2 5 ; secret garden

44 11 60
                                    

•••

« youngmi »

" Rajinnya oppa!"

Teruja aku lihat Younghoon yang sibuk bercucuk tanam. Tanah yang bercampur rumpai digembur menggunakan penggembur tangan. Rumput rumpai dicabut dan dia campak ke tepi. Bersinar sinar aku perhati kegiatan Younghoon. Jakun melampau.

" Mimi nak ambilkan biji benih boleh tak?" pintaku manja.

" Takpe, oppa boleh ambil sendiri nanti." balasnya seraya mengelap peluh.

Aku yang duduk bertinggung pada mulanya lekas berdiri tegak. " Mimi nak tolong oppa ni, oppa nak biji benih apa?"

" Fine, mana mana yang Mimi suka." sempat dia menoleh lalu mengenyitkan mata padaku.

Bibir ditekup, muka mula terasa berbahang. Smooth sangat aih.

Tidak membuang masa, langkah diatur menuju ke bangsal. Stor yang dimaksudkan oleh Younghoon. Pintu kayu ditolak, serta merta ruangan gelap bangsal itu diterangi cahaya. Bauan bangkai menusuk hidung, segera aku tutup rongga pernafasanku dengan baju.

Busuk!

" Tikus mana pulak mampus dalam ni." gumamku sebelum redah masuk.

Lagi cepat aku jumpa biji benih, lagi cepat settle!

Teliti setiap sudut bangsal diperhati. Penuh dengan habuk dan sarang lelabah, mungkin Younghoon lupa nak bersihkan sebab mood nak berkebun tiba tiba datang menyinggah. Ini pula kali pertama aku jejak kaki ke sini, jadi aku tak pelik kalau bauan tak menyenangkan menyebar.

Ralit memerhati, tidak sedar kaki kananku terlanggar sesuatu. Kepala ditunduk dan aku lihat objek berbentuk sfera berbalut plastik hitam berada di kaki.

Curious! Baru sahaja aku mahu ambil dan belek, kedengaran pintu bangsal dihempas dan dikunci dari dalam. Bahuku terloncat, pandangan serta merta kelam.

" Younghoon?" aku berpusing ke belakang. Ada susuk berdiri tegak di depan pintu.

Melalui cahaya yang samar samar menerobos masuk melalui lubang dinding kayu bangsal, aku dapat lihat dengan jelas rambutnya bukan hitam. Tetapi blonde.

Ah sudah-

" Aw- awak- hati perempuan?" resah aku menyoal.

Dia tidak menjawab, malah merapati aku pula. Kalut aku mengundur sehingga tersandar pada rak usang di belakangku.

" Saya New lah."

" Awak nak hati saya ke?" tangan aku silangkan pada dada. Sebagai langkah berjaga jaga.

Sudahlah aku takde sebarang alat pertahanan diri.

Dia senyum gatal lalu menggeleng.
" Saya nak awak."

" Kau nak aku?!" cemas aku rapatkan diri pada rak dibelakangku. Sebelah tangan cuba meraba apa apa objek yang boleh dijadikan senjata.

" Bukanlah! Kau ni boleh tak bagi aku habiskan ayat!" kata ganti nama diri lelaki itu turut berubah. Sengaja nak tiru aku agaknya.

" Pastu kau nak apa? Mana kau tahu rumah aku kat sini? Entah entah kau head hunter!" aku ambil langkah drastik, gunting pangkas yang sempat aku capai ditala pada lehernya.

" Youngmi-" lembut New sentuh pergelangan tanganku lalu alihkan gunting itu dari lehernya.

Mataku membuntang, membuatkan rasa waswas meningkat mendadak. Lenganku yang disentuhnya aku tepis dan sekali lagi gunting diacu ke lehernya, lebih rapat. " Kau siapa New?"

roomie.Where stories live. Discover now