NM 17

70 14 9
                                    

"Kenapa rumah hyung macam kosong dan sunyi?"

Tanya Taehyun dengan sedikit pelik. Setahunya, rumah Soobin lebih cantik dan banyak perabot. Tidak pernah dia lihat rumah Soobin malap dan kosong sebegini.

"Oh, itu sebab nanti keluarga hyung nak pindah ke rumah yang berdekatan dengan sekolah. Itu yang kau tengok kosong semacam ni." Jelas Soobin. Taehyun disitu sekadar mengangguk kepala tanda faham.

Suasana dia antara mereka kembali senyap. Soobin sibuk mencuci mangkuk sedangkan Taehyun pula masih mengelamun.

Mimpi tadi itu sungguh pelik...

"Kau masih tak nak ceritakan sebab kau pengsan tadi, Taehyun?" lamunannya serta merta hilang setelah ditegur oleh Soobin.

Taehyun keliru. Tidak pasti sama ada patut atau tidak dia ceritakan.

"Cerita saja. Biarlah benda tu pelik atau tak. Hanya kita saja yang faham apa yang berlaku sekarang ini," tambah Soobin lagi seraya mengelap tangannya dengan menggunakan kain.

Tanpa banyak berfikir, Taehyun membuka mulut untuk menceritakan semuanya kepada Soobin.

"Aku pengsan sebab takut yang melampau..."

"Kau takut apa?"

"Masa kita kat rooftop tadi, aku tak pastilah sama ada kau sedar atau tak. Tapi waktu tu aku nampak yang roh abang aku guna badan kau dan dia cuba untuk bunuh aku..."

Kata-kata Taehyun tadi mengejutkan Soobin.

"Sekejap, Taehyun! Kau cakap kita kat rooftop masa waktu apa?" soal Soobin tiba-tiba membuatkan Taehyun berasa sedikit aneh.

"Erm... waktu lepas Huening Kai kata yang dia tak jerit."

Mata Soobin terbuntang luas mendengar jawapan tersebut.

"Taehyun... aku rasa memang ada sesuatu yang tak kena di sini."

"Apa maksud hyung?"

"Dengar, sebenarnya aku tak ada dengan kau pun sepanjang hari ini. Aku kena soal siasat dengan polis sebab aku dengan Jaemin jadi suspek utama yang mana budak kelas aku mati akibat renjatan elektrik. Aku tahu kau ada di rooftop pun bila Beomgyu cakap kau pengsan kat sana."

Taehyun terkaku serta merta.

Jadi... Kalau betullah Soobin tiada bersama dengannya sepanjang waktu di sekolah tadi...

Dengan siapa dia bercakap?

Malah adakah yang diceritakan olehnya tentang tempat kematian mendiang abangnya itu memang bukan Soobin?

Atau memang roh Yeosang sendiri yang menyamar jadi Soobin?

"Ahh!" Taehyun berasa sakit kepala yang amat. Sungguh hal ini amat mengelirukan dia.

Soobin mengusap belakang Taehyun lembut. Dia tahu pasti Taehyun sekarang mengalami tekanan yang kuat selepas kematian abangnya itu.

"Taehyun, kau dengan Yonghee tu jiran kan?" tanya Soobin inginkan jawapan.

"Ya."

"Boleh tak kau tolong tengokkan dia?" permintaan Soobin itu menaikkan rasa pelik Taehyun.

"Dah kenapa?"

"Sebab aku rasa ada benda yang tak kena dengan Yonghee tu..."

Kata-kata Soobin itu sungguh membuatkan Taehyun semakin keliru.

-----------

Balik sahaja Taehyun di rumah, dia lihat kedua ibu bapanya sedang berada di ruang tamu sambil menonton televisyen. Taehyun sedikitpun tidak menegur mereka dan terus menaiki tangga seperti biasa untuk masuk ke biliknya.

Namun, langkahnya terhenti selepas kehadirannya itu ditegur oleh ayahnya sendiri.

"Baru pulang, Tyun?"

Taehyun menoleh lalu dia mengangguk kecil.

"Kenapa kamu suka balik lewat sejak kebelakangan ni?" soal ibunya pula.

"Tyun lepak kat rumah kawan jer tadi," jawab Taehyun dengan nada malas. Ibunya yang mendengar itu mengeluh kecil.

"Kamu ni ikut sikap abang kamu ke?"

Kata-kata Tuan Kang itu membuatkan Taehyun terkedu.

"Ma-mana ada..."

"Tyun, lepas ni tolong jangan pulang lewat lagi! Ayah tak suka!"

Pesan Tuan Kang tegas. Taehyun tidak mampu berkata apa-apa kerana dirinya betul-betul terkedu sekarang ini.

Bukan setiap hari pun dia pulang lewat ke rumah. Hari ini saja. Itu pun sebab dia pengsan tadi.

Ibu bapanya langsung tidak tahu bahawa Taehyun sekarang ini mengalami banyak gangguan pelik-pelik.

Dia tidak terfikir pun untuk ikut jejak langkah mendiang abangnya itu.

"Kamu termenung apa?" teguran Puan Kang tadi mengejutkan Taehyun.

"Tiada apa-apa."

Dengan pantas dia naik tangga dan terus mengunci pintu biliknya. Puan dan Tuan Kang sekadar menggeleng kepala sebelum kembali menonton televisyen semula.

-----------

"Mangsa kau tu aku dah selesaikan."

Yonghee tersenyum puas selepas mendengar berita dari Yeosang bahawa mangsanya iaitu Jeno mati akibat terkena renjatan elektrik.

Ya, kematian mereka sebenarnya sudah dirancang.

Memang Yonghee sendiri yang mahu lenyapkan pembuli dalam kelasnya!

Berterima kasih kepada Yeosang dan juga Death Book kerana banyak membantunya ketika dia memerlukan.

"Bagus betul buku ni! Semua yang aku nak kau tunaikan!" kata Yonghee riang. Yeosang disitu tidak berkata apa-apa.

"Sekarang tinggal Jaemin seorang saja! Patutkah aku menulis nama dia?" tanya Yonghee. Tetapi dia bukan tujukan kepada Yeosang sebaliknya dia bertanya pada dirinya sendiri.

Yeosang hanya perhatikan Yonghee yang sudah terbuai gembira dengan Death Book itu. Nampaknya keadaan Yonghee sekarang ini jauh beza dengan Yonghee yang dia bertemu sebelum ini.

Yonghee yang sekarang penuh dengan sifat dendam.

Bila-bila masa sahaja, sesuatu buruk akan berlaku jika Death Book itu digunakan secara tidak terkawal.

"Oh! Aku tak perlu tulis nama dia! Apa yang aku perlu buat ialah balas dendam secara realiti!"

Ujar Yonghee sambil tertawa puas. Yeosang yang mendengar itu sudah agak.

Yonghee akan menggunakan peluang ini untuk membalas dendam dia pada Jaemin.

Yeosang terdiam bisu. Dalam mindanya sudah berjaya membina beberapa idea untuk melumpuhkan rancangan Yonghee yang gila itu.

[C] Death Book : Nightmare  ☾ 강태현 ☽Where stories live. Discover now