2 9 ; farewell

51 12 75
                                    

•••

« chanhee »

Pak!

Belakang tubuh terasa perit. Lemah anak mata digerakkan walaupun kelopak mata masih terpejam rapat. Perlahan aku cuba membetulkan posisi badan yang sedang menindih tangan kiri.

Pak!

Sekali lagi kesakitan yang sama singgah ke belakang tubuh. Aku menyerigai sedikit.

" Hey, Chanhee-" sayup sayup satu suara feminin memanggil dalam keadaan berbisik.

Lesu aku mencelik. Samar samar cahaya yang masuk ke dalam iris. Kepala terasa pusing saat aku cuba bangun daripada pembaringan. Baru aku perasan pergerakan kedua tangan dan kaki terbatas. Aku pandang ke arah kaki, ternyata cable tie membelit di situ. Meninggalkan kesat jerutan.

Tangan apatah lagi.

" Hoi malaun pink! Bangunlah!" jerit suara halus itu, tetapi masih dalam keadaan berbisik. Serentak itu satu batu melantun di kepalaku.

" Ark!" aku sentuh belakang kepala sambil tertunduk. Kemudian aku pusingkan badan dan merenung si pelaku. Wajah tidak bermayanya memberi jumpscare terhebat dalam hidupku.

Youngmi, pakaiannya berlumuran darah. Kuyu sepasang matanya ke arahku. Sebelah tangannya terikat pada tiang gara gara digari. Selebih anggota tubuhnya masih bebas. Gadis itu bersimpuh menghadapku. Langsung aku lupa bagaimana aku boleh terikat begini setelah terpandang wajahnya.

Sungguh aku lega selepas dapat tahu Youngmi masih lagi bernafas.

" Oi pink! Halah menung pulak. Aku tanya ni. Sejak bila kau tergolek kat situ?" suara menjerit dalam berbisik itu menghilangkan lamunanku.

Melihat akan kedudukan kami berdua agak jauh antara satu sama lain, aku mengesot ke arah Youngmi. Ala ala ulat bulu mahu menggatal. Sungguh aku rasa jijik tatkala baju mahalku bergesel pada permukaan lantai yang melekat lekit ini.

Bekas apa? Aku taknak tahu. Ditanbah pula sakit pada tubuh akibat bergelut dan pengsan di posisi yang menyakitkan tubuh dalam jangka masa yang lama. Sungguh seksa!

Kini Youngmi berada di hadapanku. Wajahnya jauh lebih bersih daripada pakaian pada tubuhnya. Aku tahu, angkara ihsan Younghoon yang masih jatuh sayang pada isteri tercinta walaupun bertindak dayus.

Isteri? Aku sudah agak, hanya penipuan semata.

" Kau okay tak?" dalam sepasang mataku menjelajah serata wajah dan tubuh Youngmi. Jika tanganku tidak berikat, sudah lama aku tarik tubuh itu ke dalam pelukanku. Ingin memberi ketenangan dan keselesaan kepadanya.

" Younghoon tahu aku cuma berlakon hilang ingatan. Now dia tengah punish aku." kepalanya tunduk merenung gaun hospital di tubuhnya.

Aku ketap rahang. Geram pula mahu membebel berdas das pada Youngmi, gara gara kedegilannya mahu membuat bukti sendiri sekarang sedang memakan diri. Tetapi aku tahankan. Sekarang bukan masanya untuk berbalah.

" Kau tu, macam mana kau boleh ada dekat sini? Younghoon culik kau jugak ke?" gadis itu mengubah topik. Pandangan kami bertemu lagi.

Aku senyum simpul lalu rapatkan lutut pada dada. Malu pula mahu bertentang mata dengan gadis itu, " Aku datang rumah kau, try nak cari bukti. Sekali terkantoi dengan mangkuk hayun tu. Dia heret aku ke sini. Sempatlah kena belasah sampai koma. Eh kejap dah berapa hari kau kat sini?"

Youngmi berdecit berkali kali. Kepalanya digeleng bagai tak percaya dengan ceritaku. " Aku dah dua hari kat sini. Kau tu, aku sedar je dah terbaring tak bergerak. Ingatkan mati."

roomie.Where stories live. Discover now