NM 01

136 17 0
                                    

Seusai sahaja dia membuang hajat di tandas, Taehyun melangkah keluar untuk berjumpa dengan kawan baiknya iaitu Soobin dan Yeonjun di dataran sekolah. Dia sudah berjanji mahu berjumpa di sana untuk lepak seketika memandangkan sekarang adalah free time.

Baru sahaja dia mahu menuju ke dataran sekolah, dia hairan melihat ramai pelajar berkumpul di suatu tempat yang berdekatan dengan taman sekolah. Dengan perasan yang ingin tahu, Taehyun berjalan menuju ke sana untuk melihat apa yang terjadi di situ.

Sampai sahaja dia di tempat yang menjadi tumpuan ramai itu, dia terkejut melihat susuk badan yang amat dikenalinya kini terbaring kaku dengan darah mengalir keluar dari badan. Lantas dia menyelit masuk untuk menghampiri lelaki itu yang sedang dipeluk oleh rakan sekelasnya.

"Yeosang hyung!" Jerit Taehyun.

"Hyung bangunlah! Jangan buat aku risau!" Jeritnya lagi. Dia cuba untuk bangunkan Yeosang namun usahanya hanyalah sia-sia.

Joochan masih lagi memeluk Yeosang dengan erat. Diiringi dengan air mata yang mengalir dengan deras. Taehyun memandang abangnya dengan pandangan yang tidak percaya. Air matanya ditahan daripada jatuh.

Tidak lama selepas itu, ambulans tiba di hadapan pagar sekolah untuk menghantar Yeosang ke hospital dengan segera. Taehyun hanya terkaku manakala Joochan pula masih lagi dengan sisa tangisannya. Darah milik Yeosang tadi kini berada pada baju mereka berdua.

"A-apa sebenarnya yang terjadi pada Yeosang hyung?" tanya Taehyun keliru. Joochan hanya diam. Tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan Taehyun.

"Hyung! Jawablah soalan aku!"

Jerkah Taehyun. Joochan terkejut dengan jeritan garau Taehyun tadi.

"Aku tak tahu apa-apa! Dia yang nak bunuh dirinya kat sini! Kau adiknya takkanlah tak tahu apa punca?" balas Joochan dengan sisa tangisannya. Taehyun terdiam seketika.

Taehyun memandang Joochan dengan pandangan tajam. Dia mendengus geram lalu meninggalkan Joochan begitu sahaja. Jika dia membalas, takut makin teruk pula jadinya nanti.

Taehyun menuju ke tandas untuk membersihkan tangan serta bajunya yang terkena darah Yeosang tadi. Dia memandang wajahnya di hadapan cermin singki. Perasaannya kini bercampur-baur setelah melihat keadaan Yeosang begitu tadi.

'Kau gila hyung! Bunuh diri jugalah pilihan kau! Aku nak jawab apa dengan ibu dan ayah nanti?'

Detik Taehyun dalam hati geram. Niatnya untuk menumbuk cermin di hadapannya itu terbatal setelah mendengar namanya dipanggil oleh seseorang.

"Taehyun-ah."

Taehyun menoleh. Dia terkejut melihat semua kawan baiknya berada di belakangnya.

"Kitorang dah tengok tadi. Kitorang bersimpati atas kematian abang kau..." ucap Beomgyu perlahan.

"Huh? H-hyung aku dah--"

Belum habis lagi Taehyun berkata, Yeonjun dan yang lain mengangguk tanda ya. Taehyun terkedu. Seolah-olah badannya ditikam oleh panah petir.

Dia terduduk lemah. Taehyun menunduk lalu menjerit.

"HYUNG LEMAH! SUKA SANGAT MENYUSAHKAN AKU!"

Soobin pantas memeluk Taehyun untuk menenangkan dia. Air mata milik Taehyun yang dari tadi menahan akhirnya pecah jua. Dia membalas pelukan Soobin dengan erat.

Dia tidak menyangka bahawa abangnya kini sudah bertemu dengan ajal. Mereka saling berpelukkan ramai-ramai untuk menenangkan Taehyun atas kematian abang kandunganya sendiri.

---------------------

Sudah beberapa bulan berlalu dengan pantas, Yeosang disahkan meninggal dunia pada pukul 8.30 pagi waktu kejadian tersebut. Ramai yang menganggap bahawa kematian Yeosang berpunca akibat kes buli yang sering dialaminya dan juga mempunyai masalah mental.

[C] Death Book : Nightmare  ☾ 강태현 ☽Where stories live. Discover now