Bab 18

263 8 3
                                    

Hari yang di tunggu-tunggu telah tiba. Adhwa bakal diijabkabulkan dengan Amira hari ini. Suasana perkarangan rumah pengantin perempuan begitu meriah.

Aleesya memasuki bilik abangnya sebelum bergerak ke rumah Kak Amira. "Handsome tak abang? Nervous abang ni." Tanya Adhwa yang sedang menghadap cermin membetulkan samping dan membutangkan butang baju Melayunya.

"Handsome. Sangat handsome. Mari Aleesya tolong pakai songkok abang ni. Tunduk sikit." Kata Aleesya membantu memakaikan abangnya songkok. Walaupun gembira, Aleesya sayu sebenarnya. Manakan tidak ketiga-tiga abangnya sudah berkeluarga. Kini tinggal dia seorang sahaja.

"Kenapa sedih ni? Tak gembira ke Abang kahwin?" Adhwa sudah mengenali eksperasi wajah adiknya itu. Dia amat mengenali rapat adiknya itu. Dia tahu Aleesya pasti sedih kerana selepas ini rumah agam mereka itu hanya tinggal ibu bapanya dan adiknya sahaja.

"Eh taklah. Mestilah Isya bahagia tengok abang. Dah jangan nak mengarut. Okay? Abang tu jangan tergugup gagap bercakap nanti tau. Ingat full name Kak Amira." Nasihat Aleesya yang cuba menyembunyikan rasa sedihnya. Aleesya memang begitu banyak berahsia.

"Okay. Noor Amira Natasha binti Aliff Aidil." Kata Adhwa tersengih-sengih.

"Hah bukan Amira Othman tau." Berderai ketawa mereka lalu bergegas turun untuk ke rumah pengantin perempuan.

*******

"Muhammad Adhwa Shahril bin Izwan Haikal. Aku nikahkan akan dikau dengan putriku Noor Amira Natasha binti Aliff Aidil dengan mas kahwinya RM 500.00 tunai." Kata Encik Aliff, ayah Kak Amira.

"Aku terima nikahnya Noor Amira Natasha binti Aliff Aidil dengan mas kahwinya RM 500.00 tunai." Sekali lafaz ijabkabul itu maka sah lah Abang Adhwa menjadi suami Kak Amira.

"Tahniah Adhwa. Saya bangga dengan awak." Kata Ikhwan yang menjadi 'pengapit ekspress' dia pada hari itu.

"Thanks bro. Sorry lah aku tahu kita baru kenal aku minta maaf terpaksa susahkan kau jadi pengapit aku." Kata Adhwa yang sudah tersengih-sengih. Ikhwan tertawa. Dia meninggalkan Adhwa dan Amira untuk sesi fotografi.

*******

"Air?" Tegur Ikhwan sambil memberikan Aleesya segelas air. Lalu mengambil tempat duduk di sebelah Aleesya di bangku taman rumah Kak Amira.

"Terima kasih. Er Ikhwan saya minta maaf terpaksa susahkan awak jadi pengapit Abang Adhwa hari ini." Kata Aleesya. Dia terpaksa meminta bantuan Ikhwan kerana pengapit Adhwa ada urusan mengejut yang tidak dapat di elakkan. Ikhwan pula kebetulan memakai baju melayu warna merah sedondon dengannya yang menjadi pengapit Kak Amira.

"Tak mengapa.Bukan susah pun." Kata Ikhwan yang sudah tertawa. Seronok mereka berbual Datuk Izwan dan Datuk Ammar menghampiri mereka bersama-sama Datin Afiana dan Datin Aziah.

"Seronok berbual? Tak perlulah tunggu-tunggu lagi kan Aziah?" Tegur Datin Afiana.

"Betul tu lagipun Al takde sesiapa kan? Ikhwan pun solo ye tak?" Datin Aziah sudah tertawa.

"Ish Mama dengan Aunty ni. Kami kawan je lah." Kata Aleesya yang sudah tersipu malu. Ikhwan sekadar tertawa.

"Oh ya Ammar habis majlis singgah ke rumah kami lah. Kita buat makan malam sikit. Sementara isteri saya masak kita boleh bincang pasal joint venture tu." Kata Datuk Izwan Haikal. Datuk Ammar terus mengganguk tanda setuju.

"Wow Walid dah one step forward nampak. Ala Ikhwan tak boleh kalah ni." Kata Ikhwan yang tidak mahu mengalah. Perniagaan berbeza dia dengan Walidnya itulah yang mengukuhkan hubungan kekeluargaan mereka.

*******

"Aleesya dah selesai ke belum ada apa-apa yang kami boleh bantu?" Tanya Kak Husna dan Kak Aisyah yang baru sahaja sampai.

