NM 15

67 13 9
                                    

Taehyun mengintai Yonghee yang sedang berbual bersama mendiang abangnya di koridor yang sunyi. Dalam fikiran Taehyun sekarang tidak pasti sama ada betulkah apa yang dia lihat ini.

'Yeosang hyung? Betul ke yang Yonghee hyung sekarang ni bercakap dengan dia?' gumam Taehyun dalam hati.

"Taehyun? Apa kau buat kat sini?" Taehyun dikejutkan dengan seseorang dari belakang.

Lantas dia menoleh. Kelihatan Soobin berada di belakangnya sambil memandang dia dengan penuh kehairanan.

"Hyung dari mana?" soal Taehyun dengan nada separuh berbisik.

"Dari kelaslah. Kau pula tengok apa?" soalan dibalas dengan soalan.

"Tengok Yong-- Eh!"

Taehyun baru sahaja mahu menunjukkan arah tetapi dia terkejut apabila sedar bahawa susuk tubuh Yonghee sudah hilang dari pandangannya.

"Mana Yonghee hyung?"

Soobin yang mendengar itu berkerut dahi.

"Huh? Apa kau merepek ni?"

"Tadi aku nampak Yonghee hyung bercakap dengan seseorang kat sini!" Jelas Taehyun membuatkan Soobin terkejut sedikit.

"Yonghee hari ini tak datang ke sekolah sebab dia demam. Macam mana kau boleh nampak dia?"

Mata Taehyun terbeliak selepas mendengar kata-kata dari Soobin. Tidak lama selepas itu mereka terdengar bunyi jeritan daripada seseorang.

"ADA ORANG TERJUN!"

Itu suara Huening Kai! Dengan pantas Soobin dan Taehyun berlari menuju ke dataran untuk melihat keadaannya.

Namun setibanya mereka di sana, suasana tiba-tiba menjadi senyap dan sunyi. Hanya bunyi detapan kaki pelajar sahaja yang didengari. Lantas mereka mendekati kawan-kawan mereka yang berada di sebuah bangku itu.

"Lah? Korang dari mana?" soal Beomgyu sebaik sahaja ternampak kelibat Soobin dan Taehyun.

"Huening Kai, siapa yang terjun?" Soobin tiba-tiba mengajukan soalan begitu membuatkan mereka bertiga berkerut dahi.

"Siapa terjun siapa?" tanya Huening Kai semula. Sungguh dia berasa aneh apabila ditanya soalan begitu.

"Eh? Bukan kau ke yang menjerit tadi?" soal Taehyun pula yang berada di sebelah Soobin.

"Bila masa?" Yeonjun, Beomgyu dan Huening bertanya serentak membuatkan mereka berdua terkedu.

Adakah mereka silap mendengar? Atau memang langsung tiada jeritan tadi?

------------

"Sekarang kau faham kan apa yang hyung cerita kat kau dulu?"

Taehyun sekadar mengangguk kecil. Sungguh kepalanya terasa pening sekarang ini.

Dia tidak faham mengapa semakin lama banyak perkara pelik berlaku padanya. Tidak kiralah di rumah mahupun di sekolah, pasti akan timbul sesuatu yang buruk.

Taehyun memandang ke arah Soobin yang masih leka melihat pemandangan luar dari bumbung sekolah. Lalu kemudian, Soobin menunjukkan sesuatu arah yang membuatkan Taehyun berasa hairan.

"Hyung tunjuk apa tu?" soal Taehyun ingin tahu.

"Itulah tempat mendiang abang kau terjun dulu," kata Soobin menyebabkan lidah Taehyun terkelu.

"Sebelum abang kau terjun, dia ada tinggalkan sesuatu kat sini. Tapi aku tak sempat nak tengok sebab buku tu tiba-tiba lenyap."

'Buku?' detiknya dalam hati.

"Dia ada bercakap dengan seseorang yang berpakaian serba hitam. Tapi aku langsung tak nampak wajahnya."

'Berpakaian hitam?'

"Tapi aku ada terdengar perbualan yang mana mendiang abang kau tu cakap dia tak nak orang lain kena sama macam dia dan--"

"Kejap!" Taehyun tiba-tiba memintas percakapan Soobin.

"Kau nampak rupa buku tu macam mana? Usang atau masih baru?" tanya Taehyun sungguh-sungguh.

Soobin cuba untuk mengingati semula.

"Usang? Aku tak pasti..." Mata Taehyun terbuka luas mendengar jawapan Soobin itu.

Beberapa hari lalu sewaktu Taehyun sedang cuba mencari pembunuh yang cuba untuk membunuh Beomgyu dulu, dia ternampak tiga keping gambar berada di koridor sunyi yang dilaluinya itu.

Tiga gambar itu menunjukkan seorang pelajar lelaki bergambar bersama buku usang yang dipegang oleh mereka termasuklah Yeosang.

Malah, Taehyun teringat dengan diari Yeosang yang pernah dibacanya dahulu sebelum dia masuk tidur.

Aku terjumpa buku yang dah usang.

Pada mulanya buku tu kosong sahaja.

Tapi tiba-tiba muncul dua perkataan pada muka buku usang tu.

'Death Book!'

Taehyun yakin buku usang yang pernah dia lihat sebelum ini dan apa yang Soobin ceritakan tadi ialah buku yang pernah digunakan oleh Yeosang dahulu!

Itu memang Death Book!

"Jangan gembira sangat, Taehyun..." kata-kata Soobin yang sinis itu cukup mengejutkan Taehyun.

"Apa hyung ca-- AHH!"

Taehyun terkejut selepas lihat bola mata Soobin hitam sepenuhnya. Riak wajah Soobin sangat menakutkan sehingga Taehyun tidak boleh bergerak.

"Walaupun kau dah tahu macam mana rupa Death Book tu, kau kena fikirkan cara untuk hapuskan buku tu daripada seseorang yang menderita sekarang ni."

Suara Soobin juga jelas garau dan dalam membuatkan Taehyun terketar-ketar.

"Yeo-Yeosang hyung?" Soobin tersenyum sinis mendengar suara Taehyun yang tersekat-sekat.

"Baru sekarang kau peduli fasal aku kan? Memang aku ni mainan untuk kau ke apa hah!" Yeosang yang berada dalam jasad Soobin itu berkata kasar menyebabkan Taehyun semakin takut.

Ya, Taehyun tidak silap! Kali ini memang benar dia lihat Yeosang sedang menggunakan tubuh Soobin.

"Adik macam kau memang tak patut wujud! Sepatutnya aku bunuh kau jer dulu sebelum kau bunuh diorang yang lain!"

"Ma-maaf! A-aku--"

"Pengecut! Aku paling benci manusia macam kau! Kau dengan keluarga kau tu memang sama kan!" Yeosang menerkam kasar tangan Taehyun dan cuba untuk menyakitinya.

Taehyun menangis sambil meronta-ronta sebelum dia...

"AAHH! JANGAN GANGGU AKU!"

Jeritan Taehyun yang nyaring itu cukup membuatkan semua pelajar yang berada di situ dengar.

Akibat rasa ketakutan yang amat, Taehyun tidak sedarkan dirinya.

[C] Death Book : Nightmare  ☾ 강태현 ☽Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang