NM 11

71 14 22
                                    

"Yeonjun-ah! Kau tolong kemas kelas hari ni tahu! Aku ada hal petang ni!"

Beritahu salah seorang rakan kelasnya, Wooyoung kepada Yeonjun.

Dia yang baru sahaja selesai mengemas barangnya agak terkejut dengan permintaan Wooyoung tadi.

"Huh? Kenapa aku pula? Kau suruhlah orang lain!"

"Alah kau kan selalu balik lambat! Apalah salah tolong!"

"Yalah. Janganlah nak berkira sangat!" San iaitu rakan baik Wooyoung menyampuk perbualan mereka.

Tanpa mendengar balasan daripada Yeonjun, mereka berdua terus berjalan keluar meninggalkan Yeonjun berseorangan dalam kelas.

Yeonjun disitu sudah mencebik tidak berpuas hati. Dia baru sahaja terniat mahu pergi ke kelas Soobin selepas ini. Nampaknya terpaksalah dia lupakan.

Dia berjalan menuju ke bahagian belakang kelas untuk mengambil penyapu. Baru sahaja dia mahu mencapai, dia ternampak sebatang penyapu sudah terpatah dua bersebelahan dengan tong sampah kelas.

"Hmm penyapu ini lah yang mereka gunakan untuk buli Yeosang dulu...'

Gumamnya dalam hati. Kemudian dia tiba-tiba teringat dengan peristiwa lalu di mana Yeonjun menjadi saksi melihat Yeosang dibuli oleh rakan kelasnya dahulu.

------------

Beberapa bulan lalu...

Hari pada waktu kejadian itu sudah lewat petang. Masa itu Yeonjun baru sahaja selesai berjumpa dengan guru kerana dia terlibat dalam satu pertandingan yang diadakan di sekolah.

Ketika dia mahu masuk ke kelas untuk mengambil beg, langkahnya terhenti apabila Yeonjun ternampak kelibat Yeosang sedang dipukul oleh Jaehyun dan rakan-rakannya dengan menggunakan penyapu.

"Tengoklah! Kita pukul pun dia tak menjeritlah!" Kata Jaehyun riang.

"Seriuslah! Boleh tahan hebat juga kau ni, Yeosang!" Ujar Jibeom sambil menghayunkan penyapu itu pada badan Yeosang.

Yeonjun masa itu tidak membuat apa-apa. Dia lihat sahaja bagaimana Yeosang dipukul dan ditendang oleh mereka berempat. Malah Yeonjun juga nampak wajah Yeosang sedang cuba menahan kesakitan waktu itu.

"Sudahlah! Penat pula aku. Esok kita sambung geng!"

Yeonjun pantas menyembunyikan dirinya sebaik sahaja Jaehyun dan kawan-kawannya melangkah keluar dari kelas untuk pulang ke rumah.

Langkah dibuka untuk masuk kelas apabila bayangan mereka tidak kelihatan. Yeonjun hanya perhatikan sahaja Yeosang yang masih terbaring lemah itu dengan menutupi wajahnya.

Rasa kasihan terhadap Yeosang itu mula hadir dalam hatinya. Yeonjun menghampiri Yeosang lalu dia menghulurkan tangannya.

"Kau okey?"

Tangan Yeosang terus dialihkan selepas mendengar sapaan tersebut. Dia lihat Yeonjun sedang berada dihadapannya.

"Erm..." Yeosang tidak mencapai tangan yang dihulurkan oleh Yeonjun itu. Dia bangun dengan sendiri walaupun badannya terasa sakit yang amat.

"Mereka tak patut buat macam tu kat kau," ujar Yeonjun seraya meletakkan semula penyapu yang sudah patah itu di sebelah tong sampah mereka.

"Kau kawan Taehyun kan?"

Yeosang tiba-tiba bertanya soalan begitu pada Yeonjun.

"Haah."

"Taehyun tu... okey ke dengan kau?" soalan Yeosang itu membuatkan Yeonjun berasa pelik.

"Dia okey saja dengan aku. Kenapa?"

Mendengar jawapan yang diberikan oleh Yeonjun itu, Yeosang tersenyum kecil.

"Kau dengan Taehyun bergaduh ke kat rumah?" soal Yeonjun lagi.