"Takde dah Aleesya dah selesai masak. Tinggal nak hidangkan lauk ni je lagi. Akak pergila duduk dahulu." Kata Aleesya.

"Hah mari semua kita duduk makan kat sini lauk semua dah sedia." Kata Datuk Izwan.

"Sedapnya mesti Aunty Aziah yang masak kan." Kata Ikhwan meneka tukang masak lauk makan malam itu. Dia sungguh berselera melihat lauk pauk yang tersedia di atas meja itu.

"Taklah Aunty kan sibuk kat halaman rumah tadi dengan Ummi Ikhwan." Kata Datian Aziah sambil tertawa menafikan kata-kata Ikhwan itu. Dia sengaja merahsiakan identiti tukang masak itu.

Baru sahaja selesai membasuh tangan, Aleesya datang dengan lauk terakhir pada malam itu. Lauk Ketam Masak Lemak Cili Api. "Hah ini lauk terakhir." Kata Aleesya yang baru sahaja selesai memasak lauk pauk masakan kampung.

"Kau rupanya yang masak semua ni. Kalau nak cari isteri aku nak cari macam kau." Getus hati kecil Ikhwan. Dia berselera sangat apabila lauk kegemarannya itu sedang terhidang di atas meja.

"Wah Aleesya rupanya yang masak. Lauk ketam ni kegemaran Ikhwan tau. Tengok berselera sungguh dia tengok." Kata Datuk Ammar. Aleesya sekadar tersenyum.

"Hah nak cari isteri ni Ikhwan cari yang pandai pikat perut kita tau. Macam Aleesya ni. Nak cari, cari macam dia" Tegur Aareef.

"Tak payah nak cari macam Aleesya ni Reef. Ambil je c Al ni kan Ikhwan?" Kata Aqeem yang sudah menyampuk cerita mereka. Ikhwan sudah mulai tersipu-sipu malu. Berderai ketawa mereka di ruang makan itu.

Memang tidak dapat dinafikan lauk yang di masak oleh Aleesya pada malam itu sungguh sedap. Ikhwan sedikit sebanyak jatuh hati dengan keistimewaan wanita ini.

*******

Selepas makan malam mereka duduk berehat sambil menjamu manisan yang di buat Aleesya di ruang istirehat. Aleesya menyediakan Oreo Cheese Cake sebagai manisan selepas makan malam itu.

"Sedap." Kata Ikhwan. Dia tidak sengaja mengeluarkan pujian itu dari mulutnya. Fikirnya dia sedang bercakap di dalam hati. Ternyata keluar dari mulutnya.

"Ada orang dah jatuh hati kat masakan Isya nampaknya." Kata Datuk Ammar. Kata-kata Ikhwan itu benar-benar mengejutkan seisi keluarga. Mereka tertawa mendengar gurauan Datuk Ammar itu.

"Aunty Isya? Wiyah nak Aunty pangku dan suap Wiyah? Sedap lah kek Aunty buat macam Ummi buat." Kata Wiyah anak sulung Abang Aqeem dan Kak Aisyah.

"La macam mana Aunty nak suap kalau Aunty pangku Wiyah" Kata Aleesya mengeluh dengan permintaan anak buahnya itu. Wiyah sudah merajuk.

"Awak pangku dia. Saya suapkan." Kata Ikhwan lalu mengambil bekas pada tangan Aleesya dan menyuapkan kek pada Wiyah. Seronok benar mereka berdua melayan karenah Wiyah yang baru sahaja berusia 4 tahun itu.

"Abah! Okay lulus." Jeritan Wiyah mengejutkan mereka semua.

"Apa yang lulus ni Wiyah?" Tanya Ikhwan.

"Abah suruh Wiyah test Aunty Isya dan Uncle Ikhwan kalau boleh jadi Abah dan Ummi yang baik. Jadi Wiyah bagi lulus lah 10 bintang." Jelas Wiyah sambil menunjukkan 10 jari menunjukan 10 bintang. Berderai ketawa mereka.

"Abang Aqeem ni!" Marah Aleesya.

Ikhwan sekadar tersenyum. "Abah dan Ummi. Why not Aleesya?" Getusnya di dalam hati sambil tertawa melihat wajah Aleesya yang merah akibat malu.

THANK YOU FOR WAITING FOR ME :') HERE'S A NEW UPDATE :P I'LL KEEP POSTING NEW UPDATE FROM NOW ON. WISH ME LUCK. MIND SHARE MY STORY WITH YOUR FRIENDS!

[ON HIATUS] Jodoh Cinta MonyetWhere stories live. Discover now