NM 13

68 13 6
                                    

Yonghee masuk ke rumah sejurus dia menyusun kasutnya di rak yang telah disediakan. Suasana dalam rumahnya sunyi. Kedua-dua ibu bapanya masih lagi belum pulang atas disebabkan urusan kerja. Yonghee tersenyum kelat sebelum melabuhkan diri di atas sofa yang empuk.

Rasa sakit pada badannya itu masih terasa. Namun disebabkan dia berasa letih yang amat, dia mengabaikan kesakitan itu dengan melelapkan diri buat seketika.

Ketika itu jugalah Yeosang muncul di sebelah Yonghee. Dia berjalan melilau-lilau di sekitar kawasan rumah tuannya itu. Rumah Yonghee kelihatan sangat kemas dan sunyi. Semua perabot dalam rumah ini juga disusun dengan rapi.

Yeosang perhatikan Yonghee yang sudahpun tertidur nyenyak akibat kepenatan. Lalu dia mencapai Death Book yang berada dalam beg sekolahnya. Satu persatu helaian disemaknya.

Terdapat banyak nama mangsa yang sudah ditulis dengan pen merah itu terpapar di setiap halaman buku tersebut. Termasuklah mangsa baru Yonghee iaitu Lee Jeno yang sahaja belum ditulis dengan warna merah.

Ya, warna merah itu melambangkan kematian seseorang.

Yeosang menyelak di halaman yang lain pula. Dari situ dia lihat nama mangsanya dahulu yang sempat dia tulis sebelum dia menamatkan riwayatnya.

Bong Jaehyun

Kim Jibeom

Kim Donghyun

Itulah nama yang pernah membuli Yeosang sewaktu dia hidup suatu ketika dahulu. Dia tidak menulis nama Joochan disitu kerana Joochan sudah meminta maaf padanya walaupun hati Yeosang berasa sangat sakit.

Yeosang tersenyum kecil. Dia menggantikan tempat Yunho untuk mengambil alih sumpahan Death Book ini.

Maka sekarang adalah giliran dia pula untuk mencari jalan menghapuskan Death Book yang kini berada di tangan Yonghee.

-----------

Taehyun termenung di dalam biliknya setelah selesai makan malam. Entah mengapa kata-kata Soobin petang tadi masih segar dalam ingatannya.

"Mainan mimpikah kalau ia berkait dengan sekolah ni?"

Dia menggelengkan kepala laju. Dia tidak pasti apa yang dikatakan oleh Soobin tadi itu benar ataupun tidak. Namun jika diingatkan semula, ada benar juga dengan kata-kata rakannya itu.

Salah satunya ialah setiap kali Taehyun alami mimpi buruk, ia pasti berlaku secara nyata. Seolah-olah dia dapat meramal kematian seseorang melalui mimpi.

Namun sejak kebelakangan ini, dia jarang mendapat mimpi yang berkait dengan kematian. Tetapi mimpi yang dia alami sekarang ini ialah berkaitan dengan mangsa buli sekolah termasuk mendiang abangnya juga.

"Mangsa buli? Patutkah aku tengok rekod kematian pelajar di pejabat am? Mungkin aku akan dapat jawapannya nanti," ungkap Taehyun dengan suara yang perlahan.

Mungkin dia sudah dapat petunjuk tentang mimpinya.

------------

Keesokan paginya, Taehyun segera keluar dari bilik setelah selesai menyiapkan dirinya untuk ke sekolah. Langkah dia untuk menuruni tangga terbantut sebaik sahaja dia melihat ibunya sedang mengunci pintu bilik Yeosang.

"Ibu buat apa tu?" tegur Taehyun.

"Kunci bilik abang kamu inilah. Naik seram ibu dibuatnya setiap kali limpas bilik dia ni," jawab Puan Kang bersahaja lalu menyimpan kunci tersebut dalam sakunya.

Taehyun yang mendengar itu sedikit terkejut. Pantas dia menghampiri Puan Kang.

"Boleh tak kalau Tyun pegang kunci bilik abang?" Kata-kata Taehyun itu membuatkan kening Puan Kang terangkat sedikit.

"Kamu dah kenapa?"

