BAB 19

27 0 0
                                    


"Apa pendapat Ikhwan tentang Aleesya?" Soal Datin Afiana sewaktu menemani anaknya bersarapan.

"Walid suka dia. Ada ciri-ciri wanita melayu terakhir." Kata Datuk Ammar menyampuk.

"Kalau suka masuk meminang je lah." Kata Ikhwan dalam suara yang agak perlahan.

"Eh betul ke ni?! Okay hari ini juga Ummi beli cincin." Kata Datin Afiana. Dia dan suaminya benar-benar terkejut dengan kata-kata anaknya itu.

"Eh Ummi ni Ikhwan main-main je lah. Aleesya tu memang baik, pandai, cantik tu tak boleh deny lah, pandai masak. Memang ada ciri-ciri perempuan idaman Ikhwan. Tapi.." Belum sempat dia menghabiskan ayatnya sudah dipotong oleh Datuk Ammar.

"Tapi Ikhwan masih ingat kat perempuan dalam album gambar lama tu?" Kata Datuk Ammar bersuara tegas. Ikhwan hanya menunduk kata setuju.

"Ikhwan dia tu cinta monyet Ikhwan sahaja. Nama sahaja Ikhwan tidak ingat. Bagaimana kamu hendak mencarinya." Tegur Datin Afiana.

"Ikhwan yakin dia masih hidup. Ikhwan rasa dekat sangat dengan dia. Ikhwan yakin satu hari nanti Ikhwan pasti jumpa dia." Kata Ikhwan.

"Ikut suka kamulah Ikhwan. Tapi Walid cadangkan buka pintu hati Ikhwan untuk perempuan lain seperti Aleesya. Siapa tahu mereka boleh bahagiakan Ikhwan?" Kata Datuk Ammar.

*******

//Flashback 9 tahun lepas. Ikhwan berusia 19 tahun.//

"Ikhwan dah sedar? Ikhwan okay tak ada rasa sakit kat mana-mana tak?" Kata Datin Afiana yang berada di sebalah katilnya.

"Saya kat mana ini? Puan dan Encik ini siapa ya?" Kata Ikhwan. Datin Afiana dan Datuk Ammar amat terkejut dengan soalan itu.

"Datuk, Datin. Doktor Chong minta Datuk dan Datin ke Pejabatnya sekarang. Mari ikut saya." Kata jururawat yang bernama Suraya itu. Datin Afiana dan Datuk Ammar sekadar menurut.

"Datuk, Datin. Anak kalian menghadapi Amnesia dan mungkin tidak berdaya untuk mengingati apa-apa. Saya harap Datuk dan Datin bersabar dan bantu Ikhwan untuk mengingati seberapa banyak memori dia." Kata Doktor Chong.

*******

Sudah seminggu Ikhwan berada di rumah barunya. Datin Afiana mengatakan bahawa dia telah dipukul oleh pencuri yang memecah masuk rumah mereka. Kejadian itu juga membuatkan mereka berpindah rumah. Untung sahaja tidak ada barang berharta yang dicuri selain telefon bimbit Ikhwan. Sayangnya pencuri tersebut tidak dapat diberkas.

"Ikhwan Ummi jumpa album lama ini kat bilik Ikhwan. Cuba tengok-tengok manatahu ada yang Ikhwan ingat." Datin Afiana meninggalkan Ikhwan bersama Azim di bilik Ikhwan. Azim meluangkan hari terakhirnya di Kuala Lumpur dengan satu-satunya sepupunya itu sebelum berpindah ke Sabah.

"Hah yang ini Akieef Farhan kawan baik kau satu masa dahulu. Sebelum dia tikam belakang kau kapel dengan perempuan ni ex girlfriend kau. Syamiera Afina." Kata Azim sambil menunjuk wajah Akieef Farhan dan Syamiera yang ada pada album tersebut. Ikhwan sekadar mengangguk.

Sedang seronok mereka bercerita Puan Faridah ibu Azim masuk. "Azim mari kita pulang. Malam ini kita ada flight ke Sabah." Katanya.

Pemergiaan Azim membuatkan Ikhwan sedih. Dia masih tidak sempat mengenali siapa perempuan yang berada dalam album gambarnya itu. Tapi dia yakin perempuan itu terlalu istimewa buat dirinya.

*******

"Hoi jauh kau mengelamun, dah sampai mana?" Tegur Syed Farhan yang sejak tadi memerhatikan Ikhwan mengelamun.

"Sampai kahwin." Kata Ikhwan yang malas melayan Syed Farhan ketika itu.

"Wow ye ke dengan siapa? Mesti dengan Cik doktor yang cantik tu kan?" Kata Syed Farhan. Sambil mengangkat keningnya. Dia tahu tentang Aleesya itu kerana dia lah tempat Ikhwan meluahkan semua masalahnya.

