Bab 12

2.1K 90 3
                                    

Hari demi hari. Pagi bertukar petang petang bertukar malam. Hubungan mereka antara doktor dan pesakit semakin utuh. Mereka berempat masing-masing merahsiakan status mereka sebagai tunangan orang. Mungkin sebab cinta baru sedang berputik. Namun masing-masing ego dengan perasaan masing-masing.

****

Janji-janji yang pernah diperkatakan dulu jadi memori sahaja. Dulu Alif la yang beria-ia berjanji akan menjadikan Aleesya sebagai yang pertama dan terakhir dan hanya satu di hati Alif. Begitu juga dengan Syamiera kepada Ikhwan. Namun kepercayaan itu hampir sahaja runtuh apabila satu kisah tragik berlaku.

****

Kisah tu berlaku pada hari sabtu lepas. Aleesya sedang menunggu Alif yang sudah berjanji untuk mengambilnya di lapangan terbang KLIA kerana dia baru sahaja balik dari New Zealand kerana menghadiri simposium perubatan di sana. Namun Alif terlupa. Alif ketika itu sedang berada di pusat membeli belah bersama-sama Syamiera. Aleesya menunggu Alif di KLIA sehingga malam. Namun tidak ada. Dia berputus asa. Dia pun menelefon Ikhwan untuk mengambilnya di KLIA kerana ibu bapanya sedang bercuti di Sabah. Abang-abangnya pula sedang menjalankan tugas di luar negeri.

****

Ikhwan mengajak Aleesya ke sebuah restoran untuk makan malam sebelum mereka pulang. Benarlah kata peribahasa. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Aleesya terjumpa Alif dan juga Syamiera disana. Aleesya benar-benar patah hati. Begitu juga dengan Ikhwan. Alif dan Syamiera yang menyedari kehadiran mereka terus berjumpa mereka dan menjelaskan perkara sebenar. Namun perkara tersebut bukanlah benar.

****

Aleesya begitu kecewa dengan Alif apatah lagi apabila Aleesya juga di tuduh salah kerana keluar dengan Ikhwan. Syamiera biasalah tak hilang sifat gedik miang dia memohon maaf dengan Ikhwan. Malam itu mereka menganggap semuanya telah selesai. Masing-masing memohon maaf namun air yang tenang jangan di sangka tiada buayanya. Begitu juga dengan sifat yang baik jangan disangka baik la peribadinya. Syamiera ada idea lagi hebat apabila baru sahaja mengingati  bahawa Ikhwan ini bekas kekasih Aleesya. Ikhwan dan Aleesya sahaja masih tidak mengingati kisah lama itu. Syamiera hanya berdiam diri merencanakan strategi menghancurkan hidup Aleesya. "Game on" bisik hati kecil Syamiera.

Hello guys. Gosh makin menjadi-jadi perangai Syamiera ni kan? Rasa macam nak cekik-cekik je perempuan ni. Saya yang buat cerita pun kadang-kadang meluat. Serious talk. Apa apa pun, thanks a lot because trust me in this novel. Saya harap dapat la bukukan novel ini nanti. Kalau dapat bukukan jangan lupa beli tau? Cerita akan jadi lagi best dalam buku. Thank you to all my readers. Ily so much. Wait for the next update guys. Don't forget to promote with your friends.

[ON HIATUS] Jodoh Cinta MonyetWhere stories live. Discover now