NM 04

70 13 0
                                    

Di belakang bangunan sekolah, Yonghee melepaskan semua kesakitannya di sana. Dia menangis teresak-esak. Jari tangan kirinya terasa sangat sakit selepas dipijak-pijak oleh Jaemin tadi.

Walaupun sekarang adalah waktu pembelajaran, dia tidak mahu masuk ke kelas. Dia menganggap kelasnya seperti neraka. Dia tidak mahu dibuli makin teruk lagi.

"Aku benci! Benci! Kenapa kau lemah sangat Kim Yonghee? Aku benci diri aku!"

Luah Yonghee semahunya. Tanpa dia sedar, Yeosang sedang memerhatikan dia dari belakang. Dia mula berasa kasihan dengan Yonghee lalu menghampirinya.

"Teruk nampak. Ini mesti baru kena buli tadi."

Teguran Yeosang itu membuatkan Yonghee terkejut. Dia lantas menoleh ke belakang. Yeosang hanya memandang dia dengan pandangan kasihan.

"Ke-kenapa kau kat sini? Kau tak masuk kelas ke?" soal Yonghee tergagap. Dia mengesat air matanya laju.

"Aku kan dah mati. Apa yang kau nampak sekarang ni ialah roh aku." Jawabnya selamba membuatkan mata Yonghee terbeliak.

Dia menggosokkan matanya berkali-kali. Apabila dia lihat semula, Yeosang sudah tiada. Yonghee hairan.

"Huh? Aku salah tengok ke tadi?"

"Aku kat belakang kau lah."

"Ahhakuterkejut!"

Yonghee melatah sebaik sahaja Yeosang muncul di belakangnya. Jantungnya hampir tercabut sahaja tadi.

Yeosang yang melihat itu tersenyum garis. Rasa kelakar pula melihat reaksi Yonghee begitu.

"Aku boleh tengok hantu? Seriuslah?" tanya Yonghee lagi. Dia agak sukar untuk percaya bahawa dia dapat melihat roh Yeosang secara realiti.

Yeosang sekadar mengangguk sahaja. Melihat wajah Yonghee yang mempunyai kesan luka dan lebam yang banyak itu membuatkan dia berasa simpati.

Ia mengingatkan Yeosang tentang bagaimana dia dibuli teruk dahulu. Sejujurnya, dia sangat faham apa yang dialami oleh Yonghee sekarang. Malah, disebabkan buli jugalah dia membunuh dirinya.

"Aku benci dengan diri aku. Kalau boleh aku nak bunuh jer diri aku ni…"

Luah Yonghee pada Yeosang. Dia tiada tempat untuk dia meluahkan perasaannya pada sesiapa. Dia tidak mahu menganggu kedua ibu bapanya kerana mereka sibuk bekerja.

Yeosang sekadar mendengar sahaja. Kemudian, mereka terdengar seseorang memanggil membuatkan mereka terkejut sedikit.

"Yonghee!"

Dia terkejut. Itu adalah suara Jaemin! Yonghee bingkas bangun lalu melarikan dirinya sebelum dijumpai oleh Jaemin. Dia berlari meninggalkan Yeosang buat kali kedua.

Dia perhatikan Yonghee dari belakang. Pada masa yang sama melihat orang yang memanggil Yonghee tadi. Tidak lama selepas itu dia tersenyum sinis.

'I think I know apa yang bakal berlaku lepas ni...'

Bisiknya dalam hati lalu menghilangkan dirinya.

----------------

Jaemin mencari Yonghee di sekitar kawasan sekolah. Sesekali dia mendengus geram.

"Ish! Mana pula budak ni pergi? Menyusahkan orang betullah! Kenapa cikgu suruh aku pula cari budak tak guna tu?"

Rungut Jaemin geram. Dia meneruskan perjalanannya untuk mencari Yonghee. Tak lama kemudian, dia ternampak Soobin baru sahaja keluar dari tandas.

"Yah! Kau ada nampak Yonghee tak?" tanya Jaemin pada Soobin.

"Ada kat sini." Jawab Soobin. Jaemin pantas masuk ke dalam tandas lalu mengetuk pintu yang berkunci itu.

[C] Death Book : Nightmare  ☾ 강태현 ☽Where stories live. Discover now