NM 26 Finale

105 15 2
                                    

Beberapa hari kemudian...

Kejadian hitam yang berlaku di sekolah ini terus dilupakan oleh semua pihak. Walaupun ia amat mengerikan, tiada siapa pun yang ingat akan kejadian tersebut. Seolah-olah mereka semua sudah hilang ingatan.

Namun, hanya beberapa sahaja manusia yang masih ingat kejadian itu dengan segar. Orang itu ialah Taehyun dan Yonghee.

"Suasana di sekolah ni kembali normal. Macam tak ada siapa langsung yang ingat dengan kejadian dulu," ujar Taehyun.

Kini dia dan Yonghee sedang melepak di kawasan balkoni sekolah. Suasana sekolah pada hari ini sangat tenang. Tidak sama seperti dulu bilamana semua pelajar dilanda dengan rasa resah dan gelisah.

Yonghee yang dari tadi leka memandang kawasan luar sekolah itu mula mengalihkan pandangan dia ke arah Taehyun yang berada di sebelahnya.

"Fasal dulu..." Yonghee bersuara membuatkan Taehyun terus melihatnya.

"Yeosang ada cerita kat hyung macam mana kehidupan dia dulu. Pernah juga dia halang hyung tapi disebabkan masa dulu hyung tak fikir panjang, hyung asyik fikir nak balas dendam kat orang sehinggakan hyung tak sedar yang hyung dah sakitkan kamu..."

Ujar Yonghee lebar. Taehyun yang mendengar itu sekadar mendiamkan diri.

Walaupun perkara itu sudah berlalu, sungguh amat sukar untuk dia lupakan. Dia masih teringat dengan mimpi buruk yang sering dialaminya dulu, kematian pelajar yang mengejutkan, kehadiran Yeosang yang membuatkan dia sangat takut dan juga ketika dia dan Yonghee berebut Death Book dulu.

Namun syukurlah semua itu sudah berakhir. Yonghee pun telah berubah menjadi yang baik semula.

"Kalaulah kamu tak halang hyung dulu, mungkin pengakhiran hyung akan sama macam Yeosang." Tambah dia lagi.

"Ya... Tyun sendiri tak sangka yang Yeosang hyung mati dalam keadaan macam tu..." sampuk Taehyun dengan rasa sedikit kesal.

"Tapi yang buat Tyun sedih ialah Tyun langsung tak sedar yang Soobin hyung koma dulu. Tyun selalu ingat yang Soobin hyung ada bersama dengan kita." Katanya lagi. Yonghee mengangguk setuju.

"Hyung pun fikir macam tu juga. Sebab dalam kelas hyung dulu tak ada siapa yang tegur hyung melainkan Soobin sahaja. Tapi lepas Death Book tu dah tak ada, baru hyung sedar yang sebenarnya Yeosang yang menyamar jadi Soobin..."

Satu keluhan kecil dilepaskan. Perkara itu pun cukup mengejutkan mereka berdua.

Kini barulah Taehyun faham mengapa hanya dia dan Soobin sahaja perasan akan suasana pelik yang berlaku di sekolah kita.

Rupanya itu bukan Soobin.

Melainkan mendiang Yeosang yang menggunakan badan Soobin untuk bersama dengan Taehyun dan juga Yonghee.

Loceng sekolah mereka mula berbunyi menandakan waktu pembelajaran akan bermula sebentar lagi. Mereka saling memandang antara satu sama lain.

"Kamu pergilah masuk kelas. Nanti terlewat pula," kata Yonghee perlahan.

"Erm. Jumpa hyung di rumah nanti."

Selepas sahaja mengucapkan selamat tinggal, Taehyun berjalan menuju ke kelasnya dengan fikiran yang kosong.

Kelihatan kawan baiknya. Huening Kai sudah lama berada dalam kelas menanti akan kehadirannya. Taehyun tersenyum garis ke arah dia.

"Kau pergi mana tadi?" soal Huening Kai sebaik sahaja Taehyun melabuhkan punggung untuk duduk di sebelahnya.

"Aku lepak dengan jiran aku. Kenapa?" jawabnya dan pada masa yang sama menyoal semula.

"Tadi Yeonjun hyung beritahu aku dengan Beomgyu yang Soobin hyung boleh keluar dari hospital petang ini."

Berita yang disampaikan oleh Huening Kai tadi sungguh mengembirakan hati Taehyun.

"Serius? Baguslah!"

"Tapi ada satu masalah," kali ini Taehyun mula berasa pelik.

"Masalah apa?"

"Rumah Soobin hyung sekarang sudah dijual oleh keluarga neneknya jadi dia mungkin tak ada tempat untuk tinggal."

Kata-kata Huening Kai itu membuatkan Taehyun tersentak sedikit. Kemudian, satu idea yang menarik mula muncul dalam otaknya.

"Aku boleh suruh Soobin hyung tinggal dengan aku," cadang Taehyun.

"Kau yakin?"

"Ya. Lagipun ibu bapa aku tak kisah pun. Memang dalam rumah aku ada satu bilik kosong. Aku rasa dia mesti suka."

Huening Kai tersenyum garis selepas mendengar cadangan Taehyun itu.

"Bagus juga. Tak perlu susah-susah untuk sewa rumah bukan?"

Taehyun mengangguk. Baru sahaja dia mahu berbual lebih, guru mereka sudah pun masuk ke kelas. Maka sesi pembelajaran mula berlangsung seperti biasa.

----------------

Petang itu balik sahaja dari hospital, Taehyun membantu Soobin untuk membawa semua barang-barang masuk ke dalam rumahnya.

Dia sudah pun memaklumkan kepada orang tuanya bahawa Soobin akan tinggal bersama dengan mereka. Ibu dan ayah Taehyun setuju dan mereka menyuruh Taehyun untuk membantu Soobin kemas sedikit apa yang patut.

Bilik Yeosang yang dahulunya dibiarkan kosong dan tidak berpenghuni itu kini dibuka oleh Taehyun. Mulai sekarang, bilik itu akan menjadi milik Soobin.

"Aku harap hyung suka dengan bilik ni," kata Taehyun seraya meletakkan bagasi di sebelah katil.

Soobin mengamati kawasan bilik barunya. Ini sungguh sempurna! Bilik ini sangat lengkap dengan keperluannya seperti katil, almari, meja belajar dan televisyen mini.

"Seriuslah kau bagi aku tinggal? Ini dah lebih daripada cukup!" Soobin seperti tidak percaya. Baginya, dia tidak berhak untuk dapatkan semua ini.

"Hyung janganlah rasa bersalah. Memang keluarga aku bagi. Aku pun memang anggap hyung macam abang kandung sendiri."

Kata Taehyun tenang. Soobin tidak habis-habis mengucapkan terima kasih kepadanya.

"Hyung kemaslah barang tu. Aku nak rehat kat bilik sekejap. Nanti malam kita makan sama-sama ya," ujar Taehyun lagi sambil menepuk lembut bahu Soobin.

Baru sahaja dia mahu melakang keluar, Soobin tiba-tiba bersuara. Namun intonasinya agak sedikit berlainan.

"Terima kasih sebab sanggup kemaskan bilik hyung ni..."

Taehyun mula berasa pelik dengan cara percakapan Soobin itu. Lantas dia menghampiri Soobin yang masih berdiri kaku di hadapan meja belajar.

Apabila Taehyun melihat dengan lebih dekat, matanya terbuntang luas melihat wajah Soobin agak lain berbanding sebelum ini. Anak matanya juga bukan berwarna hitam sebaliknya coklat yang menyerupai sama seperti...

"Yeosang hyung?"

-Tamat-

Ending kali ini agak mengelirukan bukan? Ya, itulah apa yang saya harapkan.

Terima kasih bagi yang baca siri Death Book ni dari awal cerita sehingga penghabisnya.

Semoga ia memberikan hiburan kat awak semua <3

Should I buat penerangan tentang fanfic ni? Or memang korang semua faham dengan jalan cerita ni?

[C] Death Book : Nightmare  ☾ 강태현 ☽Where stories live. Discover now