NM 24

74 13 0
                                    

"Aku manipulasi fikiran semua budak sekolah kau."

Kata-kata Yeosang itu membuatkan Taehyun terkejut.

"Ma-manipulasi?"

"Ya, semua yang berlaku kat kau sebelum ni hanyalah perkara yang tak wujud. Aku dah kembalikan memori yang asal di mana perkara yang seram berkaitan sekolah kau tu orang lain tak ingat."

Terang Yeosang. Namun ia membuatkan Taehyun semakin keliru.

"Aku tak faham..." ujarnya perlahan.

"Okey, aku ceritakan satu persatu dulu. Bermula dengan kawan kau, Choi Soobin."

---------------------

Beberapa bulan lalu...

Soobin dimasukkan di wad kecemasan setibanya dia di hospital. Hasil daripada siasatan Soobin mengalami beberapa kecederaan parah pada bahagian kepala, perut serta tangan. Oleh disebabkan luka yang dialaminya agak besar, dia tidak sedarkan dirinya.

Ketika itu jugalah Yeosang ternampak tubuh Soobin dipindahkan di wad yang berasingan. Kes percubaan keluarganya untuk membunuh Soobin juga sudah tersebar luas pada masa itu. Ibu bapanya sudah ditangkap dan sekarang tengah menjalani siasatan.

Setelah beberapa doktor keluar dari wad tersebut, barulah Yeosang masuk untuk melihat keadaan Soobin.

Apa yang dia ternampak ialah Soobin sedang terbaring kaku di atas katil dengan tangannya dicucuk beberapa wayar dan juga topeng pernafasan. Kadar denyutan nadi Soobin agak lemah. Lalu dia tiba-tiba terdengar perbualan daripada seorang doktor bersama jururawat yang kebetulan melimpasi wad Soobin.

"Peratusan dia untuk hidup agak tipis. Ayahnya tikam perutnya berkali-kali."

"Ish! Teruknya!"

"Itulah. Kejam betul keluarga mereka cuba untuk bunuh anak sendiri bukan?"

"Saya bersimpati atas nasib dia. Dia masih lagi seorang pelajar..."

Yeosang yang mendengar perbualan mereka itu terkedu. Kemudian dia membuat keputusan untuk mencari entiti Soobin di alam mimpi.

Ya, orang yang koma sebenarnya sedar. Cumanya mereka bukan sedar secara nyata.

Tiba sahaja dia dalam alam mimpi, Yeosang ternampak Soobin sedang berpeluk tubuh sambil menangis teresak-esak. Dengan perlahan-lahan Yeosang mendekatinya.

"Hei," tegurnya. Kepala Soobin didongak sedikit.

"Eh? Hyung ni..."

Soobin terkejut apabila melihat Yeosang betul-betul berada di hadapannya.

"Ya, aku Yeosang. Abang Taehyun." Beritahunya sambil mengukirkan senyuman nipis.

Soobin terkedu. Tidak menyangka bahawa dia bertemu Yeosang di dalam mimpi.

"Aku dah nampak semuanya, Soobin. Aku bersimpati atas kau." Yeosang cuba untuk mengajak Soobin berbual. Sambil-sambil itu dapat juga dia tenangkan jiwa Soobin.

"Aku akan mati, hyung. Nyawa aku sekarang dah hujung-hujung. Tak mungkin aku dapat diselamatkan!" Luah Soobin dengan tangisan. Yeosang bersimpati atas nasib dia.

"Tak sangka keluarga aku sanggup buat macam ni demi duit. Kalau betullah mereka tak sayangkan aku, aku boleh jer lari dari rumah. Aku boleh jer tinggal bersama orang lain! Aku tak perlukan mereka pun!"

Soobin mengeluh. Entah bagaimana apa yang bakal berlaku selepas ini. Mungkinkah dia akan mati? Atau sama macam Yeosang? Pengakhiran hidup yang menyedihkan?

Yeosang hanya terdiam. Lalu idea yang entah dari mana datang tiba-tiba muncul dalam otaknya.

"Soobin, aku nak tanya kau."

"Hmm?"

"Kau memang rapat dengan adik aku kan?" soalnya. Soobin membalas dengan anggukan kecil.

"Rapat. Kenapa hyung?" soalan dibalas dengan soalan. Yeosang tersenyum kecil.

"Nak tak kita buat perjanjian?"

Soobin keliru dengan apa yang dikatakan oleh Yeosang itu tadi.

"Perjanjian apa hyung?"

Lalu Yeosang pun mula menceritakan tentang kisah hidupnya dengan Soobin. Dia ceritakan bagaimana dia dengan Taehyun, bagaimana dia terjumpa Death Book, bagaimana dia bertemu dengan Yunho dan mengapa sebab dia mengakhirkan hidupnya di sekolah.

Lidah Soobin terkelu selepas mendengar semua cerita Yeosang tadi. Tidak menyangka begitu sadis kisah hidup Yeosang dahulu.

"Sedihnya..." komen Soobin. Yeosang tersenyum kelat.

"Jadi, apa perjanjian yang hyung nak buat tu?" tanya Soobin lagi.

"Kalau kau bagi aku pinjam jasad kau untuk hapuskan sumpahan buku tu, hyung janji hyung akan cuba selamatkan nyawa kau. Tetapi setengah jiwa hyung akan ada dalam jasad kau kalau hyung berjaya hapuskan sumpahan itu."

Terkejut buat kali kedua Soobin mendengar. Dia memandang Yeosang dengan mata yang terkebil-kebil.

"Ma-macam mana? Bukankah semua orang tahu fasal kes ni? Terkejutlah orang tengok jasad aku kat sekolah!" kata-kata Soobin itu membuatkan Yeosang tergelak kecil.

"Jangan risau. Hyung boleh manipulasi fikiran semua orang. Hyung yakin cara itu semua orang tak akan sedar dan tak ingat yang kau terlantar di hospital sekarang." Terangnya. Soobin terdiam seketika sebelum berkata lagi.

"Baiklah. Kalau macam tu aku izinkan. Aku harap hyung dapat hapuskan sumpahan buku tu supaya orang lain tak akan menerima nasib yang sama."

Satu senyuman manis terukir di bibir Yeosang. Dia mengusap kepala Soobin lembut.

"Terima kasih. Kau memang budak baik. Hyung akan balas budi kau tu."

Selepas sahaja kata-kata itu, Yeosang terus meninggalkan Soobin di alam itu seorang diri.

Tidak lama kemudian, jasad Soobin yang tadinya tertutup mata dengan rapat kini dibuka perlahan-lahan. Dia memandang kawasan disekelilingnya.

Ya, Yeosang sekarang berada dalam jasad Soobin.

Dia tersenyum sinis lalu melakukan sesuatu dimana dia terus memanipulasikan fikiran semua orang.

Apabila fikiran semua orang sudah diputar belit, barulah dia berjalan keluar dari hospital untuk mencari idea bernas yang patut dia susun untuk menjalankan matlamatnya.

Maka bermulalah misi Yeosang untuk mencari jalan hapuskan Death Book dan merapatkan dirinya dengan Taehyun supaya dia membantunya sama.

Ya, dia sengaja menghantar mimpi pelik, perkara yang menyeramkan pada Taehyun supaya Taehyun tertarik untuk mengetahui punca sebenar dia bunuh diri di sekolah.

Imbas kembali tamat

[C] Death Book : Nightmare  ☾ 강태현 ☽Where stories live. Discover now