NM 25

83 15 0
                                    

Taehyun terdiam seribu bahasa selepas mendengar penjelasan sebenar dari Yeosang.

Jadi maksudnya... Selama ini mereka bukan bersama dengan Soobin? Mereka bersama dengan Yeosang sepanjang perkara pelik berlaku di sekolah mereka!

Patutlah dia berasa pelik mengapa Soobin sering kali menghilangkan diri dulu. Mengapa Soobin selalu menjadi saksi dalam kes pembunuhan dan mengapa Soobin sentiasa bersama dengan Yonghee.

Rupanya itu Yeosang!

"Hyung tahu kau marah sebab hyung dah buat macam-macam kat kau. Tapi itu saja jalannya yang hyung ada supaya kau dapat tolong," ujar Yeosang dengan rasa sedikit bersalah. Akan tetapi Taehyun masih lagi berdiam diri.

"Hyung minta maaf sebab susahkan kau. Haih, aku ni memang abang yang tak guna."

"Tak..."

Yeosang sedikit terperanjat dengan perkataan yang baru keluar dari mulut Taehyun.

"Aku nampak kau ditampar oleh ibu di dapur lepas kau bertekak dengan dia dulu. Jujur aku cakap masa tu aku rasa sangat bersalah kat kau sebab aku biarkan kau stress di rumah. Waktu itu aku ingat aku nak berbual dengan kau lepas balik sekolah tapi akhirnya, kau bunuh diri..."

Kata-kata Taehyun itu sungguh membuatkan Yeosang terkedu. Tidak pasti sama ada dia tersilap dengar atau apa.

"Aku bukan adik kau yang baik pun. Aku tahu macam sia-sia aku nak tahu punca sebenar kau bunuh diri sedangkan aku tahu sebabnya! Tapi kenapa kau masih minta pertolongan dari aku?" jerkah Taehyun. Dadanya naik turun menahan amarah dalam hati.

Yeosang yang berada di hadapannya itu tidak berbuat apa. Sekadar mengukirkan senyuman nipis ke arah adiknya.

"Kau orang paling dekat dengan aku, Taehyun. Walaupun hubungan adik beradik kita ni tak serapat macam dulu, hyung tetap anggap kau sebagai adik. Sebab itulah aku berusaha dekatkan diri aku dengan kau supaya matlamat kita tercapai."

"Matlamat apa?"

"Matlamat kau untuk tahu punca kematian aku dan hapuskan sumpahan Death Book itulah."

Taehyun terdiam buat kali kedua selepas mendengar penjelasan Yeosang.

Dia sebenarnya tidak menyangka pun perkara begini akan berlaku.

Selama ini dia selalu sangka bahawa Yeosang mahu membalas dendam padanya sebab layan dia buruk sewaktu dia masih ada dulu.

"Kalau kau dah faham, kau boleh pergi sekarang. Urusan antara kita berdua sudah selesai." Kata Yeosang lagi.

"Huh? Kau nak kemana?" tanya Taehyun apabila sedar bahawa Yeosang sudah berjalan meninggalkan dia.

"Pergi ke tempat yang sepatutnya. Urusan aku kat sini dah selesai."

Taehyun terkejut lalu terus mengekori Yeosang.

"Sekejap!" Langkah Yeosang terhenti selepas mendengar arahan Taehyun itu.

Apabila dia menoleh, dia terkejut melihat muka Taehyun sudah merah menahan sebak dalam hati. Yeosang dapat merasakan bahawa Taehyun cuba untuk tidak menangis di hadapannya.

"Aku minta maaf! Minta maaf sebab tak pernah anggap kau sebagai abang! Aku memang teruk!" Luah Taehyun dengan tangisan.

Yeosang tersenyum kelat lalu dia mula mendekatkan dirinya dengan Taehyun.

"Kau masih tak berubah. Hyung rindu tengok kau menangis sama-sama dengan hyung dulu."

Sungguh kata-kata Yeosang itu menambahkan rasa sebak Taehyun. Air matanya sedang mengalir deras membasahi pipi.

"Kalaulah masa ni boleh diundur, aku mungkin tak akan buat kerja gila dulu." Ujarnya perlahan. Dia mahu mengusap kepala Taehyun tetapi tangannya tertimbus.

Taehyun tidak membalas apa-apa. Dia masih lagi dalam tangisannya.

"Hyung kena pergi. Terima kasih sebab tolong dulu. Kau memang adik yang baik, Tyun."

Usai sahaja berkata begitu, susuk tubuh Yeosang mula menghilang dari pandangan Taehyun.

Dia terduduk lemah di koridor hospital sambil melayan kesedihannya yang telah lama terpendam.

Kini barulah dia sedar bagaimana peritnya rasa kehilangan orang yang tersayang dalam keluarga...

----------------------

Beberapa jam sudah berlalu, Taehyun masuk di wad Soobin dengan muka yang sebam. Kelihatan Beomgyu setia menemani Soobin yang masih dalam keadaan tidak sedarkan diri itu.

"Datang pun kau. Menghilang kemana tadi? Kenapa muka kau macam baru lepas menangis ni?"

Bertubi-tubi Beomgyu bertanyakan soalan kepada Taehyun. Dia yang berasa malas mahu menjawab itu sekadar menggelengkan kepala.

"Nanti aku cerita. Soobin hyung masih tak sedar ke?" Taehyun cuba untuk menukar topik.

"Ya. Tadi ada doktor buat pemeriksaan kat Soobin hyung. Katanya tiada apa-apa perubahan yang baik berlaku pada Soobin.."

Satu keluhan kecil dilepaskan. Dalam hati Taehyun tidak lepas berdoa agar Soobin dapat diselamatkan walaupun ia agak mustahil.

Kadar degupan jantung dan nadi Soobin agak lemah. Hal itu membuatkan mereka berasa cemas dengan keadaan Soobin.

Ketika masing-masing leka termenung, Taehyun ternampak jari jemari Soobin mula bergerak sedikit. Dia yang terkejut itu terus memberitahu kepada Beomgyu.

"Hyung, tengok Soobin tu!"

Beomgyu menoleh. Dia lihat tangan Soobin sudah bergerak-gerak itu lantas mendekatkan dirinya.

"Huh! Biar betul ni?"

Anak mata Soobin yang dari tadi tertutup rapat kini dibuka secara perlahan-lahan. Beomgyu dan Taehyun tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira mereka melihat Soobin sudah sedar dari koma.

"Soobin hyung!"

Jerit mereka riang. Beomgyu hampir mahu menangis melihat Soobin dapat diselamatkan dari kemalangan dulu. Pantas dia keluar dari wad untuk memanggil doktor yang berada di situ.

"Urgh... peningnya..."

"Hyung! Syukur hyung selamat!" Ucap Taehyun keriangan. Dia tidak dapat mengawal perasaan gembira dia sekarang ini.

"Taehyun...? Mana yang lain?" soal Soobin perlahan.

"Yeonjun hyung dengan Huening Kai sudah balik rumah. Nanti aku call diorang! Beomgyu hyung pula cari doktor sekarang ini untuk periksa keadaan kau sekarang."

Jelas Taehyun. Soobin sekadar mengangguk kecil.

Sungguh Taehyun tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan dirinya jika Soobin tidak dapat diselamatkan. Syukur dia masih diberikan peluang untuk meneruskan hidup.

[C] Death Book : Nightmare  ☾ 강태현 ☽Where stories live. Discover now