"Ish bukanlah. Buat apa nak ingat dia. Kau ni kan kalau sehari tak sakat aku tak sah kan? Dah nak jadi bapak budak pun perangai macam bukan suami orang." Ikhwan membebel.

"Alaa kalau bukan dia, siapa? Mesti istimewa kan sampai aku panggil dari tadi kau tak dengar." Perli Syed Farhan. Sudah beberapa kali dia panggil Ikhwan namun tidak berjawab.

"Istimewa sangat. Aku rindu dia Syed." Jawab Ikhwan jujur.

"Siapa ni? Tunggu ni mesti Cinta monyet kau yang kau cerita itu." Soal Syed. Bukan dia tidak tahu. Siapa lagi yang istimewa di hati sahabatnya itu kalau bukan si dia perempuan dalam album gambar tu. Ikhwan sekadar mengangguk.

"Muhammad Ikhwanshah you have to move on. You have to open your heart to someone else. Its have been 9 years. Who knows? Maybe she's already being someone else's wife? What are you going to do? Search for her. You only have her photo, her Name? Age? Residents? You don't have any of them. You must give your heart a chance to love someone else just like you love her. I know maybe it's hard for you. But why not? Please move on. If Syamiera got her second chance even until the fourth one. Why not Aleesya right?" Marah Syed Farhan yang dari tadi menahan marah. Bukan dia tidak sayangkan sahabtnya itu, kerana sayanglah dia ingin melihat sahabatnya itu bahagia.

"Move on. Two simple words that everybody, I suppose they can say it but can't do it." Terang Ikhwan ringkas.

"You can't if you don't try to do it. Sekarang aku tanya kau. Kau suka Aleesya?" Tanya syed Farhan. Dia amat berharap jawapan positif dari mulut sahabatnya itu.

"She's a noble person. Cantik. Sopan-santun. Pandai masak. Pandai ambil hati orang tua dan kanak-kanak. Doktor yang baik. Caring. Layan semua orang sama. Rendah diri. Sentiasa ambil berat tentang pesakitnya. Tidak lupa keluarga. Anak yang solehah. Lagi.." Belum pun sempat Ikhwan menghabiskan ayatnya sudah dipotong Syed Farhan.

"Aku tanya kau suka dia ke tak bukan terangkan ciri-ciri dia." Katanya sambil menunjukkan muka tidak puas hati.

"Suka. Suka sangat kalau boleh memang nak jadikan dia isteri aku. Aku rasa aku dah jatuh sayang kat dia." Kata Ikhwan dalam nada suara yang perlahan. Syed Farhan buat-buat tidak dengar kata-katanya itu.

"Apa aku tak dengar yang dua ayat last tu." Kata Syed Farhan sambil mengangkat keningnya. Ikhwan tahu sahabatnya itu sedang menyakatnya.

"Syed Farhan!" Jerit Ikhwan.

"Aku sarankan kau cepat-cepat dapatkan dia. Dia tu cantik idaman semua lelaki. Mana tahu melepas. Dengar nasihat aku ni boss." Kata Syed Farhan sambil meninggalkan Ikhwan di pejabatnya.

****

HELLO! HI SURPRISE! GOSH COMEBACK AFTER A 2 YEAR KAN? WELL ACTUALLY JCM DAH ADA BANYAK BAB, AND 'UNDER MAINTAINANCE' SBB CERITA NI DAH 8 TAHUN AND BANYAK DAH PLOT TAK RELEVANT. I'VE BEEN THINKING OF REWRITING, BUT PITY ON THE READERS.

FOR NOW, I'LL UPDATE BAB 19 FIRST, THEN SAYA AKAN FIKIR SEMULA KEPUTUSAN UNTUK REWIRITE. BERAT HATI SEBENARNYA, TAPI, INI SAHAJA SOLUSI (BUAT MASA INI). I'M CURRENTLY FINISHING MY THESIS, FOR MY FINAL YEAR PROJECT, AND FOR THAT, I'M VERY BUSY. BUT AFTER I'M DONE, I'M GOING TO PUT THIS JCM UNDER MAINTENANCE. AND REWRITE. 

BUT! A NEW STORY, WHICH HAS ALREADY BEEN DRAFTED. THAT STORY GOING TO RELEASE END OF AUGUST 2022 OR EARLY SEPTEMBER 2022. IN THE MEANTIME, JUST WAIT FOR JCM TO COMEBACK OKAY THANK YOU AND SORRY. 

You who have been here since 2015,
Thank you <3

11:07pm
5 Aug 2022
ikinkienah

Du hast das Ende der veröffentlichten Teile erreicht.

⏰ Letzte Aktualisierung: Aug 05, 2022 ⏰

Füge diese Geschichte zu deiner Bibliothek hinzu, um über neue Kapitel informiert zu werden!

[ON HIATUS] Jodoh Cinta MonyetWo Geschichten leben. Entdecke jetzt