21: Masa Lalu

435 15 1
                                    

Alangkah bahagia hidup bila perhubungan yang terjalin dapat dijalani dengan baik. Bukan mudah untuk membahagi cinta kepada dua orang wanita sama rata. Kasih sayang yang tak berat sebelah, tiada terlebih dan tiada terkurang. Tentunya ia menuntut komitmen yang tinggi dan juga kesabaran dari seorang Shah Rizwan.

Mungkin benar Shah adalah lelaki paling bertuah di dunia. Setakat ini, kedua isterinya saling memahami dan menghormati satu sama lain. Kerap kali Shah meminta izin kepada Mastura untuk datang ke bilik Liya. Dan isteri pertamanya itu membenarkan dengan hati terbuka.

Setelah itu, Shah pula meminta izin pada Liya untuk kembali ke bilik Mastura, memandangkan faktor kesihatan isteri pertamanya itu lebih memerlukan perhatian. Liya pun dengan senang hati mempersilakannya.

Gembiranya hati Shah. Berharap semoga perhubungan seperti ini tidak hanya sementara. Dia mahu menyayangi kedua-dua isterinya tanpa berbelah bahagi. Selama-lamanya.

Pagi itu, Shah telahpun diapit oleh dua orang wanita dan sama-sama melangkah menuju pintu. Shah perlu berangkat ke pejabat, dan kedua permaisuri menghantarnya hingga ke depan. Keduanya dirangkul sayang. Kucupan dilepaskan pada dahi mereka secara bergilir-gilir.

"Sayang-sayang abang, duduk rumah elok-elok tau. Abang nak pergi office dulu," pesan Shah.

Mastura dan Liya hanya membalasnya dengan senyuman manis. Setelah itu mereka menggamit tangan kanan Shah untuk diberi sebuah kucupan salam.

"Hari ni abang ada hal ke Melaka. Mungkin balik lewat sikit. Rasanya tak sempat join dinner di rumah. Jadi, sayang-sayang abang dinner sesama sendiri dulu malam ni, tak payah tunggu abang. Okay?"

"Beres boss. Hati-hati ya abang." Mastura mewakili memberi jawapan. Sementara Liya hanya mengangguk menyetujui.

Selesai itu, Shah lalu dihantar ke kereta oleh kedua isterinya. Sebulan lebih sudah ianya berterusan. Shah merasa kini dirinya adalah lelaki  yang paling bahagia.

Selesai pemergian suami mereka, kedua wanita itu lalu kembali masuk ke rumah. Pelbagai perancangan mereka telah rancang hari ini. Salah satunya, menggubah bunga, dan juga... Shopping!

"Wah, makin banyak tempahan bunga Liya sekarang, kan. Bestnya," ujar Mastura sambil membantu Liya menyusun mini bouquet ke dalam kotak dan sedia untuk dihantar.

"Alhamdulillah, Kak Mas. Buat masa ni Liya buat bisnes ini dulu. Nanti kalau dah cukup modal, Liya akan buka semula kedai kek, dan cadang nak letak bouquet ni sekali." Liya menjelaskan.

"Bagus tu Liya. Kak Mas sokong sangat. Eh, ini dah sedia untuk dihantar, kan? Jomlah bawak."

"Ya, dah kak. Kak Mas nak ikut ke?"

"Eh, mestilah nak. Balik nanti boleh kita singgah shopping barang dapur sekali. Macam mana?"

Liya tersenyum dan mengangguk, setuju dengan cadangan madunya.

Selanjutnya kedua wanita itu tidak menunggu lagi, mereka bergegas keluar dari rumah untuk menghantar pesanan bunga kepada pelanggannya.

Hari ini nampaknya kedua madu tersebut kelihatan begitu produktif. Tujuh tempat Liya singgahi untuk menghantarkan pesanan bunga kepada pelanggan. Berteman Mastura, tentu perjalanan tidaklah membosankan.

Meski begitu, Liya tetap tak benarkan Mastura turut sekali keluar berjumpa terus dengan pelanggan. Liya meminta supaya Mastura kekal di dalam kereta. Bukan apa, madunya itu tidak boleh terlalu terdedah dan juga keletihan. Nanti karang tak pasal-pasal dia yang disalahkan oleh Shah kalau Mas sakit lagi. Oleh itu, Liya cukup berhati-hati apabila membawa Mastura keluar.

Selepas urusan penghantaran selesai, mereka terus bergerak menuju pasaraya. Mereka perlu memebeli stok barangan dapur dan juga bahan untuk dimasak malam ini. Sebuah pasaraya besar lalu disinggahi. Kedua wanita tersebut bergerak bersama-sama masuk ke dalam.

MaduWhere stories live. Discover now