NM 23

65 17 4
                                    

"JANGAN!"

Tidak sempat untuk Yonghee menghalang, Taehyun sudah pun mengoyakkan beberapa helai Death Book yang menyebabkan mereka diselubungi dengan asap hitam yang muncul secara tiba-tiba.

Taehyun sukar untuk melihat. Dia cuba mencari kelibat Soobin namun asap hitam itu sangat tebal menyebabkan dia tidak dapat untuk melihat disekelilingnya.

Asap hitam itu mula menghilang tidak lama selepas itu. Taehyun terkejut apabila dapati bahawa Yonghee tiba-tiba tidak sedarkan dirinya.

"Yonghee hyung!"

Taehyun cuba untuk membangunkan Yonghee namun usahanya sia-sia. Mungkin disebabkan asap tebal tadi punca Yonghee tidak sedarkan diri.

"Soobin hyung! Kita kena ba-- eh?"

Dia terkedu selepas dapati susuk tubuh Soobin tidak kelihatan lagi. Ia ibaratkan Soobin hilang secara tiba-tiba.

'Mana hyung pergi?'

---------------------

Taehyun menghantar Yonghee ke bilik sakit untuk memberikan dia sedikit rehat. Dia membuat keputusan untuk menjaga Yonghee sehinggalah dia sedar daripada pengsan.

Tangannya yang mempunyai kesan luka itu ditatap kosong. Walaupun ia masih terasa pedih, Taehyun berasa sangat malas untuk mengubati tangannya.

Ya, luka itu muncul disebabkan oleh Yonghee sendiri. Tetapi dia faham bahawa Yonghee pada waktu itu tidak dapat mengawal dirinya.

Kalau bukan disebabkan Death Book itu, sudah pasti perkara begini tak akan berlaku.

Selepas dia berjaya koyakkan Death Book, buku itu tiba-tiba sahaja lenyap dari tangannya. Malah asap hitam yang tebal itu juga masih menjadi misteri sehingga kini.

'Mungkin asap hitam tu tadi merupakan sumpahan buku tu?' gumamnya dalam hati.

"Oh, sini rupanya kau."

Taehyun menoleh ke belakang selepas mendengar suara tersebut.

"Beomgyu hyung?"

"Semua orang cari kau tadi, Taehyun. Kau kemana? Dan kenapa tangan kau luka ni?"

Beomgyu terkejut melihat tangan Taehyun mempunyai kesan luka yang agak teruk. Taehyun terlupa untuk sorokkan tangannya kerana dia tahu bahawa Beomgyu mempunyai fobia terhadap darah.

"Hyung jangan tengok! Lepas ni aku rawat tangan aku!"

"Tak apa. Hyung boleh tolong."

Kotak peti pertolongan cemas yang berada di atas rak tadi lantas dicapainya untuk merawat luka Taehyun.

Dia sekadar melihat sahaja tangannya dirawat oleh Beomgyu dengan cermat. Kemudian, muncul satu soalan yang ingin dia bertanyakan kepada Beomgyu.

"Hyung, aku nak tanya."

"Tanya apa?"

"Hyung ada nampak Soobin hyung tak?"

Serta merta badan Beomgyu terkaku selepas mendengar soalan Taehyun tadi. Dia memandangnya sekilas.

"Kau tak tahu ke?" dahi Taehyun terangkat apabila Beomgyu menyoalnya.

"Tahu apa?" soalan dibalas dengan soalan. Taehyun keliru dengan riak wajah Beomgyu sekarang.

"Soobin hyung sekarangkan masih koma selepas kejadian dulu."

Taehyun terhilang kata.

--------------

Balik sahaja dari sekolah, Beomgyu terus membawa Taehyun pergi ke hospital untuk melawat Soobin yang dikatakan sedang koma sekarang ini.

