Bab 11

2.3K 96 6
                                    

"Dr. Aleesya jangan lupa lunch break kita tengah hari ini ya?" Kata Dr. Alif kepada tunangnya itu. Sungguh walaupun bakal bergelar suami isteri tidak lama lagi tetapi mereka tidak pernah menunjukkan kasih sayang bagai nak rak depan khayalak ramai. "Baiklah Dr. Alif. Masuk ni dah 5 kali awak ingatkan". Pertunangan mereka sahaja lambat diketahui orang.

****

Dr. Alif mengakui bahawa dia ada menyimpan perasaan terhadap Dr. Aleesya. Begitu juga dengan Dr. Aleesya. Dr. Alif tidak berdiam diri. Dia terus menghantar rombongan meminang Aleesya. Ibu bapa Aleesya pula tidak menolak. Sudah suka sama suka apa lagi yang perlu dipertidakkan. Kini sudah sebulan mereka bertunang dan bakal menjalani bahtera rumah tangga tidak lama lagi.

"Kita lunch kat sini je la ya?" Kata Alif kepada Aleesya apabila mereka tiba di Nusantara House. Aleesya hanya angguk tanda setuju. Sedang leka mereka menikmati hidangan yang penuh berselera itu. Alif menerima panggilan telefon dari pihak hospital. "Isya? Makan cepat kita ada pesakit di wad ER. Cepat ya?" Isya menuruti sahaja permintaan Alif.  Setibanya di Hospital, Dr. Alif bergegas ke wad ICU untuk memeriksa pesakit selepas menghantar Aleesya ke pejabatnya. Kebetulan sahaja pejabat mereka tidak begitu jauh.

"Syamiera Afina binti Tan Sri Alauudinshah." Setelah selesai pembedahan Syamiera dipindahkan ke wad VIP seperti yang diarahkan Dr. Alif. "Eh bukan ni model terkenal tu ke nurse? Ah pindahkan dia ke wad VIP bahagian LILI. Dan call family dia". "Saya dah call dah Doktor. Mereka sedang menunggu di luar." Kata Cik Hanis jururawat di situ. "Baiklah terima kasih." Dr. Alif pergi berjumpa keluarga Syamiera dan keluarga Ikhwan. "Bagaimana keadaan Syamiera? Doktor?". Tanya Ikhwan. "Encik?" "Ikhwan. Ikhwanshah." "Oh Encik Ikhwanshah tentu suami Puan Syamiera?" "Eh bukan saya cuma..." belum sempat dia menghabiskan ayatnya. Umminya terlebih dahulu sudah berkata "Ikhwan ni tunang Syamiera. Bagaimana keadaan Syamiera doktor?" "Syamiera mengalami hentakan teruk pada kepala dan menyebabkan dia koma mungkin mengambil masa untuk sembuh. Saya harap ahli keluarga bawa bersabar dan terus berdoa untuk kesembuhannya. Encik Ikhwanshah saya harap Encik akan selalu berada di sisinya, biasalah orang-orang yang sakit ini perlu banyak sokongan terutama daripada orang yang tersayang." Ikhwan hanya mampu mendengar. Apabila keluarganya dan keluarga Syamiera melawat Syamiera dia meminta izin untuk berehat di Kafeteria Hospital tiba-tiba dia terlanggar seorang doktor yang sedang berbincang dengan seorang jururawat di kaki lima hospital. Ikhwan tiba-tiba jatuh dan pengsan. Kebetulan Aleesya sedang dalam perjalanan ke sebuah bilik berlanggar dengan Ikhwan. Aleesya cemas lalu memanggil beberapa orang jururawat lelaki yang lalu di situ.

****

Dr. Aleesya bertanggungjawab merawat Ikhwan. Dr. Alif pula merawat Syamiera. Ikhwan disahkan menghidap demam panas dan terlalu lemah akibat terlalu sibuk bekerja sehingga menyebabkan gastrik kerana tidak makan. Namun mereka masih tidak mengingati sesama mereka.

****

Mungkin disebabkan Dr. Alif lebih banyak meluangkan masa merawat Syamiera bibit cinta mula timbul. Begitu juga dengan Aleesya dan Ikhwan. Namun begitu atas sebab pertunangan ini , mereka hanya mampu berdiam diri. Kata orang tua-tua inilah cabaran ketika bertunang bukan? Mereka kerap sekali berbual. Sehingga kadangkala melampaui batas dalam bergelar tunangan orang.

****

Namun segalanya telah hancur apabila masing-masing meluahkan perasaan masing-masing Dr. Alif kepada Syamiera. Dr. Aleesya kepada Ikhwan. Syamiera kepada Dr. Alif. Ikhwan kepada Dr. Aleesya. Maka segala kepercayaan yang dibina antara tunang masing-masing telah hancur.

Hello readers? Thank you for believing me with this story. Looking forward for this novel. Thank you for the 35.1k readers and 1.05k vote. Until wattpad set my novel as #976 in romance tags. Thank you. Wait for the next update. Thank you.

[ON HIATUS] Jodoh Cinta MonyetWhere stories live. Discover now