NM 22

70 16 9
                                    

Suasana di antara mereka berdua renggang. Yonghee dengan kemas cuba untuk melindungi Death Book itu sebelum ia dirampas oleh Taehyun.

"Apa kamu merepek ni?" Yonghee cuba untuk mengawal kemarahannya. Dia tidak mahu menimbulkan perkara kecoh di sini kerana Taehyun merupakan jirannya.

"Hyung, semua kematian yang berlaku kat sini adalah disebabkan Death Book tu! Aku tahu yang kau sendiri tulis nama diorang untuk bunuh secara senyap-senyap!"

Satu senyuman sinis terukir di bibir Yonghee.

"Jadi? Kalau kamu dapat buku ni, apa jer kamu boleh buat?" soalnya seolah-olah mencabar Taehyun.

"Aku boleh lenyapkan buku tu dalam sekelip mata!"

Jawab Taehyun. Sesekali dia mengetap bibir melihat riak wajah Yonghee berubah menjadi menyeramkan.

"Kalau begitu cubalah! Cuba sehabis baik sebelum nama kamu ada kat buku ni!"

Yonghee terus melarikan diri selepas berkata begitu. Meninggalkan Taehyun yang masih terpinga di kelas seorang diri.

Taehyun buntu. Yonghee dapat menghilangkan diri dengan sekelip mata! Entah bagaimana caranya untuk dia merampas buku tersebut dari Yonghee sebelum dia dibunuh.

"Aku kena cepat!"

-------------------------

Yonghee berlari menuju ke kawasan belakang blok bangunan lama sekolah. Di sini merupakan tempat yang paling selamat untuk dia menyorokkan diri.

Dia mencapai sebatang pen lalu menyelak beberapa helaian buku tersebut. Baru sahaja dia mahu menulis, dia tiba-tiba dihalang oleh Yeosang dengan kasar.

"Kau nak bunuh Taehyun ke?"

Yonghee memandang dia tajam sambil tersenyum seperti orang gila.

"Ya! Aku nak bunuh dia! Kalau tak dia akan report aku sebagai pembunuh!"

Tangan Yonghee digenggam erat oleh Yeosang.

"Kalau kau tulis pun, kau tetap dikira pembunuh."

"Kau kenapa halang aku? Kau takut yang aku nak bunuh Taehyun sebab dia adik kau?"

Yeosang terdiam.

"Adik macam dia tu patut mati! Masa kau hidup dulu pun dia tak pernah mengaku kau sebagai abang dia kan! Kenapa kau masih nak sayangkan Taehyun tu huh?"

Yeosang masih lagi terdiam.

"Disebabkan Taehyun tu lah kau tak ada maruah sebagai abang kau tahu! Budak macam dia memang tak reti nak bersyukur!"

Sekali lagi Yeosang terdiam. Genggaman dia tadi pun mula lerai.

Yonghee tersenyum senget melihat Yeosang terkedu.

"Heh! Kasihan betul kau ni, Yeosang. Daripada kau duduk kat sini, lebih baik kau tolong lenyapkan Taehyun tu. Sekurang-kurangnya kau boleh balas dendam kat adik kesayangan kau tu."

Sejurus kata-kata begitu terhambur keluar dari mulut Yonghee, Yeosang terus menghilangkan dirinya.

Tawa kecil mula didengari di belakang bangunan blok lama sekolah.

"Ahahaha! Tiada siapa yang boleh halang aku!"

Yonghee pun teruskan niatnya untuk menulis nama Taehyun dalam Death Book tersebut.

Namun, apa yang dirancang tidak semestinya berlaku dengan baik kerana Soobin tiba-tiba sahaja menolak badan Yonghee kasar menyebabkan dia terjatuh.

"Argh! Kau lagi?"

Jerkahnya. Soobin memandang Yonghee dengan tatapan maut.

"Aku tak akan benarkan kau bunuh Taehyun!"

"Soobin hyung!"

Taehyun terkejut dengan kehadiran Soobin sebaik sahaja dia tiba di kawasan tersebut. Dia lihat Soobin kini sedang menghalang Yonghee daripada membuat sesuatu.

