1 9 ; playing it cool

45 13 30
                                    

•••

« youngmi »

" Kau ada masalah ke Mimi?"

Diam. Fokusku masih berada pada gula gula kapas pemberian unknown. Tiba tiba ada seorang pelajar hulur kepada aku. Katanya apology gift dari seseorang. Aku tak pasti dari siapa. Mungkin New. Tapi New tak tahu apa salahnya dengan aku.

Sir Kevin? Mungkin juga, selepas aku tahu aku ada sejarah silam tak baik dengannya, langsung aku jarakkan diri. Aku pasti dia notice, tetapi apa boleh buat. Dia mendekat je aku lari. Paranoid punya pasal.

Tetapi memori itu hanya New sahaja yang tahu. Aku tak berani cerita pada Aeri memandangkan gadis itu mula kamceng dengan Kevin.

" Mimi! Aku tanya kau ni. Menung pulak. Kau bukan Mimi kan? Mimi aku mana? Mana kau sorok perempuan aku tu!" Aeri goncangkan bahuku supaya aku sedar diri.

Terhuyung hayang aku. Berpinar seketika pandangan sebelum wajah risau Aeri lama kelamaan bertukar jelas. Aku hanya sengih kerang busuk sahaja.

" Takde papelah."

Aeri mencekak pinggang. Masih tak puas hati dengan aku. Aku pula larikan pandangan. Gula gula kapas yang masih berbungkus itu aku campak ke dalam tote bag. Jarum jam sudah berada di angka lima, kelas malam pula batal. Jadi aku boleh pulang awal.

New balik lambat, so yeahh. Me time lagi.

" Cerita jelah, kau peram sorang buat apa? Ada emas ke dalam mulut tu sampai berat sangat nak bukak mulut?" sindir Aeri, geram benar aku taknak cerita masalah dengannya.

Aku kekal diam. Segala barang stationary yang diguna untuk siapkan assignment turut disumbat ke dalam beg.

" Takpelah, aku sangka kita kawan. Siapalah aku pada kau, aku dah tak penting dalam hidup kau." ayat pasrah dihambur supaya aku mengalah.

Aku berdecit, tak suka dengar apa yang Aeri cakap. Bila keikhlasan aku dipersoalkan, aku yang ikhlas pada mulanya jadi tak ikhlas. Akhirnya aku memberi respon yang yang dimahukan Aeri.

" Aku cuma penatlah Aeri, midterm nak dekat kan?" aku beralasan.

" Aleh, macam kau sorang je midterm. Aku ni? Tak stress pulak? Cepatlah Mimi, kau cerita je. Kau ingat aku kaki judging ke hah? Rahsia kay selamat denganku" desak Aeri. Siap buat gaya kunci mulut lagi.

Aku keluh perlahan. Kalau bukan sekarang, bila lagi Aeri nak tahu. Lebih lebih lagi sejarah silam aku dan Kevin.

" Aku tunang Kevin."

Gadis itu diam. Mata bundarnya lama kelamaan membulat.

" What the hell! Kevin Moon? Sir kau yang delulu tu ke?!"

Aku senyum lalu angguk. Air kotak teh bunga Aeri keluarkan dari tote bagnya lalu diletak di depanku. Bibit bibit sesi tumpahkan tea bakal bermula.

Akhirnya, hanya cerita aku tunang Kevin serta childhood friend kepada Chanhee saja yang terluah. Sebaliknya sejarah buruk yang benar benar menghantui hanya pecah di perut sahaja.

roomie.Where stories live. Discover now