NM 19

76 14 3
                                    

Ketika Yonghee sedang berjalan di sekitar kawasan sekolah, dia tiba-tiba disergah oleh seseorang dari belakang. Secara tidak langsung, dia ditumbuk kuat sehingga dirinya jatuh tersungkur.

Yonghee terkejut. Orang itu adalah Jaemin.

"Jumpa pun kau, pembunuh!" jerkahnya. Dada Jaemin naik turun menahan geram.

Dia cuba untuk menumbuk lagi sekali tetapi Yonghee sempat mengelak.

"Kau kenapa huh!" marah Yonghee. Tangannya tidak lepas menyentuh pipi kirinya yang sudah ditumbuk oleh Jaemin tadi.

"Kau gembira kan sekarang! Semua kawan aku mati disebabkan kau! Kau bunuh diorang!"

Tuduh Jaemin melulu. Dia seperti tidak dapat mengawal dirinya. Memang dalam hatinya sangat yakin bahawa semua kematian kawan-kawannya adalah disebabkan oleh Yonghee!

Satu senyuman sinis terukir di bibir Yonghee selepas Jaemin mengungkapkan begitu. Dia tergeleng kepala kecil.

"Kalau kau rasa aku ni pembunuh, apa bukti kau?" Yonghee mempersoalkan dengan tuduhan Jaemin itu.

"Tak payah nak tanyalah! Memang jelas kau nak balas dendam sebab kitorang selalu buli kau!"

Selepas sahaja berkata begitu, perut Jaemin ditendang kuat oleh Yonghee menyebabkan dirinya terjatuh menggelupur.

Dia menahan kesakitan sebelum melihat riak wajah Yonghee yang sinis itu.

"Sudah tahu jawapan masih nak bertanya lagi?" ucapnya sinis. Kepala Jaemin itu ditolak kasar.

"Mungkin betul kau tuduh yang aku ni pembunuh. Tetapi macam mana aku nak disabitkan sekiranya semua kematian kawan kau tu berlaku secara tidak terancang?" tanya Yonghee lagi. Kemudian rambut Jaemin ditarik paksa untuk menghadapnya.

"Cuba kau ingat balik, Haechan mati sebab kepala dia terkena cermin akibat tendangan bola yang kuat. Aku tak ada di tempat kejadian dan aku langsung tak tahu yang dia akan mati waktu tu. Lepas tu kematian Renjun pula disebabkan oleh kebakaran di makmal sains. Aku langsung tak tahu yang korang semua ada di sana sebab aku ingat waktu tu waktu rehat. Akhir sekali kematian Jeno disebabkan oleh renjatan elektrik. Sekali lagi aku tak ada di tempat kejadian sebab waktu tu aku demam panas."

Penjelasan yang diberikan oleh Yonghee tadi satu pun tidak masuk akal dalam minda Jaemin. Walaupun benar, dia masih lagi menyalahkan Yonghee.

"Jadi macam mana kau nak tuduh aku kalau kau sendiri tak ada bukti yang kukuh?" sinisnya. Lalu kepala Jaemin ditolak kasar.

"Bagus juga kau tumbuk aku disini. Memandangkan sini tak ada orang sangat jadi mudahlah urusan aku untuk selesaikan kau."

"Kau nak buat apa huh?" tanya Jaemin geram. Dia mengagahkan diri untuk bangun walaupun perutnya terasa pedih yang amat.

"Eh? Kau buat-buat tak tahu ke?" soalan dibalas dengan soalan. Yonghee merangkul lengannya di atas bahu Jaemin.

"Aku cuma nak usik kau sikit sebelum kau sendiri pergi."

Jaemin terus menolak Yonghee kasar lalu dia memukul beberapa kali.

"Kau gila! Budak sewel macam kau patut pergi-- ARGH!"

Tiba-tiba pipi Jaemin dihiris dengan menggunakan pisau. Yonghee tersenyum senget.

"Aku memang gila. Sebab itu aku nak usik kau, Na Jaemin."

Kehidupan Jaemin serta merta menjadi gelap selepas Yonghee berkata begitu.

--------------

Taehyun dan Beomgyu berjalan menuju ke dataran sekolah untuk melepak di sana buat seketika. Pada mulanya mereka mahu mengajak yang lain tetapi entah mengapa kelibat Yeonjun, Soobin dan Huening Kai langsung tidak kelihatan.

"Beg sekolah ada tetapi orangnya tiada," ujar Beomgyu sebelum melabuhkan punggung di salah sebuah kerusi yang telah disediakan.

"Mungkin ada hal?" teka Taehyun lalu duduk di sebelah Beomgyu.

"Aku pun rasa begitu."

Taehyun dan Beomgyu menghabiskan masa mereka di sana dengan berbual kosong sementara menunggu waktu pembelajaran bermula.

Kebetulan sekarang masih awal, jadi banyak masa yang dapat mereka gunakan sekarang ini.

"Taehyun, kau selalu cerita kat hyung yang banyak benda pelik berlaku pada kau bukan?"

Taehyun membalas dengan anggukkan kepala.

"Aku tak pastilah perkara ni pelik atau bukan, cumanya aku rasa ada yang tak kena..." kata-kata Beomgyu tadi membuatkan Taehyun berasa ingin tahu.

"Kenapa hyung?"

"Hyung teringat yang ada sesuatu berlaku kat--"

Belum sempat lagi Beomgyu mahu menghabiskan kata-katanya, terdapat satu objek yang entah dari mana datang jatuh di hadapan mereka secara tiba-tiba.

Mereka berdua terkejut lalu terus lihat objek itu. Tidak lama kemudian Beomgyu dan Taehyun menjerit ketakutan.

"AAHH! MA-MAYAT!"

Apa yang mereka lihat sekarang ialah mayat seorang lelaki jatuh di hadapan mereka dengan darah yang mengalir keluar dari kepala dan juga tubuh belakangnya.

Semua pelajar yang mendengar itu terus menghampiri di tempat kejadian. Ada juga beberapa dari mereka melaporkan hal ini kepada guru.

"Yah! Ada mayatlah!"

"Oh Tuhanku! Keadaan dia sangat teruk!"

"Cepat buat panggilan kecemasan!"

Beomgyu tiba-tiba berasa naik mual melihat darah yang mengalir itu. Dia cuba untuk mengalihkan pandangannya ke arah lain. Fobia dia terhadap darah tiba-tiba muncul pada saat yang mengejutkan ini.

Manakala Taehyun pula masih terkaku. Dia tidak percaya bahawa mayat itu betul-betul berada di hadapannya. Kemudian dia mendongak kepalanya ke atas untuk melihat dari mana mayat itu jatuh.

Mata Taehyun dapat menangkap satu figura yang berada di atas rooftop sekolah. Figura itu sekadar melihat sahaja kejadian yang berlaku dari atas dengan lagak yang tenang. Taehyun terkedu kerana susuk tubuh itu merupakan seseorang yang amat dikenalinya.

'Yeosang hyung!'

[C] Death Book : Nightmare  ☾ 강태현 ☽Donde viven las historias. Descúbrelo ahora