Bab 7

5.6K 200 41
                                    

Sejak Azim pindah sekolah, urusan Ikhwan untuk usha Aleesya semakin mudah. Aleesya pula seronok melihat Ikhwan yang dahulunya sentiasa masam tetapi dengan kehadiran Azim sepupu Ikhwan, Ikhwan bertambah ceria.

Aleesya setiap hari sering mendapat coklat kegemarannya iaitu Ferero Rocher. Dan pelbagai nota yang ditinggalkan dari 'secret admirernya itu' dia naik muak makan coklat-coklat itu. Aleesya dan Adhwa sudah penat untuk memakan coklat tu tiap-tiap hari.

Alessya semakin curiga dengan gerangan yang meminatinya itu, dia ingin menyiasat orang yang sentiasa memberinya coklat itu. Sara mencadangkan kepada Aleesya untuk menyenaraikan nama-nama lelaki yang dia curigai. Seramai 2 orang lelaki yang dia curigai iaitu Azim dan Ikhwan.

Azim sejak dahulu lagi hanya mengenal Aleesya melalui namanya sahaja, namun tidak pernah pernah melihat wajahnya. Apabila telah berpindah ke Kuala Lumpur, dia mulai jatuh hati dengan Aleesya. Namun rasa itu tidak diketahui oleh sesiapa cuma Aleesya curiga kerana Azim sering mendekatinya dan membuatkan dia berasa rimas. Berbanding dengan Ikhwan, Ikhwan merupakan orang yang kini dapat takluki hati sensitif Aleesya itu. Baik budinya, budi bahasanya, tutur bicaranya, gerak gerinya, kepandaian, keaktifan dan paras wajahnya kini menjadi tatapan Aleesya.

Sejak hari itu Aleesya dan Sara sering memerhatikan gerak geri kedua-dua Hamba Allah ini. Namun tidak ada apa-apa yang mencurigakan. Disebabkan itu juga sudah 2 minggu Aleesya tidak menerima sebarang coklat dan nota dari MR X.

****

Sehingga kini Aleesya sudah berusia 17 tahun dan bakal menduduki SPM tidak lama lagi. Dia juga masih belum lagi mengetahui siapakah MR. X. Walaupun begitu dia sering menerima nota daripadanya tetapi tidak menerima sebarang panggilan telefon dan mesej darinya kerana Aleesya sudah menukar nombor telefonnya.

Kejadian Aleesya yg telah menukar nombor telefonnya itu mengundang sedikit kecewa di hati Ikhwan. Namun Ikhwan tidak berputus asa untuk usha Aleesya.

Hari berganti hari, kalau nak dihitung sekuntum bunga ros dan coklat yang Aleesya dapat sudah boleh buat sepasu bunga ros dan muat satu peti ais kecil coklat di bilik Aleesya. Walau pun sudah muak tetapi baginya, rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari. Dia yakin lambat laun dia akan tahu MR.X yang terlalu permurah ini.

****

Hari ini merupakan hari jadi Aleesya yang ke-17 dan juga merupakan hari annual  dinner bagi pelajar tingkatan 5. Setiap pelajar diminta untuk pergi bersama pasangan masing-masing. Azim telah berpasangan dengan Sara manakala Aleesya dengan Ikhwan. Azim dan Sara memilih warna biru sebagai warna pilihan mereka manakala Aleesya dan Ikhwan memilih warna merah jambu. Apabila, Ikhwan menjadi pasangan Aleesya, dia secara langsung memilih warna merah jambu. Aleesya tidak dapat membantah kerana warna pakaian harus ditentukan oleh lelaki. Sungguh Alessya amat benci dengan warna merah jambu. Ikhwan memilih warna merah jambu kerana dia tahu Aleesya amat membenci warna itu. Tetapi dia ingin melihat Aleesya dengan pakaian itu.

****

Hari yang ditunggu-tunggu kini tiba. Mahu tak mahu, Aleesya turutkan jua hatinya memakai pakaian itu. Busananya pada malam itu semuanya dibelanja oleh abang-abangnya memandangkan ibu dan ayahnya iaitu Puan Aziah dan Encik Izwan telah ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan umrah. Abang Aqeem membelikan busana jubah dress yang amat cantik untuk Aleesya. Aareef pula membelikan shawl yang cantik untuk Aleesya manakala Adhwa hanya menghadiahkan Aleesya seutas rantai dan gelang serta beg dompet yang cantik untuknya. Aleesya besyukur sangat ada abang seperti mereka.

Pada malam itu, para pelajar lelaki telah diminta untuk menyampaikan sebuah ucapan istimewa. Setelah beberapa pelajar menyampaikan ucapan kini tiba giliran Ikhwan.

"Bismillah...

Jeng jeng jeng. Apa la agaknya ucapan Ikhwan ni. Hmm hmm hmm. Kita tunggu next update ya. Sorry late update gais. First rasa macam malas nak update but bila tengok feedback pembaca amat baik. Ada mood tetiba nak sambung. Oh gambar kat atas tu bayangan pakaian annual dinner Aleesya. I google je. Okey stay tuned gais.


[ON HIATUS] Jodoh Cinta MonyetWhere stories live. Discover now