Bab 8

4.4K 153 28
                                    

"Bismillahi rohman nirahim, Assalamualaikum wbt, Ikhwan ucapkan. Maaflah malam ini Ikhwan agak kekok sedikit kerana Ikhwan tak pernah ke majlis-majlis sebegini, apatah lagi majlis yang ada menyuruh membuat ucapan. Tetapi Ikhwan akan cuba buat yang terbaik."

Pelajar perempuan yang lain sibuk bersorak untuk memberi semangat kepada Ikhwan. Al-maklumlah budak hot. Lebih mengujakan lagi apabila Ikhwan mengenakan tuksedo merah jambu pada malam itu. Hmm dah macam manager KFC gayanya.

"Baiklah Ikhwan hari ni sebenarnya nak confess something tapi sebelum tu..."
Tup! Lampu dewan tiba-tiba sahaja di matikan dan tersuluh satu lampu dari arah pentas. Ikhwan duduk di atas kerusi sambil memainkan piano miliknya. Ikhwan mula menyanyi sebuah lagu yang bertajuk Jodoh Berdua daripada Hafiz Hamidun. Lagu yang dinyanyikan itu benar-benar membuatkan hati ramai pelajar perempuan terpegun melihatnya. Termasuk Aleesya.

Lampu dewan mulai dihidupkan tetapi masih dalam keadaan malap. Tiba-tiba sahaja Ikhwan turun dari pentas sambil menyanyi dan menuju ke arah Aleesya.

"Jodoh berdua begitulah takdir."

Aleesya begitu terkejut mendapat sekuntum mawar putih daripada Ikhwan. Sorakan penonton mulai menghiasi ruang dewan. Setelah lagu telah habis dinyanyikan lampu dewan masih malap. Hanya 2 lampu yang terpasang. Di pentas Ikhwan berdiri dan di tempat Aleesya.

"Aleesya Sofea binti Izwan Haikal!. Sejak pertama kali mengenali dirimu. Begitu indah sekali persis namamu. Ceh formal nya ayat. Hahaha. Isya, ya ucapan ini khas ini saya tujukan untuk gadis berbaju pink yang dibawah nyalaan lampu indah malam ini. Isya, sepanjang Ikhwan kenal Isya, Ikhwan rasa ada satu perasaan yang mekar dalam hati Ikhwan. Sebenarnya jujur Ikhwan cakap selama ini Ikhwan sering memerhatikan Isya. Ikhwan tahu semua tentang Isya. Kecuali beberapa perkara yang peribadi. Isya, Ikhwan nak confess ni. Sebenarnya Ikhwan yang letak coklat dan bunga mawar putih di bawah laci sejak Form 2 lagi. Ya Ikhwan la Secret Admirer Isya tu. MR.X yang Isya sering umpat dengan Sara tu Ikhwan la. Ya status whatsapp yang tak seberapa matang tu Ikhwan ler. Hahahaha! Biarla status tu kite-kite je yang tahu ya. Hahahaha!.
Isya selama ni Ikhwan dah simpan perasaan ini terlalu lama tetapi Ikhwan masih tidak mampu ungkapkannya. Namun atas keberanian diri, Ikhwan akan confess juga. Sebenarnya Ikhwan dah jatuh hati dengan Isya." Kata Ikhwan yang berani mengucapkannya depan umum.

Tersentak hati Isya dibuatnya. Tidak pernah terlintas di fikirannya Ikhwan yang merupakan crushnya itu meminati dia dalam diam.

"Ya Isya selama ini, Ikhwan hanya mampu mengakuinya di atas kertas, melalui sekeping nota. Ikhwan rasa itu yang terbaik. Namun cinta itu bukan di atas kertas kan? Sekuntum Mawar putih adalah bukti cinta Ikhwan kepada Isya. Isya nak tahu kenapa sekuntum sahaja? Dan mengapa harus Mawar putih dan bukannya merah? Sekuntum mawar putih melambangkan cukuplah Isya sebagai satu cinta Ikhwan yang tulus dan suci murni. Tidak mahu Ikhwan rosakkan persahabatan hanya disebabkan perasaan yang melalaikan ini. Ikhwan tidak mahu Isya berharap tetapi cukuplah Isya mengetahui isi hati Ikhwan sebelum kita berpisah mengikut haluan masing-masing. Ikhwan nak Isya tahu jika ditakdirkan Isya jodoh Ikhwan, walau jauh di hujung dunia pun Ikhwan akan tetap tunggu Isya. Kerana Jodoh berdua begitulah takdir. Isya akhir kata, Ikhwan nak Isya tahu. Walaupun kita jauh Ikhwan takkan lupakan Isya. Because you are the bestgirlfriend. Kawan perempuan yang terbaik I mean. Thank you Isya." Selesai Ikhwan berucap lampu sekali lagi dimatikan dengan sengaja.
Isya yang mendengar ucapan itu begitu terharu dan terpegun dengan semua pengakuan Ikhwan. Namun lampu pada Aleesya masih terpasang jelas.

Tiba-tiba..

"Happy Birthday to You,
Happy Birthday to You,
Happy Birthday to You Isya,
Happy Birthday to You."

Isya begitu terkejut dengan bayangan samar Ikhwan yang menuju ke arahnya sambil memegang sebuah kek Oreo Cheese Cake kegemarannya dan menyanyikan lagu Happy Birthday untuknya.

"Selamat hari jadi yang ke-17 Isya. May Allah Bless You. I don't have idea what I have to give you tonight. Just a confession that I can gave." Kata Ikhwan dengan gembiranya.

Setelah meniup lilin tersebut, Isya pula berkata "Bukan emas permata yang ku pinta cukuplah pengakuan indah yang mengharukan menjadi tanda hadiah." Balas Isya.

Lampu mula menerangi seisi dewan ada yang bersorak untuk mereka ada juga suara-suara sumbang yang mengata tentang mereka.

"Hanie aku cemburu la kat budak Isya tu! Sepatutnya aku yang mendapat keistimewaan itu bukan dia. Tunggu kau Isya. Kau tak kenal siapa miera". Kata Syamiera bekas teman wanita Ikhwan.

Malam itu dihiasi dengan kebahagiaan yang memang selayaknya dimiliki oleh Isya tetapi satu kehinaan bagi Syamiera. Dia bertekad untuk membalas dendam kepada Isya kerana merebut Ikhwan daripadanya.

Hello readers sorry for the late update. Baru ad mood. Sabarla. Tapi kina won't promise akan update selalu. Okey.

Stay tuned readers.

[ON HIATUS] Jodoh Cinta MonyetWhere stories live. Discover now