2 3 ; pretzels & strawberry

49 12 59
                                    

•••

« youngmi »

Pintu almari yang menempatkan bahan bahan mentah dibuka. Berkobar kobar semangat di dalam hati mahu melakukan surprise untuk yang tersayang. Dalam kepala sudah berzikir beratus kali resepi pretzels, roti kegemaran Younghoon.

Kepala yang tidak gatal digaru. Aik? Kenapa kosong? Tak cukup itu, peti sejuk turut dibuka. Ada bahan yang ada, ada bahan yang tiada.

Jam di dinding dijeling sekilas. Masih berbaki tiga jam sebelum Younghoon pulang ke rumah. Aduhh- mesti tak sempat punya. Beli barang pun dah memakan banyak masa.

Baru nak bersedih masa tak merestui suprise yang aku mahu lakukan. Ting! Terbit satu idea sweet sawit manis bikin kencing manis dalam kepala.

Scenario aku dan Younghoon menguli doh dan membakar roti bersama sama terbayang di fikiran. Bagaimana lelaki itu bakal membantu serta mengusikku. Dan Younghoon calitkan tepung di hidungku.

Hish! Delulu lagi Mimi!

Lekas purse dan telefon bimbit dicapai. Tidak dilupa juga troli beroda untuk angkut barang. Selesai mengunci rumah, langkah diatur menuju ke kedai runcit terdekat.

Bahan bahan yang diperlukan ambil lalu letak di dalam troli. Tiba di kaunter pembayaran, aku keluarkan semua barang untuk diimbas. Sabar aku menanti.

Beberapa keping duit dihulur. Usai pembayaran, aku sunbat semuanya ke dalam troli khas dari rumah untuk shopping. Maklumlah, beg plastik tak disediakan, kerajaan sedang risaukan isu penyu tercekik gara gara sangkakan beg plastik adalah obor obor.

" Dik."

Melayang fikiranku pada penyu. Senyuman mesra diukir pada wanita separuh abad yang menjaga kaunter pembayaran.

" Ye?"

" Sorang aje datang sini?" soalnya ramah.

Kepala diangguk. Mungkin wanita ini sengaja berbasa basi memandangkan tiada customer di kedainya sekarang selain aku.

" Haah, husband kerja. Kenapa ya?" soalku sehingga selesai pindahkan barang ke dalam troli.

" Ohh- adik baru pindah ke? Ahjumma tak pernah tengok adik datang beli barang kat sini."

" Dah setahun lebih, cuma saya jarang keluar rumah." jawabku senang.

Ulas bibir tua itu dikemamnya. Seperti teragak agak mahu memberitahu sesuatu. " Sebenarnya, daerah kita sekarang ni tak berapa selamat macam dulu. Adik tahu tak?"

" Tak, tahu apa ni ahjumma?" tertanya tanya aku sendiri. Nak buat macam mana, semenjak sakit aku jarang ambil tahu hal luar.

Sekarang dah sihat sikit barulah aku larat nak berjalan jalan di sekitar kejiranan aku.

" Adik kena hati hati. Desa yang kita tinggal ini tempat pembunuh bersiri merayau, sampai sekarang polis tak dapat jejak siapa. Orang panggil head hunter, sebab tiap tiap minggu mesti ada kepala yang hilang."

" Kepala?" keningku bertaut, tidak percaya dengan cerita yang didengari.

Bersungguh dia mengangguk. Penuh serius wajahnya cerita bagaiman adik sepupunya punya jiran dan anak kepada jiran itu menjadi mangsa. Melalui penceritaannya, anak gadis jiran yang baru sahaja graduate menjadi mangsa. Jasad ditemui di tepi laut tetapi kepala sudah bercerai dengan badan. Sehingga kini kehilangan kepalanya menjadi misteri.

" Heol- takutnya dengar." reroma lengan terasa berdiri tegak aku usap.

" Itulah, seram jugak." suara pelanggan lain di sebelahku membubarkan aktiviti spill tea tadi. Segera aku meminta diri sebelum heret troli keluar dari peremis.

roomie.Where stories live. Discover now