NM 16

67 14 9
                                    

Selepas sahaja waktu rehat tamat, semua pelajar bergegas menuju ke kelas untuk menyambung pembelajaran mereka semula. Beomgyu pula diminta oleh seorang guru untuk pergi ke pejabat kerana dia perlu membantu guru tersebut untuk membawa barangnya ke kelas.

Beomgyu hanya akur. Niat dia untuk masuk ke pejabat terbantut selepas dia ditegur oleh Huening Kai.

"Hyung!"

"Kau kenapa?"

"Ada nampak Taehyun tak?"

Beomgyu membalas dengan gelengan kepala. Huening Kai mengeluh kecil.

"Kau dah cari dia kat tandas ke belum?" tanya Beomgyu. Dia perlu cepat kerana guru kelasnya pasti sedang menunggu dia sekarang.

"Aku dah cari dia di merata tempat tapi aku langsung tak jumpa dia," keluhnya. Beomgyu yang mendengar itu mula berasa tidak sedap hati.

"Aku tak boleh tolong kau cari dia sekarang sebab aku kena tolong cikgu angkat barang."

Kata Beomgyu dengan rasa bersalah. Sungguh dia risaukan dengan Huening Kai yang tidak menjumpai di mana rakannya itu berada tetapi dia juga kesuntukkan masa untuk membantu guru.

"Tak apa kalau macam tu, hyung. Aku cuba cari dia lagi." Beomgyu mengangguk kecil.

"Kalau ada apa-apa nanti call hyung."

Selepas memberikan pesanan, Beomgyu terus membuka langkah untuk masuk ke pejabat. Meninggalkan Huening Kai yang masih berada di luar seorang diri.

Baru sahaja Huening Kai mahu pergi, dia dikejutkan oleh Yeonjun yang kini berada di sebelah kirinya.

"Ah! Hyung ni buat aku terkejut!" marahnya.

Yeonjun tersenyum sinis melihat riak wajah geram adiknya itu.

"Kau kenapa masih kat sini? Tak masuk kelas ke?" tanya Yeonjun. Huening Kai menggeleng kepala.

"Aku cari Taehyun. Tapi aku langsung tak nampak dia."

"Lah? Situasi kita ni sama ke?" kata-kata Yeonjun itu membuatkan dia berasa sedikit pelik.

"Kenapa hyung cakap macam tu?"

"Soobin pun tak ada."

---------------

Oleh disebabkan dendam dalam hati sudah terbuku, Seonghwa mula membuat satu perkara yang mana mustahil bagi manusia normal lakukan pada zaman yang serba moden ini.

Dia berjumpa dengan seorang nenek tua dan membeli sesuatu darinya.

Buku usang tersebut dibelek-belek sebelum dia tersenyum seperti orang kurang siuman.

Ya, dia mendapatkan Death Book itu daripada seorang nenek yang tidak dikenalinya untuk membalas dendam.

--

Akibat penggunaan Death Book yang secara tidak terkawal itu telah merosakkan hidup Seonghwa, dia telah membunuh semua orang disekelilingnya termasuklah keluarga kandung dia sendiri.

Insiden itu menyebabkan Seonghwa tidak mampu untuk meneruskan hidup dan dia mengambil keputusan untuk menamatkan riwayat dia di bangunan sekolah yang lama.

Tanpa dia sedar, sumpahan Death Book itu telah muncul menyebabkan rohnya terperangkap dalam buku tersebut.

--

Beberapa tahun kemudian, Yunho dibenarkan keluar dari pusat psikiatri setelah mendapati dirinya semakin pulih dari penyakitnya iaitu DID.

Namun nasibnya tidak begitu baik, di sekolah dia dipulau serta dibuli akibat dianggap perosak masyarakat hanya kerana dia mempunyai penyakit mental.

Disebabkan kejadian itu, kemurungan Yunho semakin meningkat dan sudah banyak kali dia cuba untuk menamatkan riwayatnya.

