Bab 10

2.5K 95 3
                                    

Perangai Syamiera semakin hari semakin menjadi-jadi. Kadangkala dia suka menimbulkan masalah di pejabat Ikhwan. Ikhwan biasalah dia hanya mampu berdiam diri. Hendak dihalau dikata kejam. Hendak dipukul dikata dayus. Ikhwan mati akal.

****

Namun kesabarannya teruji apabila Ikhwan menengkingnya secara tiba-tiba. Daddy Mummynya sahaja tidak pernah menjentiknya inikan pula menengking  keras sepertimana Ikhwan buat. Kejadian ini berlaku sewaktu Ikhwan sedang bermesyuarat dengan pihak-pihak atasan Syarikat Aulia Shipping Repair bagi urusan pembaikpulihan kapal-kapal yang telah rosak. Waktu itu Syamiera baru sahaja balik dari sesi bergambar untuk muka hadapan majalah HOW yang diterbitkan rakannya Hanie yang mmbincangkan cara-cara penjagaan diri dari segi fizikal mahupun mental.

****

Syamiera masuk ke pejabat Ikhwan namun tidak ada kelibatnya. Syamiera bertembubg dengan pembantu peribadi Ikhwan Mia. "Hey perempuan mana boss kau hah?" Dia bertanya dengan kasar. "Encik Ikhwan ada mesyuarat dengan klien sekarang, beliau tidak mahu diganggu sekarang." Kata Mia sambil menyusun cawan-cawan kopi untuk di hidangkan kepada majikannya dan klien mereka. "Kau mesti nak bawa ke tempat boss kau ni kan? Takpe biar aku buat. Alaaa setakat hantar kopi je bukan masalah" kata Syamiera riaknya. Mia menolak. Namun Syamiera bertegas dan merampas dulang tersebut daripada Mia.

****

Syamiera masuk ke dalam bilik mesyuarat dengan angkuhnya tanpa mengetuk pintu. Terkejut Ikhwan dan klien-kliennya. Sebaik sahaja dia masuk dia menuangkan air kepada klien Ikhwan terlebih dahulu. Namun silapnya. Air kopi yang panas itu tertumpah pada baju Mr. Tan dan teko tersebut pula serta-merta terjatuh dan pecah. Mr. Tan meraung kesakitan akibat kopi yang panas itu.

****

Ikhwan yang terkejut akan kejadian tersebut segera memanggil Mia untuk memberikan Mr Tan tuala yang dibasahkan. Namun Mr. Tan menolak dengan amarahnya. "I'm sorry Mr Ikhwanshah but this is to much. If you can't handle your staff to do a small job like this, how am I going to put a lot of trust on you handling with my company. Im really sorry we have to cut off this contract." Kata Mr. Tan dan berlalu pergi.

****

Ikhwan berasa sungguh hina diperkatakan sedemikian rupa. Syamiera segera memeluk lengan Ikhwan memohon maaf. "Apa sentuh-sentuh aku hah?! Hey perempuan kau dengar sini baik-baik. Buka telinga kau tu! Selak rambut kau yang serabai ni!. Kau dengar sini. Mulai hari ni aku tak nak lagi tengok muka perasan cantik kau kat pejabat aku. Aku tak nak lagi tapak kaki lumpur kau tu jejak bangunan syarikat ni. Kau dengar sini. Selama ni aku tak pernah anggap kau lebih dari seorang kawan kalau bukan sebab bantuan ayah kau tak nak aku berkawan dengan perempuan murahan macam kau. Kau kata kau cinta? Pergi la kau dengan cinta kau. Ini bukan kali pertama kau hancurkan hati aku tau. Kau ingat ak tak nampak kau mesra-mesra dengan lelaki lain? Hmm untung sajalah Allah tunjuk dahulu kalau tidak terpaksa aku menanggung dosa isteri yang menipu suaminya." Begitu marahnya Ikhwan kepada Syamiera.

****

Syamiera begitu marah dan sedih dia berlalu lalu memandu keretanya dengan laju sehingga hilang kawalan dan merempuh sebuah pokok. Orang ramai di tempat kejadian menelefon ambulans dan Syamiera dikejarkan ke Hospital. Hospital Kiara Emas.

Eh Hospital apa? Hospital Kiara Emas? Oh wait bukan ni Hospital Aleesya ke? Mungkinkah ini yang dinamakan jodoh kembali? Stay tuned

Hye guys? Miss me? I miss all of my readers too. Thank you for stay tuned and waiting for my update. Sorry baru habis SPM and now I have a month to spend my holiday and I try my best to complete it.

Stay tuned.

[ON HIATUS] Jodoh Cinta MonyetWhere stories live. Discover now