Bab 4

5.4K 155 9
                                    

"Eh siapa lak yang whatsapp aku ni" Kata Aleesya lalu memeriksa telefonnya. "Eh nombor siapa pula ni" bisik hati Aleesya. "Ikhwan ke?"

--------------------------------------------------------------------------

Awak cantik.

-Secret Admirer

--------------------------------------------------------------------------

"Eh siapa pula ni?" Bisik hati Aleesya. Dia langsung tidak dapat meneka pemilik nombor telefon itu kerana hari ini sahaja terlalu ramai yang meminta nombor telefonnya termasuklah Ikhwan. Oleh sebab itu, Aleesya hanya menyimpan nombor itu dengan nama Mr X. Tanda dia tidak tahu siapa secret admirernya itu. Aleesya juga hanya melihat teks itu dan tidak membalasnya tetapi hanya membiarkan mesej itu bluetick.

Baru sahaja Aleesya selesai membersihkan diri, telefonnya berdering lagi tanda mesej dari Whatsapp masuk. "Siapa pula yang kacau aku kacau kali ni? Mr X?" Terkejut Aleesya kerana jejaka itu lagi yang mesej dia.

--------------------------------------------------------------------------

Naik beca keliling bukit,
Sudah baca jangan bluetick.

-Secret Admirer

--------------------------------------------------------------------------

Terkejut Aleesya membacanya. "Eh eh mamat ni suka hati jiwa aku lah nak bluetick ke apa, hak aku, kau tu pehal nak mesej siap secret admirer bagai. Eh eh jangan nak perasan sangat lah. Tunggu lah bila aku dapat kau. Memang kena kau oleh aku." Bebel Alessya sambil berdiri menghadap cermin almari biliknya menyisir rambutnya yang teramat panjang.

"Oi Mak Lampir panjangnya bebelan hang." Tegur abang Aleesya, Adhwa Shahril.

"Eh abang?" Sengih Aleesya.

"Ye abang ni, dari tadi abang dengar orang membebel rupanya adik, abang ingatkan pontianak manalah sedang membebel rupanya adik." Perli abangnya, lalu masuk bilik Aleesya.

"Amboi mulut abang memang takde insurans kan? Sumbat guna sikat ni kang, ha lober mulut abang oleh adik." Balas Aleesya yang selesai menyanggul rambutnya.

"Memang lah siapa tak tekejut tengok adik sikat rambut panjang-panjang dah lah tu pakai baju tidur putih lagi tambah lagi bedak sejuk yang adik tampal kat muka sebiji macam Pontianak tau." Terang abangnya sambil tertawa terbahak-bahak di atas katil adiknya.

Aleesya sudah mula merajuk. Aleesya menyiapkan kerja sekolah lalu duduk atas katil dengan abangnya.

"Adik? Adik? Al? Al? Alaa abang main-main je lah. Al? Jangan buang muka dosa tau!" Pujuk abangnya.

"Hmm yela" balas Aleesya lalu berbaring di paha abangnya.

"Eh Al? Kenapa ni? Adik ada masalahkah? How your first day at new school?" Tanya abangnya.

"Adik jawab yang kedua dulu ya, hmm okey je cuma masih tak dapat sesuaikan diri lagi. Adik duduk kat belakang sebelah lelaki lak tu nama dia Ikhwanshah. Then, tadi kat sekolah waktu rehat adik kena kacau sekumpulan lelaki, adik takut sangat tapi classmate adik Ikhwan datang selamatkan Aleesya. How yours?" Luah Aleesya.

"Who? Me? Tgk kaki lah, first day dah dapat ramai kawan." Kata abangnya dengan penuh bangga.
Muhammad Adhwa Shahril abangnya satu sekolah dengannya tetapi berada di tingkatan 4 dan merupakan pelajar cemerlang PT3 di sekolah lama mereka dahulu. Abangnya juga berada di kelas 4 Delima yang boleh dikatakan kelas tip top dan mengambil aliran sains tulen. Dia ada menerima tawaran ke MRSM namun ditolak kerana tidak ingin berjauhan dengan keluarga. Keluarganya juga menurut sahaja.

"Adik ada masalah kah?" Tanya abangnya lagi.

"Ada orang mesej adik." Kata Aleesya lalu menunjukkan mesej itu kepada abangnya.

"Wuu ada secret admirer lah, pandai berpantun pula tu. Ala sabarla ya sayang, abang rasa dia ni nak usha adik je lah." Pujuk abangnya.

"Tapi adik tak selesa lah dia kacau adik." Terang Aleesya.

"Abang sarankan adik jangan lah layan dia, selagi dia tak jujur siapa diri dia. Dah jangan sedih-sedih esok Ibu dan Ayah bawa ke Popular bolehlah kita cari buku rujukan dan novel. Abang dah lama tak baca novel ni" Kata Adhwa.

"Popular?! Okay set. Kebetulan esok hari sabtu." Teruja Aleesya dengan abangnya. Dia tahu, abangnya itu sekepala dengannya, terutama bab novel memang sekepala. Itu lah salah satu sebab kenapa dia amat menyayangngi abangnya itu.

Sedang mereka sibuk ketawa dan bercerita setelah selesai makan itu, mereka berdua dikejutkan dengan deringan lagu Masih Perlu dari Tasha Manshahar yang menjadi ringtone Aleesya.

"MR X?!" Serentak mereka menyebutnya.

Hi readers, sorry for the late update, otak baru dapat berhubung dapat idea hahaha. Tapi kenapa pula Mr. X tetiba call Aleesya?

Wait for the next update gais

[ON HIATUS] Jodoh Cinta MonyetOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz