0 6 ; tulips, the novel

46 14 44
                                    

•••

« youngmi »

" Takde pun."

Bersungguh sungguh aku layankan curiosity yang sudah seminggu menghantui aku. Novel bertajuk Tulips itu langsung aku tak jumpa. Tak kira di pasaran online ataupun walk-in. Tetap tiada.

Nak tanya New aku segan lagi. Jahat betul New ni. Macam tahu tahu aje aku tengah curious dengan novel itu, terus dia sorok dari aku. Tambah pula malu aku untuk berdepan dengannya masih belum surut. Hish! Panas muka bila teringat!

" Uit, busy buat tuto ke?" bahuku dicuit Aeri. Lantas gadis itu mengambil tempat bersebelahan denganku.

" Tuto? Kita ada tuto ke?" sebelah keningku terjongket.

Aeri tergeleng mendengar soalanku. Lalu dia menyenaraikan sembilan tutorial yang harus submit sebelum minggu ke-empat bermula. Sembilan tu banyak hoi! Kenapa aku tak tahu ni? Dalam kelas aku tidur berdengkur dekat belakang ke?

" Ish, sem depan dah latihan industri. Tuto amendenya lagi? Dengan thesisnya bertingkat. Rimaslah kerja banyak! Lecturer pun ingat kita tiap masa buat tuto ke?" omelku geram.

" Itulah, nak tak nak kena buat. Carry maks kita 60 percent. Tak kejar rugilah tak dekan lagi sem ni." balasnya sambil membuka lid laptop.

Cis, budak pandai! Storage otak berjuta gigabyte. Cakap senanglah! Tabs website bookstore aku tekan pangkah. Perhatianku beralih pada penyiapan segala jenis tutorial yang disebut oleh Aeri. Baru selesai tiga soalan tutorial, fikiranku melayang memikirkan novel bertajuk Tulips itu sekali lagi.

Tak boleh jadi, makin dibiarkan makin teruk curiosity membelenggu hidup aku. Masakan tidak, tak dekan aku semester ni.

" Aeri."

" Asal? Lapar lagi ke?" duga gadis itu. Cermin mata menapis blue light yang tersangkut pada hidung dia betulkan.

" Taklah, kau ni. Bila aku seru nama kau sikit kau cakap aku lapar." rungutku perlahan.

" Mimi, dah tiga kali tau kau seru aku ajak singgah cafe. Ini baru tengah hari. Belum petang lagi." tiga jari dia layangkan kepadaku. Matanya masih melekat pada laptop.

" Tapi kau jangan risau, ada satu kafe baru tepi library. Nanti aku bawak kau pergi situ." gadis itu senyum simpul. Memahami apa yang organ aku yang dipanggil perut rasa.

" Aniyo, aku nak cakap benda lain." tiga jarinya aku tepis perlahan. Barulah gadis itu angkat kepala dan ada eye contact antara kami.

" Asal, benda apa yang kau nak cakap tu?"

" Pasal novel."

Laju gadis itu turunkan lid laptopnya. Cermin mata turut dia tanggalkan dan letak ke tepi. Perhatian seratus peratus diberi kepadaku. Amboi, baru sebut novel auto semangat penghulu fans fictional characters ni.

" Wae? Kau nak tanya taste novel aku apa ke? Animyeon, kau nak belanja aku novel baru?" bersinar sinar mata gadis itu, persis menang loteri.

Aku sengih, macam ada harapan Aeri bakal membantu.

" Haah, dengan syarat kau kena carikan aku something." pancingku. Dengan harapan umpanku ini dimakan olehnya.

Tanganku dipautnya lembut. Senyuman semanis gula dia ukirkan kepadaku. Aeri ni, pantang betul. " Apa dia? Cakap cepat. Aku sanggup buat semua yang kau suruh Mimi."

" Carikan aku novel. Tajuk dia Tulips tak silap aku. Ada satu kuntum tulips kuning dekat cover dia." terangku. Dengan harapan clue yang diberi dapat membantu.