Tetapi semua itu berubah selepas dia menjumpai Death Book di tepi koridor bangunan lama sekolah dan dia berkenalan dengan Seonghwa.

Pada mulanya Yunho sangat seronok menggunakan Death Book itu kerana semua orang yang dia benci itu telah lenyap. Namun sama seperti Seonghwa, Yunho juga telah membunuh keluarganya menyebabkan hidupnya kembali gelap semula.

Oleh disebabkan tidak dapat menahan perit ini, Yunho membunuh dirinya di sebuah stor yang lama dan mengantikan tempat Seonghwa untuk menjadi roh Death Book.

--

Setahun kemudian, Yeosang menjadi mangsa buli tegar di sekolah hanya kerana perwatakan dia yang diam seperti patung.

Dia juga tidak pernah dianggap wujud dalam keluarga kerana ibu bapanya sering mengabaikan Yeosang di rumah. Mereka tidak tahu pun bagaimana dengan keadaan Yeosang waktu itu.

Ketika Yeosang sedang ponteng kelas, dia secara tidak langsung terjumpa Death Book di depan pintu stor. Dalam masa yang sama juga dia berkenalan dengan Yunho.

Hidup Yeosang semakin gelap setelah dia mendapat tamparan dari ibunya. Dia tidak menggunakan Death Book itu untuk membunuh keluarganya kerana dia memilih untuk mengantikan tempat Yunho.

Selepas bertengkar, Yeosang secara mengejut menjunamkan dirinya di rooftop sekolah.

Dan dialah roh Death Book sekarang.

------------

Selepas mendapat mimpi buruk itu, Taehyun terus terbangun. Dia terkejut melihat suasana di sekelilingnya sekarang senyap dan sunyi. Tempat ini sangat asing baginya.

Taehyun mengambil telefonnya untuk melihat waktu. Matanya terbeliak melihat jam sekarang menunjukkan sudah pukul 6:30 petang. Sekarang ini adalah waktu pulang bagi pelajar! Patutlah hari semakin gelap!

Dia cuba untuk bangun namun kepalanya terasa berat yang amat. Kemudian dia ternampak bayangan seseorang sedang berjalan menghampirinya.

"Dah sedar pun kau." Taehyun terkaku melihat Soobin kini sedang mendekatinya.

Soobin tersenyum sambil membawakan bubur bersama.

"Makanlah. Lama juga kau pengsan tadi," ujarnya. Taehyun masih lagi terkaku.

Dia tidak tahu sama ada Soobin di hadapannya kini memang betul Soobin atau Yeosang yang sedang berlakon sebagai Soobin.

"Kau kenapa tak makan? Tak ada selera ke?" soal Soobin risau. Dia cuba untuk menyentuh dahi Taehyun tetapi dia ditepis dengan kasar.

"Kau nak culik aku ke?" soalan Taehyun tadi mengerutkan dahi Soobin.

"Huh?"

"Kau cuba nak bunuh aku kan! Jangan nak berlakonlah!" pekik Taehyun.

"Kau ni dah kenapa? Ini hyung lah! Kau sekarang berada di rumah aku!"

Taehyun terdiam selepas mendengar kata-kata Soobin itu. Kini baru dia tersedar bahawa dia berada di rumah Soobin.

"Hyung angkat aku ke sini ke?" tanya Taehyun lagi. Kali ini suaranya agak perlahan.

"Memang taklah aku nak angkat kau! Aku suruh Yeonjun hyung tolong sebab tadi kau pengsan di rooftop," balas Soobin lebar.

Taehyun menghembus nafas lega. Mujurlah kerana Soobin yang berada di hadapannya kini memang betul Soobin.

"Kau kenapa menjerit tadi?"

Soalan Soobin tadi membuatkan Taehyun menjadi kaku buat kali ketiga.

Dia tidak pasti sama ada mahu menceritakan atau tidak.

[C] Death Book : Nightmare  ☾ 강태현 ☽Where stories live. Discover now