NM 12

75 14 9
                                    

Soobin membawa Yonghee pergi ke bilik sakit untuk merawat luka dan lebam yang berada di sekitar tubuhnya. Taehyun pula hanya mengikut sahaja mereka memandangkan sekarang ini dia tidak tahu untuk buat apa-apa.

"Sakit tak aku sapu ni?" tanya Soobin risau. Yonghee menggelengkan kepala.

"Kalau sakit beritahu saja," tambah Soobin sambil menyapu ubat pada luka Yonghee. Dia mengangguk kecil.

Taehyun dari tadi diam membisu. Dia tertanya mengapa Soobin bersungguh-sungguh merawat Yonghee? Adakah mereka ini kawan dalam kelas?

"Dah siap. Nanti baik lah luka kau tu," ungkap Soobin seraya mengemas semula barang yang telah dia gunakan tadi.

"Terima kasih..." ucap Yonghee perlahan. Dia sukar untuk senyum kerana luka pada bibirnya terasa sangat pedih.

Soobin tersenyum kecil. Dia menyimpan semula peti kecemasan itu di tempat yang tinggi sebelum kembali duduk bersama Yonghee.

"Makin teruk diorang pukul kau."

"Aku tak tahu apa salah aku kat diorang sampaikan aku dibuli macam ni," keluh Yonghee sedih. Dia tidak tahu mengapa nasibnya tidak seindah seperti orang lain.

Terbuku rasa simpati dalam hati Soobin. Dia mengusap belakang Yonghee perlahan sebelum mengalihkan pandangannya ke arah Taehyun yang dari tadi berada di situ.

"Kau tak balik, Taehyun?"

"Aku tunggu hyung." Jawab Taehyun ringkas.

Soobin melihat jam tangannya. Sekarang sudah lewat petang. Pasti dia akan dimarahi oleh ibu bapanya sekiranya dia pulang lambat hari ini.

"Jomlah kita balik. Yonghee, kau pun ikutlah sekali." Soobin mempelawa tetapi Yonghee dengan lembutnya menolak.

"Tak apa. Korang baliklah. Aku nak duduk kat sini kejap."

Agak hairan apabila Soobin mendengar tetapi dia hanya mengakur sahaja. Lagipun, tidak boleh juga kalau paksa-paksa orang untuk balik bersama.

"Aku balik dululah, Yonghee. Jumpa esok!" Ucap Soobin lalu berjalan menghampiri Taehyun.

Yonghee melambai tangan ke arah mereka berdua. Selepas sahaja kelibat mereka tidak kelihatan, riak wajahnya serta merta berubah. Tawa kecil mula kendengaran di bilik sakit ini.

"Hehehe! Lee Jeno, kau tunggulah balasan selepas ini!"

-----------

Taehyun dan Soobin berjalan menuju ke pagar sekolah bersama. Kawan-kawan mereka yang lain sudah pun pulang awal kerana masing-masing sangat sibuk.

Seperti Yeonjun yang perlu hadiri kelas tambahan malam nanti, Beomgyu yang perlu pergi ke kedai untuk membeli barang yang dipesan oleh ibunya dan Huening Kai yang perlu menjemput adiknya pulang dari sekolah.

Suasana di antara mereka berdua senyap. Hanya bunyi detapan kaki sahaja yang didengari. Taehyun lihat Soobin ralat melihat telefon bimbitnya.

Untuk memecahkan suasana sunyi yang melanda ini, Taehyun terus membuka mulut.

"Hyung, nak tanya boleh?"

"Tanya apa?" soal Soobin tanpa memandang pun wajah Taehyun yang berada di sebelahnya itu.

"Hyung dengan Yonghee hyung tu kawan ke?"

Langkah Soobin terhenti apabila disoal begitu oleh Taehyun.

"Nak kata kawan pun tak juga. Kenapa?" soalan dibalas dengan soalan.

"Bukan apa sebab masa Yonghee hyung dibuli tadi, aku cuma tengok saja. Aku nak tolong tapi aku tak tahu kenapa aku rasa macam badan aku terkunci waktu tu."

"Tapi aku perasan yang hyung memang berani lawan dengan pembuli tu. Dan aku tengok hyung macam beria-ria tolong Yonghee hyung tadi. Jadi aku ingat korang ni kawan."

Cerita Taehyun lebar. Soobin yang mendengar itu tersenyum kecil. Kepala adiknya itu diusap dengan kasar menyebabkan rambut Taehyun serabai.

"Yonghee tu kawan kelas hyung. Jadi hyung mestilah kena tolong dia," jawab Soobin sebelum dia kembali berjalan semula untuk pulang.

Taehyun disitu mencemuh. Dia membetulkan semula rambutnya sebelum dia mengikut Soobin dari belakang.

Namun, langkah Soobin tiba-tiba terhenti menyebabkan Taehyun berasa sedikit pelik.

"Hyung dah kenapa?" soalnya hairan.

"Sebenarnya ada benda pelik berlaku kat aku tadi..."

Kata-kata Soobin itu membuatkan Taehyun berasa sangat hairan.

"Apa maksud hyung?"

"Ingat tak Beomgyu cakap yang tengah hari tadi ada orang cuba nak bunuh dia?" soal Soobin. Pantas Taehyun mengangguk.

"Masa kau pengsan, aku dan Yeonjun hyung pergi ke kelas Beomgyu untuk tengok sama ada dia dah okey atau belum. Waktu tu aku tanyalah dia macam mana rupa pembunuh tu."

"Lepas tu apa dia cakap?" Taehyun melulu ketika Soobin sedang bercerita.

"Beomgyu cakap yang tak ada pembunuh pun cuba nak bunuh dia."

Mata Taehyun terbeliak mendengar kata-kata Soobin tadi.

"Eh? Tapi bukan dia menjerit ke sebab ada orang cuba nak bunuh dia?"

"Itulah yang aku rasa pelik. Bila aku tanya pada Yeonjun hyung pula, dia kata dia langsung tak ingat bila dia dengar Beomgyu menjerit minta tolong."

"Eh..." Taehyun terkedu. Tidak mungkin itu mimpi. Bahkan waktu itu hampir semua pelajar nampak yang Beomgyu menjerit akibat diganggu oleh pembunuh sekolah ini.

"Sebenarnya hyung, tadi aku pengsan sebab ada orang pukul kepala aku. Tapi Yonghee hyung cakap tak ada kecederaan langsung kat kepala aku."

Soobin terdiam mendengar ungkapan Taehyun tadi. Suasana di antara mereka berdua tiba-tiba menjadi seram sejuk selepas itu.

"Aku rasa macam ada yang tak kena di sekolah kita..."

"Aku pun rasa macam tu..."

"Kau ada dapat mimpi pelik tak?" Soobin tiba-tiba bertanya soalan begitu padanya.

"Hampir setiap hari hyung."

"Aku tak pastilah apa yang aku cakap ni betul atau tak, tapi Taehyun... Mungkin kau patut siasat fasal mimpi ngeri kau itu." Kata-kata Soobin mengejutkan Taehyun.

"Huh? Kenapa pula? Itu cuma mainan tidur!"

"Mainan tidurkah kalau perkara yang kau mimpikan itu ada kaitan dengan sekolah ni?"

Taehyun terdiam.

[C] Death Book : Nightmare  ☾ 강태현 ☽Where stories live. Discover now