nak berkhidmat dengan keadaan perut ada orang begini?

MaduWhere stories live. Discover now