"Sejak bila pula aku berbaik dengan dia?"

Terkelu lidah Yeonjun selepas mendengar kata-kata Yeosang tadi.

Dia tahu yang Yeosang dan Taehyun merupakan adik beradik. Tetapi dia juga tahu bahawa mereka tidak pernah bertegur langsung ketika berada di sekolah. Apatah lagi di rumah.

Taehyun sendiri pernah memberitahunya bahawa dia tidak pernah mengaku Yeosang sebagai abangnya hanya disebabkan Yeosang merupakan mangsa buli.

"Yeonjun-ah," panggil Yeosang. Lantas Yeonjun memandangnya.

"Apa?"

"Kau jagalah Taehyun tu baik-baik. Aku rasa dia tak perlukan abang macam aku."

Sekali lagi lidah Yeonjun terkelu mendengar kata-kata Yeosang itu.

Dia tidak sempat untuk berkata kerana Yeosang terlebih dahulu sudah berlari keluar meninggalkan Yeonjun seorang diri dalam kelas.

-------------

Yeonjun melepaskan keluhan berat selepas mengingati semula tentang kejadian dulu.

Dia dan mendiang Yeosang bukanlah kawan. Tetapi kematian Yeosang itu memberikan impak kepada dirinya.

Ya, silapnya juga kerana tidak membantu Yeosang ketika dia dibuli dahulu.

-------------

Yonghee dibelasah teruk oleh Jaemin dan Jeno di belakang sekolah. Dia cuba untuk melarikan diri tetapi tenaga yang berbaki dalam badannya itu sangat sedikit. Dia dipukul, ditendang sehingga dirinya tidak mampu untuk bangun.

Taehyun yang juga berada di situ menjadi penonton melihat Yonghee dipukul sebegitu rupa. Situasi ini samalah seperti dia lihat Yeosang dikejar oleh pembuli ketika cuba untuk menyelamatkan diri.

Taehyun mahu tolong Yonghee. Tetapi entah mengapa tangan dan kakinya terasa berat untuk dia melangkah.

"Tak silap aku, kau ni kawan Soobin kan? Adik kepada abang yang dah meninggal tu?" Taehyun terkedu apabila ditegur begitu oleh Jaemin. Wajahnya itu ditatap tajam.

"Heh! Kau tolong tutup mulut tu atau nasib kau sama macam orang ni!" Pesan Jeno dan pada masa yang sama menendang Yonghee dengan kuat sehingga dia terbatuk darah.

"Woi, Yonghee! Kenapa bukan kau yang mati huh?" ujar Jaemin kasar. Kepala Yonghee itu ditolaknya kasar.

"Meluat tahu tak!"

Taehyun perhatikan saja Yonghee ditengking oleh Jeno dan Jaemin. Tiba-tiba hatinya mula berasa sebak apabila teringatkan dengan Yeosang.

'Macam ni ke hyung kena dulu?'

"Hei sudahlah!"

Mereka terkejut apabila mendengar jeritan daripada seseorang. Jaemin dan Jeno menoleh. Melihat Soobin sedang berjalan menghampiri mereka dengan wajah yang geram.

"Kau kenapa kat sini?" Jerkah Jeno. Tetapi dia diabaikan oleh Soobin.

"Korang pergi sekarang!" Halaunya kasar. Jaemin tercabar dengan tindakan Soobin itu.

"Berani kau ya! Kau nak kena belasah dengan aku juga ke apa huh!"

"Buatlah! Aku boleh report kat ayah kau yang kau tu kaki buli! Mungkin lepas ni aku tengok kau dah tak bernyawa bila ayah kau dapat tahu!"

Jaemin mengertap bibir geram selepas mendengar ugutan Soobin itu. Mahu tak mahu dia terpaksa akur. Jaemin terus mengajak Jeno beredar dari kawasan tersebut.

Soobin lantas membantu Yonghee untuk bangun. Dia membawa Yonghee ke bilik sakit untuk memberikan rawatan kepadanya.

Taehyun pula mengikut jejak langkah mereka dari belakang. Dia tidak faham mengapa Soobin sangat beria-ria untuk membantu Yonghee. Adakah mereka ini kawan?

[C] Death Book : Nightmare  ☾ 강태현 ☽Where stories live. Discover now