Bab 9

4.7K 139 16
                                    

Hari berganti hari. Kini tiba hari yang ditunggu tunggu. Hari keputusan SPM. Aleesya begitu gembira dengan keputusan 10A cemerlang itu tetapi tidak bagi Ikhwan.

Ikhwan begitu kecewa dengan keputusannya. Dia hanya mendapat 8A. Dia benar kecewa. "Sudahlah bukan rezeki awak agaknya. " kata Aleesya.
"Tapi Isya selama ini keputusan saya amat baik kenapa menurun?" Kata Ikhwan. "Muhammad Ikhwanshah, hidup kita macam roda. Kadang-kadang tu kita di atas. Kadang -kadang tu kita di bawah. Seseorang yang selalu menang belum tentu seorang pemenang." Kata-kata Aleesya menenangkan hati Ikhwan.

****

Kini 3 tahun pun berlalu. Ikhwan mendapat tawaran menyambung pelajarannya di Univerisiti Teknologi Mara manakala Aleesya berpeluang merealisasikan impiannya menyambung pelajran di Universiti Al-Azhar di Mesir.

Setelah Aleesya graduasi dan telah menamatkan pengajiannya di peringkat Master, dia kini menetap di Malaysia sebagai seorang Doktor di Hospital milik ayahnya. Syarikat Kiara Emas ayah Aleesya telah membina Hospital Kiara Emas ini bersama-sama Hotel Kiara Emas, yang kini diwarisi oleh abangnya, manakala Ikhwan pula telah berjaya mencipta nama sebagai salah seorang CEO Syarikat Perkapalan terbaik di Malaysia. EMERALD SHIP YARD telah menempa banyak nama di Antarabangsa.

Selepas sahaja Aleesya dan Ikhwanshah mengambil jalan masing-masing untuk meneruskan pembelajaran, mereka tidak lagi berhubung kerana sibuk dengan kelas masing-masing. Sehinggakan mereka tidak lagi mengingati antara satu sama lain. Bagaikan kenangan-kenangan mereka itu mati tanpa pengetahuan sesiapa. Mati tanpa mereka sedari.

****

Hari bersilih ganti, nama EMERALD SHIP YARD semakin menjadi salah sebuah syarikat perkapalan yang menjadi pilihan para pelancong di seluruh dunia. Hospital Kiara Emas juga tidak kurang hebat apabila dianugerahkan sebagai sebuah hospital yang amat cekap dan memberikan komitmen yang amat baik.

Aleesya kini masih lagi belum berpunya berbeza dengan Ikhwan yang kembali bersama-sama dengan Syamiera. Dia telah banyak menghabiskan masa dengan Syamiera yang kini seorang model yang terkenal. Syamiera pula amat mencintainya dan mencintai duit Ikhwan. Namun bagi Ikhwan, Syamiera itu hanyalah temannya sahaja.

****

Ikhwan seorang yang tegas dan tidak suka mencampur adukkan hal kerja dan hal peribadi. Namun apa yang menghairankan Mia Pembantu Peribadi Ikhwan, Ikhwan tidak pernah memarahi Syamiera apabila dia datang ke pejabat. Mungkin sudah lali menasihati Syamiera agaknya. Tetapi kehadiran Syamiera yang gedik tu sering kali menyakitkan mata staf-staf Ikhwan. Mereka tidak tahu bagaimana Boss mereka itu sukakan perempuan sedemikian sedangkan Ikhwan itu seorang yang kuat agama.

****

Aleesya pula merupakan seorang doktor yang cantik dan seringkali mendapat perhatian daripada pesakit-pesakit VIP. Dr. Isya itulah panggilan yang diberikan kepada Aleesya apabila dia mengendalikan pesakit-pesakitnya. Dia begitu terhibur jika melihat para pesakitnya gembira. Dia begitu mesra dengan mereka begitu juga apabila bersama dengan Dr. Alif. Mohammad Alif Zaquan bin Haji Ahmad merupakan Doktor Pakar sama seperti Aleesya.

Alif dan Aleesya amat rapat kerana mereka berdua sering ditugaskan untuk melakukan pembedahan bersama-sama. Alif dan Aleesya merupakan doktor pakar di wad kecemasan. Kesibukan mereka bersama membuatkan mereka sering keluar bersama dan Alif sering menemani Aleesya pulang jika bekerja hingga lewat malam. Tanpa Aleesya sedari, dalam diam Alif telah menyimpan perasaan terhadap Aleesya. Begitu juga Aleesya yang menyukai Alif secara senyap-senyap namun terpaksa di diamkan akibat ego masing-masing.

To be continue. Stay tuned. Sorry late update.

[ON HIATUS] Jodoh Cinta MonyetWhere stories live. Discover now