"Taehyun! Cepat bawa buku tu lari!"

Taehyun akur. Dia segera lari untuk mencapai Death Book itu di tepi Soobin.

Ketika Soobin sedang menahan Yonghee, dia tiba-tiba terasa tangannya digores oleh sesuatu dengan sekilas.

Dia terkejut apabila dapati bahawa Yonghee sedang menggores tangannya dengan menggunakan pisau lipat. Akibat tidak dapat menahan sakit, Yonghee terlepas dari genggamannya.

"Argh!" Mata Taehyun terbuntang luas melihat tangan Soobin kini berdarah.

"Soobin hyung!"

Niat Taehyun untuk mendekati Soobin terbantut sebaik sahaja Yonghee menghalakan pisau itu tepat pada kepala Soobin.

"Bagi buku tu semula atau kawan kamu mati," ujar Yonghee perlahan.

Taehyun tergamam. Dia tidak tahu apa yang patut dia lakukan sekarang.

Pisau itu semakin dekat dengan kepala Soobin.

"Taehyun, hyung minta baik-baik jer dengan kamu. Pulangkan semula buku tu kat hyung dan semuanya akan selamat." Tambah Yonghee lagi. Kali ini dia mengukirkan senyuman manis.

Namun Taehyun menggeleng laju.

"Tak nak!"

Kata-kata itu mengundang marah Yonghee.

"DEGIL! ORANG DAH MINTA BAIK-BAIK TAK NAK JUGA! KAU MEMANG CABAR AKU KAN!"

"Aku cuma tak nak hyung alami perkara yang sama macam abang aku dulu!"

Laung Taehyun membuatkan niat Yonghee untuk membunuh Soobin terus terhenti.

"Huh?"

"Aku tahu hyung dah banyak kali fikir untuk bunuh diri sebab tak tahan hidup. Aku tahu kau dah penat dengan semua yang hyung alami tu! Tapi aku tak nak pengakhiran hidup hyung sia-sia macam Yeosang hyung!"

Tambah Taehyun lagi. Kedua-dua matanya sudah berkaca menahan diri daripada menangis.

Yonghee terdiam kaku selepas mendengar kata-kata itu. Pisau yang tadi dia acukan pada kepala Soobin terus dialihkan. Dia memandang Taehyun yang kini tepat berada di hadapannya.

"Kamu tahu? Sebenarnya apa yang kamu cakap tadi memang betul." Yonghee bersuara.

"Hyung memang letih sangat. Tapi lepas jumpa buku tu, baru hyung faham apa itu erti keseronokkan hidup ni."

"Huh?"

Secara mengejut, Yonghee melemparkan pisaunya tepat mengena pada tangan Taehyun menyebabkan dia mengerang sakit.

"Aah!"

Death Book yang tadinya berada di tangan Taehyun tadi mula terlepas. Yonghee tersenyum suka melihat jirannya sedang menahan kesakitan.

"Kalau dari awal lagi kamu bagi buku ni kat hyung, mesti tangan kamu tu tak akan luka." Ujarnya dengan penuh selamba.

Yonghee berjalan untuk mengambil Death Book itu semula. Tetapi entah bagaimana Soobin masih gagah dapat menghalangnya kasar.

"Argh! Jangan halang aku!"

"Aku tak akan halang kau kalau kau masih teruskan niat kau untuk membunuh orang!"

Sejurus kata-kata itu, Soobin pantas melemparkan Death Book itu pada Taehyun.

"Koyakkan buku tu, Taehyun! Itu caranya untuk lenyapkan sumpahan Death Book!"

Arahan Soobin diterima baik olehnya. Taehyun dengan lantas mengambil Death Book lalu dikoyaknya secara kasar berkali-kali.

"JANGAN!"

Selepas sahaja itu, kawasan di antara mereka bertiga itu tiba-tiba diselebungi dengan asap hitam yang tebal menyebabkan mereka sukar untuk melihat.

[C] Death Book : Nightmare  ☾ 강태현 ☽Where stories live. Discover now