0 2 ; unfounded memories

58 11 42
                                    

•••

« youngmi »

" Oppa."

" Ye Youngmi." sayup suara abangku, Younghoon di hujung talian.

" Petang tadi adik jumpa bunga." bunga tulips kering yang aku jumpa di atas almari aku kuis dengan kuku. Segala debu yang melekat aku suruh roommate baruku tolong bersihkan. Sengaja aku gunakan card allergic supaya dia patuh dengan permintaanku.

Dan tak sangka dia menurut walaupun aku dilabel perempuan mengada.

" Bunga apa? Adik beli ya?" tekanya.

Aku sengih. Satu kuntum tulips aku cabut dari tangkai. Sengaja mahu belek lebih dekat.

" Tulips, jumpa dekat atas almari. Cuma dah kering." satu kelopak aku cabut.

" Oh buang je la macam tu. Simpan lama lama nanti reput. Jadi sampah." balas Younghoon.

" Hoksi, adik suka tulips ke dulu?" soalku. Penuh ingin tahu.

Sepi seketika talian. Aku letakkan petal bunga ke tepi. Telefon aku sentuh bagi mematikan Younghoon masih berada di talian.

" Oppa?"

" Nae? Sorry oppa sibuk sikit ni. Youngmi tanya apa sayang?"

" Oppa tahu kan adik cuma ada memori sampai sekolah je. adik cuma nak tahu, dulu adik suka tulips ke?" soalku, kali ini pakej penerangan lagi.

" Aniyo, Youngmi tak suka bunga. You love dark chocolate. Oppa ingat lagi kita pernah berebut coklat tu dulu." celotehnya.

Aku terdiam sejenak cuba mengingat perkara yang tiada. Entahlah, memori lepas yang aku ada pun semuanya samar samar, hitam dan putih. Aku sendiri tak pasti semua scenario yang diceritakan oleh Younghoon adalah memori atau imaginasinya sendiri.

Semuanya kerana kanser otak yang dipanggil glioblastoma aku hadapi beberapa tahun lalu. Selesai sahaja pembedahan, aku koma selama bertahun tahun lamanya.

Seperti miracle, sedar dari lena yang tak indah, aku sembuh sepenuhnya dari penyakit itu. Hasilnya aku kehilangan memori dan mendapat satu parut panjang di dahi yang aku sembunyikan di sebalik bangs.

Sekarang umurku mencecah 29 tahun tetapi aku masih bergelut untuk menggengam segulung ijazah. Semuanya kerana Younghoon memujukku untuk sambung belajar walaupun aku hampir 30an.

Katanya menuntut ilmu tiada had umur. Aku pun iyakan sahaja.

" Youngmi dah makan ubat? Aha, bukan ke ada housemate yang pindah masuk harini?" soal Younghoon.

Aku sengih sendiri. Teringat akan sang roomie membuatkan hidupku berbunga walaupun tak sampai 24 jam berada di bawah bumbung yang sama. Bukan sebab suka ke apa, tapi aku dah tak rasa sunyi lagi!

" Ay, tengah blushing ke? Baru tanya pasal housemate dah senyap. Okay tak? Dia layan adik baik tak? Kalau tak oppa nak rembat kepala dia." ugutnya diselangi tawa.

Aku tergelak. Earpods di telinga kanan aku betulkan.

" Tak baik la, roommate adik baik je. Cuma bila adik tanya dia nama apa, dia taknak jawab." luahku kecewa. Tak faham kenapa lelaki yang aku gelarkan ahjusi taknak aku tahu namanya apa.

" Bukannya nak santau ke apa, nak tahu nama pun susah. Last last adik panggil dia ahjusi. Senang." sambungku sambil tarik muncung.

Buku rujukan aku ambil dan buka ke halaman yang telah ditanda. Satu highlighter aku cabut penutup lalu sambung membaca sambil berbual dengan Younghoon.

" Ahjusi? Dia lelaki?!" suara Younghoon naik seoktaf. Aku berkerut. Sakit telinga, sudahlah aku dengar suara Younghoon melalui earpods.

" Ye, tapi gaya dia macam orang gay. So takpe la kot. Takde maknanya nak mengorat aku." selamba aku membalas.