"Tyun cuma nak kemaskan lagi bilik mendiang abang kalau Tyun ada masa," jawabnya teragak-agak.

Puan Kang ragu-ragu untuk memberikan kunci pintu tersebut kepada Taehyun. Dia tidak tahu apakah sebab utama Taehyun suka duduk di bilik Yeosang itu. Entah apa yang istimewa ada pada bilik tersebut dia sendiri tidak pasti.

Tanpa berfikir panjang, Puan Kang serahkan kunci bilik tersebut kepada Taehyun.

"Kunci pintu bilik setiap kali lepas masuk," nasihatnya. Taehyun mengangguk sambil tersenyum lebar.

Bukan sengaja dia mahu pegang kunci bilik ini. Ada sebabnya mengapa dia berbuat begini.

Taehyun cuma mahukan jawapan untuk setiap persoalan yang dia dapat sekarang ini.

----------

"Huh? Nak hyung temankan kau pergi pejabat?"

Soal Yeonjun dengan nada yang sedikit pelik apabila Taehyun mengajak dia untuk pergi ke pejabat kerani.

"Haah. Aku nak tengok buku rekod kematian pelajar." Hampir tersedak Yeonjun dibuatnya selepas mendengar jawapan lebar daripada Taehyun.

"Kau dah kenapa? Bukan ke kau tahu yang mendiang abang kau tu mati sebab bunuh diri?" soal Yeonjun lagi. Lantas Taehyun menggelengkan kepala.

"Bukan fasal tu! Aku cuma nak tahu saja!"

Yeonjun terdiam. Lalu dia berfikir sesuatu.

"Aku tak pasti sama ada kerani bagi atau tidak..."

"Alah hyung, hyung kan dah lama belajar kat sini. Mestilah hyung tahu cara nak pujuk diorang untuk bagi aku tengok."

Taehyun seolah-olah merayu pada Yeonjun untuk menemaninya. Bukan apa tetapi hanya disebabkan dia masih dikira junior, susah baginya untuk memujuk pihak kerani untuk membenarkan dia membaca rekod kematian pelajar.

Yeonjun mengeluh sambil menggaru kepalanya yang tidak terasa gatal. Nak tak nak, dia terpaksa akur sajalah.

"Baiklah. Hyung cuba pujuk diorang."

"Hehehe! Sayang hyung!"

-----------

Soobin, Jaemin dan Jeno dipanggil oleh guru kelas mereka untuk pergi ke dewan sekarang. Mereka diarahkan untuk mengangkat semua barang yang telah digunakan dan menyusun semula barang-barang tersebut ke dalam stor dewan.

Walaupun dalam keadaan merungut, mereka terpaksa akur kerana tidak mahu mendengar lenteran yang bakal keluar dari mulut guru mereka nanti.

"Ish! Soobin hati-hatilah angkat barang tu!" Marah Jaemin. Soobin di hadapannya mencebik.

"Kau yang langgar aku lepas tu nak marah aku pula!" balasnya geram.

"Dah memang silap kau!"

"Korang, tenanglah! Haih nak kemas pun bising?" ujar Jeno sedikit hairan. Dia baru sahaja selesai meletakkan kerusi-kerusi itu ke dalam stor.

"Huh? Cepatnya kau buat!" Kata Jaemin terkejut sedikit.

"Heh! Biasalah aku kan memang laju kalau bab-bab mengangkat barang ni," jawab Jeno dengan penuh angkuh. Soobin yang mendengar itu terasa meluat pula.

Sementara menunggu Jaemin dan Soobin menyusun barang di stor, Jeno berjalan-jalan di belakang pentas untuk melihat sama ada di sana mempunyai barang yang perlu disusun atau tidak.

Dia perasan bahawa terdapat banyak wayar bergelutan di belakang pembesar suara dan juga suis. Jeno yang berasa sedikit rimas itu terus ke sana untuk membetulkan semula wayar-wayar tersebut.

Namun, dia tidak perasan bahawa semua wayar itu telah disambungkan pada suis yang rosak menyebabkan dirinya terkena renjatan elektrik ketika cuba untuk dibetulkan.

[C] Death Book : Nightmare  ☾ 강태현 ☽Where stories live. Discover now