NM 03

77 13 9
                                    

Yonghee berjalan di sekitar kawasan rooftop. Dia menghela nafasnya berat. Dia sudah menganggap bahawa di sini pun lebih kurang sama sahaja dengan sekolah lamanya.

Buli? Itu sudah menjadi darah daging dia sendiri. Dia dan buli tidak pernah berpisah sejak kecil lagi. Air mata Yonghee mengalir deras membasahi pipinya. Sungguh perit apa yang dialaminya sekarang.

Luka dan kesan lebam pada wajahnya makin teruk jadinya. Lebih parah lagi, lebam baru mula muncul di lengan kanan Yonghee.

"Aku benci dengan diri aku! Aku terlalu lemah! Aku nak lenyap dari dunia yang kejam ni!"

Luah Yonghee dengan sisa tangisannya. Dia pernah meminta izin dengan ibu bapanya bahawa dia mahu berlajar di rumah sahaja, home school. Namun, ibu bapanya menolak kerana yuran bayaran lebih mahal berbanding sekolah biasa.

Kata mereka, disini jauh lebih baik daripada sekolah lama. Tetapi baginya sama sahaja. Tiada perbezaan. Seratus peratus sama.

Tatkala dia menangis, matanya mula tertumpu pada sebuah buku yang berada di hujung rooftop sekolah. Dia berjalan lalu mengambil buku misteri tersebut.

"Buku ni nampak macam dah lama. Agaknya siapa punya ni?"

Yonghee meneliti buku yang kelihatan sudah lama itu. Tak lama kemudian, muncul dua perkataan yang membuatkan Yonghee terasa pelik terhadap buku yang dipegangnya kini.

"Death Book? Apa maksudnya?"

Yonghee mula membelek Death Book itu. Dia dapati isi kandungan buku itu kosong. Tetapi kulit buku kelihatan sudah lama.

Tanpa Yonghee sedar, seorang lelaki yang berpakaian serba hitam muncul di belakangnya. Dengan senyuman yang sinis menghias bibir membuatkan Yonghee terkejut ketika dia menoleh ke belakang.

"Boleh aku tahu siapa kau?" soal Yonghee ingin tahu pada lelaki itu.

"Nama aku Kang Yeosang. Akulah roh Death Book yang kau pegang itu. Selamat berkenalan tuan."

Ucap lelaki yang bernama Kang Yeosang pada Yonghee. Dia terkaku seperti patung. Matanya ulang-alik melihat Death Book dan Yeosang pada masa yang sama.

"Apa maksud kau ro--"

Belum habis lagi Yonghee bertanya, loceng sekolah berbunyi menandakan sekarang adalah bermulanya sesi pembelajaran di sekolah mereka.

Yonghee terus melupakan soalannya. Dia meletakkan semula Death Book itu di tempat asal lalu berjalan meninggalkan Yeosang disitu tanpa berkata apa.

Yeosang memerhatikan gerak-geri Yonghee dari belakang. Dia tersenyum sinis sebelum menghilangkan dirinya.

---------------

Suasana di sekelilingnya gelap gelita. Taehyun menggosokkan kedua matanya berkali-kali.

'Huh? Aku kat mana ni?' detiknya dalam hati.

Di sini sungguh gelap! Dia hairan di mana dia sekarang kerana setahunya tadi, dia berada di dalam kelas.

Kemudian, terpacar satu cahaya yang malap di sebelahnya. Dia terdengar bunyi tangisan yang tidak jauh berada di kanannya. Taehyun menoleh untuk melihat.

Dia terkejut melihat abangnya, Yeosang menangis teresak-esak sambil meramas rambut dengan kasar. Kelihatan keadaan di dalam biliknya juga bersepah.

'Aku kat bilik Yeosang hyung ke?' gumamnya dalam hati.

Taehyun cuba untuk mendekati Yeosang. Namun, dia tidak dapat kerana ada dinding halimunan yang tidak membenarkan dia datang mendekati. Taehyun hanya melihat keadaan Yeosang yang sudah tidak terurus itu dengan pandangan kosong.

[C] Death Book : Nightmare  ☾ 강태현 ☽Where stories live. Discover now