1 8 ; roommate unofficially

49 11 33
                                    

•••

« youngmi »

Aaachooo!

Buat kali ke tiga aku sedar daripada lena angkara hidung yang dari tadi menjadi pengeluar tegar bendalir mukus.

Tiba di rumah, rasa sejuk yang aku bawa dari tasik petang tadi langsung tak hilang. Akibatnya pengaliran udara di hidung tak berapa lancar disertai dengan berapa puluh kali aku bersin semasa tidur.

Tuala yang diguna untuk lap hidung dicapai lalu aku hembuskan hidung. Barulah lega sedikit. Tangan aku letakkan di dahi dan leher. Tak panas, menandakan aku tak demam.

Mungkin kalau ambil ubat selsema baru lega agaknya. Selimut yang membaluti badan aku tolak ke tepi. Langkah aku atur ke tingkat bawah. Seperti biasa hanya samar samar sahaja cahaya yang menerangi menandakan penghuni ruang bawah sedang beradu.

Selesai telan beberapa pil, aku letakkan mug di singki. Baru sahaja ingin naik ke tangga, mata sempat menjeling ke bilik Chanhee. Pintu bilik nampak tak bertutup rapat, ada cahaya yang keluar.

" Ay, malaun ni. Tak reti tidur ke?" gumamku sendiri.

Bersama langkah yang terjengket jengket, aku menghampiri. Daun pintu aku kuak sedikit. Kelibat Chanhee yang sedang terlentang di atas katil dipandang. Lena berselimut.

" Dia ni, suka tidur dalam cerah ke?" aku jeling lampu tidur yang dinyalakan terang. Rasanya boleh je adjust jadi malap sikit. Tapi takpelah, ini bilik Chanhee. Bukan aku.

Baru sahaja ingin tutup pintu. Telinga dapat tangkap suara mengerang perlahan. Serta merta aku luaskan bukaan pintu semula. Membuak buak rasa ingin tahu dengan keadaan Chanhee. Dah kalau aku selsema, dia apatah lagi.

Kaki diatur langkah menuju ke katil. Sebelah tangan aku letakkan di atas dahi Chanhee. Makaihh, ini dahi ke cerek? Tarik sahaja tangan, Chanhee membetulkan posisi badan menghadap aku. Dia tidur mengerekot, menandakan menahan kesejukan.

" Chanhee." aku tepuk perlahan bahunya.

" Hm?" mamai dia menyahut.

" Kau demamlah."

Chanhee tidak menjawab. Sebaliknya dia tarik selimut hingga ke leher. Sejuk betul tu, padahal langsung tiada perkakas penyejuk yang terpasang. Aku ketap bibir, nampaknya nak atau taknak giliran aku pula la jadi caretaker tak berbayar kepada Chanhee.

Aku menuju ke dapur dan kembali semula ke ruangan itu bersama besen kecil berisi air serta tuala bersih. Pil paracetamol turut dibawa bersama. In case lelaki itu sedar, aku bagi ubat. Setel masalah.

Masalahnya sekarang, malaun ni macam koma aje.

" Kau ni, manja betul. Mandi tasik sikit dah demam. Tsk, lemah!" mulut dan tangan seiring bergerak. Tuala yang telah direndam aku perah sebelum sapu ke wajah dan leher Chanhee. Rambutnya yang menutupi dahi aku selak.

Berkerut wajahnya. Mungkin sejuk, atau sakit telinga dengar aku memekak jam tiga pagi. Tiga kali berturut turut aku rendam tuala, perah dan letak di kepala Chanhee. Dengan harapan turun sedikit suhu badannya.

Mata sempat jeling wajah Chanhee yang disimbahi cahaya lampu tidur. Polos aje. Jealous pulak tengok dia tidur lena. Tapi kalau aku biarkan, risau pulak kena sawan. Kalau Chanhee sawan, siapa nak masakkan untuk aku?

" Dah bangun nanti, makan ubat. Tak kuasa la nak jaga kau sampai pagi. Esok aku kelas tahu tak. Pukul sembilan start. Lecturer dah la garang. Kau bukannya nak tolong hantar pun." bebelku seraya menempelkan pelekat penyejuk di dahi Chanhee yang aku jumpa dalam laci.

roomie.Where stories live. Discover now