BAB 17

168 6 4
                                    

//MALAYSIA//

"Aleesya Sofea! Sini sini." Laung Adhwa yang berada di luar gerbang keluar dari ketibaan antarabangsa. Tunangnya pula sudah penat menyuruhnya untuk senyap.

"Assalamualaikum semua. I'm back. Abang Ad ni public lah tak reti nak sopan sikit ke?" Kata Aleesya sambil memarahi abangnya itu.

"Kalau Isya nak tahu Adhwa lah yang paling seronok apabila tahu Aleesya nak balik. Kesian Amira nak urus tunang dia yang tak reti duduk diam ni." Jelas Abang Aareef. Aleesya sekadar tertawa. Dia gembira melihat wajah-wajah baru dalam keluarganya.

Kak Husna isteri Abang Aareef yang baru sahaja dinikahi 5 bulan lepas sewaktu Aleesya menghadapi Mid Term Examination di Russia. Dia beralih kepada wajah berseri bakal pengantin baru Abang Adhwa dan Kak Amira yang akan menikah 2 minggu dari sekarang.

"Mana tak rindunya Reef. Baru Raya kali ini dia balik. Kalau tak macam tahun sebelumnya. Dari Raya Cina, Raya Melayu, Raya India sampai Raya Orang putih dia di Russia." Perli Abang Aqeem.

"Amboi gurau kasar nampak." Perli Aleesya. Dia gembira melihat abang sulungnya itu kini bahagia bersama Kak Aisyah dan anak mereka Wiyah. Rabiatul Adawiyah. Tambahan pula kini Kak Aisyah sedang mengandung anak kedua.

"Apapun Papa bersyukur Isya dah balik. Itu pun dah cukup ye tak sayang?" Kata Datuk Izwan memandang Isterinya Datin Aziah.

"Mama your '300 years' already end." Kata Aleesya lalu mereka tertawa kerana ayat Datinn Aziah itu masih diingatinya. Datin Aziah segera memeluk satu-satunya putrinya itu.

"I miss you so much." Kata Datin Aziah memeluk Aleesya.

*******

"Ummi bangga anak tunggal Ummi ni balik juga akhirnya." Kata Datin Afiana sebaik sahaja anaknya itu balik.

"Ikhwan rindu Ummi dan Walid. Ikhwan minta maaf sebab tinggalkan Ummi dan Walid." Ikhwan memohon maaf kerana peristiwanya membuat perbuatan yang drastik itu.

"Ummi faham. Dahlah mereka pun dah pergi kan? Doa untuk kesejahteraan mereka ajelah." Kata Datin Afiana.

"Errmm. I smell Masak Lemak. Did you cook them?" Kata Ikhwan yang terhidu bau masak lemak.

"Yes. Ketam Masak Lemak Cili Api. Your favourite. Mari kita makan." Kata Datin Aziah lalu mempelawa anak tunggalnya itu makan.

*******

"So that's all for today. Saya harap semua staff dapat menyelesaikan segala tugasan sebelum mula bercuti lusa. Saya berikan tempoh 2 minggu untuk kalian bercuti. Saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan hati-hati waktu bercuti itu. Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf andai ada silap dan salah. Meeting is dismiss." Kata Ikhwan selesai mesyuarat lalu ke pejabatnya diikuti oleh Syed Farhan.

"So how's Sydney bro?" Tanya Syed Farhan.

"Okay je. Aku serahkan dengan Mr. Chua sepenuhnya" Kata Ikhwan.

"Ish aku bukan tanya itu. Maksud aku Sydney boleh hilangkan masalah kau?" Tanya Syed Farhan lagi.

"Oh. Sort of. Eh tapi kalau kau nak tanya aku dah jumpa pengganti ke tak aku dah sediakan jawapan untuk itu. My answer is no. Aku ke sana lebarkan sayap bukan berfoya-foya." Terang Ikhwan apabila mendapat tahu maksud di sebalik soalan sahabatnya itu.

"Mesti kau masih ingat dengan cinta monyet kau dulu kan?" Kata Syed Farhan.

"Ya aku masih sayangkan dia walaupun aku dah tak ingat nama dan rupa parasnya. Tapi kadangkala aku rasa macam aku dekat dengan dia. Entahlah." Kata Ikhwan yang sudah separuh mengeluh. "Aku balik la dulu ya?" Tanya Ikhwan.

[ON HIATUS] Jodoh Cinta MonyetWhere stories live. Discover now