" Mimi." lembut Aeri memanggil.

" Nae?"

" Itu je ke detail?"

Polos aku mengganguk. Serta merta Aeri melarikan tangannya. Glasses blue light tadi dia pakai semula. Badan dia pusing menghadap laptop. " Never mind, lupa pulak aku ada kawan twenty nine but sixteen."

" La, kenapa pulak? Kau tadi cakap boleh?" aku merengek perlahan. Dah kalau pakar buku cakap tak boleh, aku nak harapkan pada siapa? Diri sendiri yang buta huruf ni? Lambert lagi!

" Kau ingat ada satu jenis buku je ke tajuk macam tu? Beribu la Mimi! Itu belum aku tahu lagi hangul atau english! Tak dekan la aku nak carikan buku kau aje." bebel Aeri. Kuat jemarinya menaip pada keyboard. Macam bengang pun ada.

Aku memuncungkan bibir. Haih-, umpan aku nampaknya dimuntahkan semula. Kesian curiosity aku.

--❦︎--

Aku pandang kiri, aku pandang kanan. Kemudian aku sengih sendiri. Yes! Line clear! Laju aku memecut ke bilik New. Sekali lagi aku memastikan tiada siapa di dalam rumah ini walhal hanya ada aku seorang sahaja.

New? Selalunya dia pulang jam 9. Syukurlah kelas petang ni cancel. Rezeki aku dapat pulang awal dan selongkar almari New.

Ops! Pembetulan, bukan selongkar tapi mencari. Kan lagi proper bunyinya.

Dari almari, kemudian setiap tingkat rak buku milik New, sehinggakan katil lelaki itu aku menggeledah. Sayangnya barang yang dicari langsung takde jejak. Kuasa apa la lelaki pink itu guna untuk tutup pandanganku dari lihat novel tu. Apa yang aku dapat hanyalah penat.

" Mana ya bendalah tu?" aku garu kepala. Basah rambutku dengan peluh memandangkan pendingin hawa ruangan ini aku tak hidupkan. Kantoi nanti jenuh aku nak menjawab.

Akhirnya aku give up. Aku pasti New bawa buku itu bersama. Dengan berat hati aku terpaksa mengecewakan curiosity yang melanda. Sabarlah duhai curiosity, siapa suruh curious! Lekas aku kemas semula segala sepah pencarian takde hasil aku ni. Haish, kecewa sikit.

Plushie hello kitty yang tergolek di tepi kaki katil aku hampiri. Badan aku bongkokkan 90 darjah bagi memudahkan aku kutip plushie kecil itu. Tetapi ada sesuatu yang lebih menarik perhatianku.

" Apa ni?" soalku perlahan.

Satu kad bersaiz segi empat tepat aku capai. Plushie itu aku biarkan di lantai. Keningku bertaut, bersungguh aku meneliti tulisan berangkai yang tercoret di situ. Mulalah aku paksa overthinking aku bekerja.

" I have always found fiction more attractive than real life." sepatah demi sepatah aku sebut. Maklumlah English aku level budak sekolah je. Nak buat macam mana, aku lupa semuanya.

Pusing sahaja kad itu ke belakang, barulah aku tahu kad ini digunakan sebagai penanda. Penanda buku bagi novel bertajuk Tulips. Nama pengarang seperti yang diminta oleh Aeri tiada pula pada kad itu.

Aish! Aku stress!

Ding! Dong!

Maka kalutlah aku campak segala barang hak mutlak New ke tempat asalnya. Penanda tersebut aku sumbat ke dalam poket seluar lalu berlari ke luar. Skrin interkom aku tekan. Mahu melihat gerangan siapakah yang datang melawat.

Figura itu mengukirkan senyuman manis seraya menunjukkan bekal yang dibawa bersama. Senyumanku melebar.

" Oppa!"

•••

roomie.Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu