17 (Ubat Demam)

695 17 1
                                    

"Astagfirullahaladzim." Shah terjaga dan langsung menegakkan badan. Dahinya berpeluh hingga basah kuyup. Dia kesat peluh itu menggunakan belakang lengan.

Barulah dia sedar. Badannya kini sudah tidak berpakaian. Shah menoleh ke samping. Liya dilihat sedang tidur merengkot, turut berkongsi selimut dengannya untuk menutupi tubuhnya yang juga tanpa seurat benang.

Shah mula menggelabah. Segera dia bangun menuruni katil. Pakaian yang berselerak di atas lantai dikutip cepat-cepat.

Liya terjaga apabila menyedari kekalutan lelaki itu. Dia bangun dan menarik kain selimut untuk menutupi bahgian tubunya yang sudah terdedah.

Tidak berani Liya hendak menegur. Dia lihat Shah seperti sedang kebingungan. Lelaki itu lalu menyarung pakaian ke badan dengan tergesa-gesa.

Selesai berpakaian, Shah lalu bergegas menuju pintu tanpa menegur Liya. Namun sebelum dia bergerak keluar, sempat lagi Shah menoleh dan berpesan pada isteri keduanya itu.

"Ini hanya akan berlaku sekali sahaja. Anggap hanya sebuah kemalangan. Tidak lebih dari itu."

Selepas kata-kata itu, Shah segera bergegas keluar tanpa menoleh lagi. Sementara Liya dibiarkan terpinga-pinga tanpa mampu membela diri.

Liya tertunduk sayu. Peristiwa yang berlaku barusan sungguh memeranjatkan. Dia tidak dapat menolak bila Shah sudah merangkulnya erat serta mencumbui lehernya. Liya pun tewas ke dalam dekapan lelaki itu.

Kini, Liya tidak tahu harus menyesal atau merasa bersalah. Yang dia tahu dia hanya menjalankan kewajipan, dan memenuhi kehendak suaminya.

Liya lalu bergerak perlahan untuk mengutip pakaiannya yang dibuka secara paksa oleh Shah tadi. Bahkan kemeja tidur miliknya itu sudah tercabut butang bila Shah merentapnya dengan kasar. Liya melepaskan keluhan.

***

Kaki diatur perlahan menaiki tangga. Langkahnya terendap-endap persis pencuri. Tiba di hadapan pintu bilik, dia terpacak di situ sebelum menarik nafas dan menghembusnya perlahan.

Tiba-tiba hati ini dirundung rasa bersalah. Seperti dia telah berlaku curang terhadap isterinya. Debar di hati cuba dikawal. Dia yakin Mastura pasti sedang tidur.

Shah lantas mengorak langkah masuk ke bilik, setelah pintu dibuka dengan berhati-hati.

Apa aku dah buat tadi? Serasa benda itu berlaku diluar kesedaran. Bagaimana boleh sampai terjadi? Bukankah tadi aku demam?

Huh, entahlah! Demam pun sudah entah ke mana. Tiba-tiba badan ini menjadi segar-bugar. Mungkin kerana kesan ubat yang dia bagi tadi pada aku.

Ubat apa? Ubat yang mana?
Aaghhh... Shit!

Ini semua salah perempuan tu. Dia yang bawa aku tidur di bilik dia. Aduh, bagaimana aku nak berdepan dengan Mas nanti? Bagaimana kalau dia tahu? Mas, maafkan abang. Abang telah curang dengan Mas.

Dengan perasaan bersalah yang semakin mencekam, Shah terus menghampiri katil dan mendekati isterinya yang sedang tidur lena.

Shah usap rambut isterinya dengan hati pilu. Wajah cantik Mastura ditatap hiba. Sungguh wanita ini sangat sempurna. Cantik tiada cela tapi...

Ya! Shah tidak menafi, Mastura memang sudah tidak mampu melayan keinginan batinnya. Sebagai lelaki normal, dia masih memerlukan semua itu. Layanan hebat dari seorang wanita, yang mampu melayan setiap gaya yang diinginkannya.

Tapi Liya mampu. Dia tidak menyangkal akan hal itu. Liya benar-benar membuatnya tersendawa kenyang. Setiap gaya yang dia inginkan, Liya mampu melakukan.

"Aagghh! Apa aku merepek ni? Ya Allah, ampunilah aku."

Shah tersedar dari lamunnya seketika. Wajah diraup dengan kedua tangan. Rasa bersalah masih dirasa, namun kepuasan membuatnya tersenyum lega.

MaduWhere stories live. Discover now