2 8 ! ; don't blame me

55 11 70
                                    

•••

« youngmi »

Sedar sahaja dari pengsan aku sudah berada di atas katil. Hanya selimut tebal melindungi kulit tubuh yang tidak diliputi satu jenis urat benang. Perutku pula berbalut kemas. Tahulah aku Younghoon sudah merawatku semasa pengsan.

Aku tersandar lemah pada kepala katil. Sempat aku betulkan selimut supaya tubuhku tidak terdedah. Penglihatanku boleh dikatakan semi kabur. Mungkin aku kehilangan terlalu banyak darah. Anak mata melorot jatuh pada sesuatu yang berbalut disebelahku.

Cecair masin mula tumpah dari kolam mata.

Segumpal daging.

Berbalut tuala dan terletak elok disebelahku.

Bentuk kejadiannya masih belum sempurna.

Saiznya hanya sebesar buku limaku,

atau lebih kecil.

Jadi benarlah aku sudah keguguran sewaktu aku pengsan.

Menggigil tangan yang masih cuba untuk capai tuala yang membalut tubuh si kecil itu lalu diletakkan di atas riba. Jemariku naik mengusap tiap lekuk kejadian si kecil itu.

Walaupun kewujudan si kecil ini tanpa kerelaanku, tetap jatuh rasa kasih seorang ibu.

Lengkung seperti membentuk wajah manusia aku usap dengan penuh kasih. Air mata terus menerus menitis ke pipi.

Si kecil, anak mama.

" It looks like five weeks of pregnancy, why didn't you tell me sooner?"

Aku tersentak kecil. Tidak sedar Younghoon sudah lama bersandar di dinding bilikku. Dia melangkah ke mari setelah anak mata kami saling berlaga. Bibir kuketap erat. Menahan amarah yang kian melahar.

" Kau bunuh anak aku." tuala yang membalut si kecil aku genggam erat.

" Dia anak kita Mimi, anak kita." pujuk lelaki itu. Punggungnya berlabuh di birai katil lalu mengesot merapati. Pandangannya jatuh pada si kecil yang ada dalam pelukanku.

" Kau bunuh anak aku!" aku tempik bagai orang hilang akal. Cuba meronta supaya Younghoon menjauhkan tetapi sakit akibat ditikam dan keguguran pada masa yang sama membataskan segalanya.

Ibarat double kill.

" Darling, please I didn't mean to. Saya cuma nak bagi awak pengajaran. Please believe me darling. I did it because I love you. Saya bukan sengaja Mimi." lirih Younghoon merayu. Tangan kasarnya menangkap kedua belah kakiku supaya aku berhenti menerajang.

Si kecil aku dakap dengan penuh posesif. Mencerlung aku tenung Younghoon, bagaikan mahu tembus tubuhnya.

" Mimi please. Kalau Mimi beritahu awal awal, oppa tak buat macam tu. I swear I didn't know." rayunya penuh bersungguh sungguh. Riak penyesalan ditayang padaku.

" Still it's all your fault! Kau bunuh anak aku. Kau- kau-" aku hilang kata kata saat pandanganku jatuh pada si kecil di riba. Membuatkan sebak yang tersimpan di dada semakin menjadi jadi.

roomie.Where stories live. Discover now