Bab 2

7.8K 213 11
                                    

Muhammad Ikhwanshah bin Ammar Azhari. Seorang pengawas sekolah yang amat tegas dan telus dalam menjalankan tugasnya. Beliau merupakan anak kepada Ammar Azhari seorang usahawan pakaian yang terkaya di Malaysia, dan ibunya Puan Aina Afiana yang bekerja sebagai pembantu peribadi ayahnya.

Ikhwan dilahirkan dengan penuh kemewahan, tetapi tidak pernah lupa untuk selalu bersederhana, itu pesan ibu dan ayahnya. Jangan sesekali kamu berbangga dengan segala kemewahan ini, ini semua hanya pinjaman dari yang Maha Kuasa. Itu yang membuatkan dia istimewa.

Lain pula dengan kejadian nya d sekolah, Ikhwan dari tingkatan 1 menjadi kegilaan pelajar perempuan d sekolahnya kerana mempunyai lesung pipit yang sangat menawan.

Syamiera Afina rakan sekelasnya pernah menjadi teman wanita Ikhwan sewaktu tingkatan 1 selama 4 bulan sahaja, tetapi putus kerana kecurangan Syamiera sendiri.

Syamiera pernah menyakiti hati Ikhwan suatu ketika dahulu iaitu dengan secara sengaja curang dengan Ikhwan dan memilih rakan karib Ikhwan sendiri iaitu Akieef Farhan sebagai teman lelakinya secara senyap-senyap.

Sejak kejadian itu, Ikhwan sudah tidak percaya akan cinta dan sudah tidak mengenal erti persahabatan yang sebenar kerana telah disakiti oleh orang yang paling disayanginya dan ditikam belakang oleh sahabat baiknya sendiri.

Sejak itu jugalah dia sudah tidak mempunyai kawan karib dan hanya berkawan biasa dengan rakan sekelasnya. Dia juga menjadi seorang yang ego dan sombong di kelas berbanding berada di luar kelas.

//DI RUMAH AGAM TAMAN ADITYA//

"Cantik." Satu ayat yang terpacul dengan tidak sengaja dari mulut manis Ikhwan itu. Dia amat terpegun dengan kecantikan semula jadi gadis yang bernama Aleesya itu.

"Andai dunia hancur binasa, ku kan setia sampai mati cintaku, takkan berserah, takkan ku mengalah hingga kamu buat diriku, takhta di hatimu" Deringan telefon bimbit Ikhwan mengejutkan lamunan panjangnya. Dia bangkit dari perbaringannya lalu mencapai telefon bimbit di atas meja belajarnya.

"Oh Umi rupanya" Katanya dalam hati.

"Assalamualaikum Umi? Ada apa call Shah ni?" Ikhwan bertanya.

"Waalaikumussalam shah. Ni Umi nak ingatkan Shah ni, Shah tak lupa kan yang Umi dan Walid akan ke Bandung selesai sahaja kerja?" Terang Puan Aina.

"Ye Umi Shah tak lupa, semalam kan Umi dah ingatkan, tadi pagi pun umi ingatkan Shah. Shah tak lupa.Umi jangan risau, Shah tahu jaga diri, ini bukan kali pertama Umi dan Walid tinggalkan Shah kat Malaysia kan? Lagipun Umi jangan risau kan ada Mak Jah, Mak Timah, Pak Amin dan Pak Amree" Terang Ikhwan.

"Alhamdulillah, bagus lah. Kalau begitu Shah, tapi sentiasa ingat pesan Umi jangan nakal-nakal, walaupun ada maid sentiasa ingat untuk berdikari tau? Umi ada tinggalkan duit belanja dapur dengan Mak Jah. Dan ada duit belanja Shah kat laci kedua di meja belajar Shah umi tinggalkan. Satu lagi umi nak pesan jangan tinggal solat! Umi dah pesan dengan Mak Jah, Mak Timah, Pak Amin, dan Pak Amree kalau Shah tak solat Umi dan Walid dah izinkan mereka rotan Shah. Kerana Umi dan Walid dah amanahkan mereka jaga Shah." Nasihat uminya.

"Baiklah Umi, Shah ingat pesan Umi dan Walid. Umi, Shah nak mandi dahulu barulah solat Asar dan petang nanti nak jogging kat Taman sekejap bolehkan? Dan kirim salam kat walid." Ikhwan berkata

"Boleh sayang, asalkan tak jauh dari rumah. Umi ada kerja ni, Walid kamu dah panggil tu. Assalamualaikum." Kata uminya

"Waalaikumsalam umi". Kata akhir penutup bicara. Itulah Puan Aina Afiana, begitu protective terhadap anak tunggalnya itu. Ikhwan pula tidak pernah malu mendapat ibu dan ayah seperti itu kerana baginya ibu dan ayah begitu adalah ibu dan ayah yang akan sentiasa bersama-sama dalam jatuh bangunnya.

//SELESAI MANDI DAN SOLAT//

"Mak Jah, Mak Timah, Shah nak minta izin untuk keluar jogging kat Taman sekejap dalam sejam setengah begitu. Boleh? Shah dah minta izin umi dan walid. Mereka bagi kebenaran pada Shah, cuma ibu-ibu angkat ni je yang belum bagi." Pujuk Ikhwan meminta kebenaran.

"Amboi anak angkat Mak Jah ni pandai berbicara apa yang dalam tv tu cakap? Shweet? Shwet?.." kata Mak Jah

"Sweet Talker lah Jah oii" potong Mak Timah. Bederai tawa di ruang tamu rumah itu.

"Pergilaa Shah tapi jangan lewat balik tau?" Pesan Mak Timah.

Setelah mendapat kebenaran dari 'ibu angkatnya' dia terus menuju ke sebuah Taman yang luas dalam perumahan Taman Aditya itu.

Dia memulakan langkahnya dengan memasang muzik di alat pemain muziknya. Sedang seronok berjogging tiba-tiba..
PAP!

Hi readers, PAP?!
What is going on? Alaa terpaksa lah korang tunggu update seterusnya ya

[ON HIATUS] Jodoh Cinta MonyetWhere stories live. Discover now