Dah atas bawah pink, kukunya pun jauh lebih berkilat dari aku yang perempuan. Feminin sangat! Macam mana aku tak fikir pelik.

" Oh takpe la macam tu. Cakap kat dia jangan bawak balik scandal."

" Yelaah-" aku angguk angguk perlahan. Highlighter aku campak ke tepi lalu capai pen. Mencatit maklumat yang kelihatan penting ke sticky note.

" Dia tak marah ke adik panggil ahjusi?"

" Entahlah, takde pulak dia hempas kepala adik kat dinding bila adik panggil dia macam tu." ujarku sambil selak ke muka surat sebelah.

Younghoon tergelak kecil.

" Okay la dik kalau macam tu. Jaga diri, jangan skip ubat tau! Bila free nanti oppa singgah."

" Nae."

Selesai farewell pada Younghoon. Aku cabut earpods dari telinga. Buku rujukan aku tutup. Malas nak study. Sekarang malam hujung minggu, jadi orang gila je yang study. Mataku terpandang pada bouquet bunga tadi.

Buang? Entah kenapa separuh aku mengatakan tidak. Akhirnya aku gantung bunga itu di belakang pintu. Kes selesai!

Jam menunjukkan sebelas malam. Untuk aku yang bergelar student, masih awal untuk tidur. Tekak mendamba hidangan kluster bawahan yang dipanggil ramyeon. Umph-, tambah pula marathon kdrama Dr Romantic 3. Meletops malam aku.

Prang!

Kedengaran kaca berderai ke lantai. Lantas aku memaut anak tangga. Cemas.

" Siapa tu!" jeritku lantang. Selari dengan kaki melangkah turun ke bawah.

Setapak demi setapak, kelihatan susuk hitam di dapur, sedang membongkok. Seperti perasan dengan kehadiran aku, entiti itu berdiri dan menghala ke tangga. Aku terkejut besar sehingga terjelopok ke tangga.

" Aghhh-!" aku menggelupur ketakutan. Sedar sedar sahaja aku sudah mengelongsor sehingga ke anak tangga terakhir.

Entiti itu berdiri tegak di hadapan aku. Semakin kuat aku melalak cemas. Ditolak tolaknya susuk itu menggunakan kaki bertubi tubi.

" Hey Youngmi! Auch! Sakitlah!"

Aku berhenti meracau. Mata aku kecilkan supaya mudah mengecam susuk itu. Aku mengeluh lega. Lupa pula fakta aku sudah ada roommate. Sudah terbiasa duduk seorang diri punya pasal.

" Aishh- ahjusi." aku mengurut dada. Sumpah rasa macam baru lepas survive serangan jantung.

" Kau kenapa menggelupur macam kena rasuk?" lelaki itu mencangkung dia hadapan aku.

Aku merengus kecil. Bahunya aku tolak sehingga dia jatuh terduduk. Dia ternganga dengan tindakanku.

" Michinnya?! Kau punya pasal lah! Kau buat apa dalam gelap, pakai baju hitam lagi? Kau nak rompak rumah ni ke gila!" bentakku. Ketakutan masih lagi bersisa.

Lelaki itu merenungku. Lama. Kemudian dia berdiri tegak. Sebelah tangan dia hulur. Tetapi biasalah seketul Youngmi yang ego. Mentah mentah sahaja aku tolak tangan si ahjusi ke tepi.

" Kau buat apa? Kenapa tak tidur lagi?" suis lampu antara ruang tamu dan dapur aku petik. Serta merta seluruh rumah diterangi lampu.

Barulah aku nampak ahjusi tadi mengenakan seluar hitam berserta baju panas turtle neck berwarna hitam. Rambut pinknya menutup dahi. Blackpink sangat!

Dan wow, hot ahjusi!

" Aku tak boleh tidur. Tempat baru kut." dia melutut di tepi kabinet lalu mengutip serpihan kaca yang berderai.

Penyapu dan penyodok dari ruang laundry aku ambil lalu aku letak di tepinya. Punggung aku labuhkan pada kerusi, merenung pergerakannya mengutip kaca.

" Ahjusi."

" Hm?" serpihan kaca yang berada di dalam penyodok dia buang ke dalam tong sampah. Kepala dia paling ke arahku.

" Mana kau tahu nama aku Youngmi?"

•••

roomie.Where stories live. Discover now