NM 21

72 14 8
                                    

Bangun sahaja daripada pengsan, Beomgyu terus menuju ke singki untuk memuntahkan isi perutnya. Setelah itu dia membersihkan mulutnya dengan air berkali-kali.

Taehyun yang setia menemani dia membawa air dan tuala kecil untuk memberikan kepada Beomgyu.

"Teruk juga fobia kau tu, hyung." ujarnya seraya memberikan botol air kepada sahabatnya itu.

Beomgyu tidak berkata apa. Dia mengambil lalu meneguk air yang diberikan oleh Taehyun tadi. Sesekali dia menghela nafas lega.

"Gila memang gila! Siapa yang campakkan mayat tu kat depan kita?" soal Beomgyu. Sungguh dia masih tidak puas hati dengan kejadian tadi. Disebabkan itu jugalah dia pengsan akibat takut yang melampau.

"Memang mengejutkan..." Taehyun menyampuk setuju. Dia juga tidak menyangka bahawa perkara ngeri itu berlaku pada mereka.

Beomgyu mengeluh. Wajahnya masih lagi pucat. Mungkin dia belum pulih sepenuhnya selepas terbangun dari pengsannya.

"Taehyun, kau lari kemana? Kenapa kau tinggalkan aku seorang diri tadi?"

Soalan itu membuatkan Taehyun terdiam bisu.

Jika dia menceritakan sebab sebenar dia lari naik ke atas, Beomgyu pasti tidak akan percaya.

Sebabnya yang tahu hal ini hanya dia dan Soobin sahaja. Tiada siapa tahu bahawa mereka boleh melihat Yeosang secara nyata tidak kira masa.

"Aku--"

Belum sempat dia mahu menghabiskan kata-katanya, Yeonjun dan Huening Kai terus masuk ke bilik sakit dengan penuh kelelahan.

"Korang dari mana?" soal Beomgyu ingin tahu.

Yeonjun mengumpul nafas terlebih dahulu sebelum dia menjawab soalan tersebut.

"Tadi kitorang cari Soobin. Bila kitorang masuk ke kelas dia, beg dia dah tak ada." Jawapan Yeonjun tadi mengejutkan sedikit buat Beomgyu dan Taehyun.

"Huh? Dia balik rumah ke?"

"Tak pastilah. Budak kelas dia cakap dia balik lepas mayat tu dijumpai kat dataran sekolah tadi."

Huening Kai bersuara pula. Lalu dia melabuhkan punggung untuk duduk di sebelah Beomgyu.

Taehyun terkaku. Dia tertanya mengapa Soobin tiba-tiba balik selepas mayat itu dijumpai? Bukannya dia ada kaitan dengan mayat itu pun.

Ataupun mungkin...

"Aku ada dengar gosip kelas dia yang cakap kemungkinan besar Soobin ada kaitan dengan semua kematian budak kelas dia."

Sekali lagi kata-kata Yeonjun itu mengejutkan Taehyun. Entah berapa kali dia asyik terkejut sahaja sejak kebelakangan ini.

"Apa maksud hyung?" Beomgyu makin keliru.

"Aku dapat tahu yang Soobin sudah jadi suspek utama sebanyak tiga kali atas kematian kawan dia. Sebab hanya dia sahaja yang ada di tempat kejadian waktu kes tu berlaku."

"Mungkin sebab itu kot Soobin hyung balik rumah awal? Dia tak nak orang sangka dia pembunuh sedangkan dia tak bersalah langsung?"

"Mungkin juga."

Taehyun hanya mendengar sahaja perbualan tiga orang kawannya itu. Dia tidak tahu dengan siapa dia patut percaya sekarang ini.

Tidak boleh jadi! Dia sudah berjanji dengan Soobin untuk hapuskan sumpahan Death Book itu bersama. Dia tidak boleh mungkir janji!

"Aku nak cari seseorang kejap. Hyung nanti kalau nak minta apa-apa just call aku jer tahu."

Ujar Taehyun kepada Beomgyu. Dia lantas bangun dan berjalan keluar dari bilik sakit meninggalkan Beomgyu bersama Yeonjun dan Huening Kai.

Suasana di antara mereka bertiga sunyi buat seketika sehinggalah Beomgyu akhirnya bersuara.

"Erm... Korang, aku rasa ada yang tak kena dengan situasi sekarang ni." katanya.

"Kenapa kau cakap macam tu?" tanya Yeonjun dengan perasaan ingin tahu.

"Aku syak ada benda pelik bersama dengan kita sekarang..."

--------------------

Yonghee berjalan menuju ke sebuah kelas kosong dengan membawa Death Book bersama.

Dalam hatinya sungguh tidak tenang. Bagaimana Soobin boleh terfikir untuk mengambil Death Book ini darinya sedangkan hanya dia seorang sahaja yang boleh sentuh dan lihat buku usang itu secara nyata!

Tiba sahaja dalam kelas, Yonghee segera kunci pintu dan menghela nafas lelah. Kebetulan juga waktu itu Yeosang muncul di hadapannya.

"Penat betul kau," tegur Yeosang. Namun teguran tersebut mendapat jelingan oleh Yonghee.

"Kau tipu aku ke huh?" marahnya membuatkan Yeosang tersentak sedikit.

"Tipu? Aku tipu apa kat kau?" Yeosang keliru.

"Kau cakap dengan aku yang Death Book ni tak boleh dilihat oleh sesiapa! Jadi kenapa budak kelas aku tu boleh pegang hah?"

Dada Yonghee naik turun menahan geram. Matanya juga tidak lepas melihat Yeosang dengan tatapan tajam.

Yeosang yang mendengar itu tersenyum kecil. Faham apa yang dikatakan oleh Yonghee tadi.

"Aku tak tipu kau. Aku pernah beritahu kat kau dulu yang bukan kau seorang saja boleh lihat aku. Ada seorang lagi boleh tengok aku secara nyata."

"Siapa orang yang kau maksudkan tu?"

"Aku!"

Yonghee lantas menoleh ke belakang sebaik sahaja mendengar suara yang menyampuk perbualan mereka tadi.

Matanya terbuntang luas melihat orang itu.

"Kamu?"

Dia terkejut apabila dapati bahawa Taehyun sudah berada di belakangnya. Entah bagaimana dia berjaya membuka pintu kelas yang telah dia kuncikan tadi.

"Ya, aku Kang Taehyun. Adik kepada Kang Yeosang."

Beritahu Taehyun membuatkan Yonghee terkaku seperti patung. Lalu dia mula teringatkan ayat Yeosang dahulu selepas dia menjumpai Death Book buat kali pertama.

"Kau tak perlu risau. Hanya kau dan adik aku saja yang boleh nampak aku."

Ya! Kini barulah dia tahu bahawa Taehyun yang disangka jirannya selama ini merupakan adik kandung Yeosang.

"Kamu buat apa ke sini?" tanya Yonghee kepada Taehyun.

"Aku nak rampas Death Book tu dari kau, hyung! Kalau tak, perkara buruk akan berlaku!"

[C] Death Book : Nightmare  ☾ 강태현 ☽Where stories live. Discover now