1 6 ; traumatic love

58 13 77
                                    

•••

« youngmi »

Kelopak mata aku buka perlahan. Perkara pertama yang aku rasa adalah tekakku sakit. Mungkin penangan intubasi, senang cerita tiub bantu pernafasan dijolok ke trakea. Pandangan yang kabur pada mulanya lama kelamaan semakin jelas.

Ekor mata dapat menangkap susuk seseorang sedang berada di sampingku. Wanita memandangkan rambutnya mengurai panjang sehingga ke dada. Aku hairan sendiri, siapa dia?

Samar samar aku dapat menangkap senyuman jahat yang terlekuk di bibirnya. Tangannya diangkat lalu membelai lembut rambutku. Kepalaku yang berbalut turut dicium lembut sebelum dia berdiri tegak.

Hanya bebola mata sahaja bergerak selari dengan pergerakan wanita itu. Jari runcing miliknya mencapai satu alatan tajam yang diambil daripada troli yang menempatkan semua alat rawatan. Satu scaple digenggam erat lalu diangkat tinggi.

Zapp! Darahku merecik ke merata tempat tatkala pisau bedah itu menikan dadaku.

Nafas mula terasa sesak. Tangan aku gerak cuba untuk mendapatkan bantuan. Sayangnya aku kekurangan tenaga teranat sangat. Mahu menjerit langsung aku tak berdaya. Akhirnya hanya tubuh menggelupur kesakitan. Membuak buak darah merecik keluar. Pandangan pula kembali kabur gara gara tekanan darah jatuh mendadak.

Susuk wanita itu masih ada, sedang tersenyum sinis sebelum kelopak mataku tertutup rapat. Bingit telinga menangkap bunyi defibrillator berbunyi nyaring. Hanya air mata yang mengalir keluar tanpa dapat kukawal.

Menanti bila bila masa kematian menjemput, sungguh seksa.

" Youngmi!"

Aku tersentak dari lena yang panjang. Termengah mengah aku menghela nafas. Susuk lelaki yang berada di samping membuatkan aku jadi ketakutan sendiri. Dia cuba menyentuh, aku pula menepis. Cukup untuk trigger trauma yang aku sendiri tak tahu akan kewujudannya.

" Kyaaaaa!"

Jatuh selimut bantal gara gara aku meronta. Memori maruahku hampir dinodai terlayar di fikiran. Menjadikan aku bertambah takut. Terjerit jerit aku menyuruh susuk itu pergi.

" Pergi kau! Pergi! Jangan sentuh aku! Setan!"

" Youngmi aku ni!"

" Aku benci kau Kevin! Pergi!"

" Nurse!"

Seterusnya aku tak pasti apa yang berlaku. Pergerakanku dikunci sebelum pandangan semakin berpinar. Tubuhku dibaringkan sebelum aku hilang kesedaran.

--❦︎--

« chanhee »

Empat jam selepas Youngmi sedar, aku langsung tidak dapat lelapkan mata. Melalui jendela, aku dapat lihat langit sedang bertukar warna, menandakan hari sudah pun siang.

Aku menggeliat kecil seraya berdiri. Penat berjaga semalaman memerhatikan Youngmi. Selepas bangun dari pengsan dia seperti hilang kewarasan. Aku panggil nurse untuk suntik ubat pelali, terus pengsan semula.

Langkah aku atur ke arah tandas berdekatan. Selesai membuang apa yang patut, aku hampiri singki. Wajah tampak turun seri sedikit. Eyebag berkilo, tambah pula lingkaran gelap di sekeliling mata. Kulit pipi nampak kusam. Buat penat aje jaga sleeping schedule.

roomie.Where stories live. Discover now