Tiba sahaja di hadapan wad, mata Taehyun terbuntang luas melihat Soobin sedang terbaring kaku di atas katil dengan kepala yang dibalut dengan bandage serta tangannya mempunyai beberapa kesan luka yang teruk.

"A-apa yang dah berlaku kat Soobin hyung?" soalnya inginkan jawapan.

"Ingat tak hari kematian abang kau dulu?" Beomgyu bertanya. Dengan pantas Taehyun mengangguk.

"Malam pada waktu tu, keluarga Soobin cuba untuk membunuh dia sebab syarikat yang mereka kerja tu sudah muflis. Jadi untuk mendapatkan wang dengan cepat, diorang jadikan Soobin sebagai tembusan. Mereka fikir dengan cara tu, mereka akan dapat duit dengan banyak."

"Soobin hyung alami kecederaan yang teruk pada bahagian kepala. Tangan dia disiat-siat oleh ayahnya sebagai bukti kononnya Soobin dibunuh oleh seorang pembunuh."

Taehyun terkaku seperti patung selepas mendengar penerangan Beomgyu yang lebar itu tadi.

Tidak mungkin...

Pada waktu sekolah tadi, Soobin ada sahaja dengan mereka! Soobin ada sahaja dengan dia sewaktu mereka cuba menghalang Yonghee tadi! Soobin ada sahaja membantunya hapuskan sumpahan Death Book di sekolah tadi!

Bagaimana perkara macam ini boleh berlaku?

"Kalau betullah Soobin hyung tengah koma, dengan siapalah kita dulu?" bergetar suaranya bertanya.

"Apa kau merepek ni? Siapa dengan kita?" Beomgyu kurang faham.

"Bukankah Soobin hyung ada saja dengan kita dulu? Lagipun, kan dia selalu jadi saksi dalam kes kematian budak sekolah kita tu!" kata Taehyun. Namun ia membuatkan Beomgyu makin tidak faham.

"Kau ni kena sampuk atau apa? Sejak bila pula ada kes kematian di sekolah kita? Diorang tu mati disebabkan kemalangan yang berlaku di luar kawasan sekolah!"

Terdiam seribu bahasa Taehyun dibuatnya. Sungguh dia pelik mengapa Beomgyu berkata begitu? Bukankah Beomgyu juga pernah melihat kejadian itu secara nyata?

Baru sahaja Taehyun mahu berkata, dia ternampak kelibat seseorang yang amat dikenalinya berada di salah sebuah koridor hospital. Dia mengecilkan matanya untuk lihat dengan lebih jelas.

"Yeosang hyung!"

Dengan pantas Taehyun berlari meninggalkan Beomgyu di situ seorang diri untuk mengejar Yeosang yang sedang berjalan-jalan di kawasan koridor.

Yeosang yang mendengar namanya dipanggil oleh seseorang itu menoleh ke belakang. Kelibat Taehyun yang sedang menghampirinya itu membuatkan langkah dia terhenti.

"Tak sangka kau masih boleh nampak hyung lagi," ujar Yeosang tenang.

"Kau dah janji dengan aku!" Kata Taehyun secara tiba-tiba membuatkan Yeosang sedikit hairan.

"Janji apa?"

"Kalau aku berjaya hapuskan sumpahan Death Book tu, kau akan ceritakan semuanya apa yang dah berlaku!"

Tambah Taehyun lagi. Yeosang berfikir sejenak sebelum membalas.

"Ah! Yang itu."

"Beritahu aku apa yang dah berlaku sekarang ini! Kenapa dengan Soobin hyung?"

Sungguh kali ini Taehyun tidak dapat bersabar lagi. Dia mahukan penjelasan mengapa situasi sekarang ini semakin mengelirukan.

Yeosang tersenyum kecil. Dia mendekati Taehyun untuk menceritakan sesuatu.

"Aku manipulasi fikiran semua budak sekolah kau."

[C] Death Book : Nightmare  ☾ 강태현 ☽Where stories live. Discover now