2 6 ; yellow tulips

46 11 33
                                    

•••

« youngmi »

Jam tiga pagi. Younghoon kejutkan aku, mengatakan dia perlu outstation.

Dalam keadaan mamai aku tanya, kenapa tiba tiba?

Dia hanya senyum dan jawab, sebab kerja sayang.

Ulas bibirnya menyentuh dahiku. Lama. Dakapan pada tubuhku turut dieratkan, seakan akan berat hati untuk meninggalkan aku sendirian. Lembut aku lurut belakang lelaki itu. Dapat aku rasakan bibirnya berlabuh di bahuku yang terdedah sebelum pelukan terlerai.

" Esok oppa balik tau! Jangan keluar rumah. Jaga diri, kalau jadi apa apa terus call tau?" berpuluh kali pesanan yang sama dititipkan. Isyarat ibu jari dan jari kelingking dikeluarkan dari penumbuk, membentuk call. Aku hanya mengangguk bagaikan burung belatuk.

Cardigan aku capai lalu aku balut tubuhku yang hanya dilapisi baju tidur nipis. Mata Younghoon singgah ke mari. Aku hanya buat buat selamba. Sempat kami berbalas senyuman sebelum dia berjalan ke arah pintu rumah.

" Bye oppa! Take care!" aku melambai dari pintu. Keadaan luar rumah masih gelap dan sejuk berembun.

Lelaki itu sempat membalas lambaianku sebelum masuk ke kereta. Kereta berjenama KIA itu meluncur laju sebaik sahaja pintu pagar automatik terbuka luas.

Kini tinggal aku sendiri di dalam banglo lama dua tingkat ini. Pintu rumah ditutup rapat lalu aku hayunkan langkah ke bilik semula.

Act normal Mimi, camera is everywhere.

Pagi menjelma, aku ambil keputusan untuk pura pura mengemas bilik kerja Younghoon. Tempat yang diharamkan untuk aku jejak. Sekarang dia takde jadi aku bebas untuk buat apa sahaja. Walaupun aku tahu aku tetap diawasi dalam diam.

Nak buat macan mana, Youngmi yang dilakonkan cuma hilang ingatan. Bukan hilang perangai.

Pintu dikuak, aku mulakan sesi lakonanku kemas mengemas. Semua yang ada di ruangan lelaki itu normal. Sehinggalah aku tertolak pasu bunga plastik menggunakan bulu ayam. Bunga plastik dan pasu itu bercerai setelah jatuh ke lantai. Tetapi sesuatu yang menarik perhatianku.

Satu kunci, berkepala bunga. Bahagian yang bergerigi telah disadur dengan emas. Dicucuk di celah tanah yang diperbuat daripada polisterina.

Sepantas kilat aku ambil dan simpan ke dalam kocek. Lekas aku bersihkan segala sepah lalu simpan di tempatnya semula. Sempat aku berlakon mengemas sebelum berjalan keluar dari bilik kerja lelaki itu.

Sekurang kurangnya, setahun lebih aku berlakon amnesia ada hasilnya.

Dan sekarang, aku perlu cari padanan kunci ini.

Kunci yang bakal menunjukkan aku, bahwa Younghoon adalah head hunter.

--❦︎--

Aku yakin di sini.

Pintu bangsal ditolak perlahan. Hanya cahaya daripada flashlight telefon yang menjadi sumber cahayaku. Setelah sehari suntuk mencari, aku pasti di sini. Tambah pula dengan penemuan objek bulat berbungkus plastik hitam tempoh hari. Menambah keyakinan aku terhadap apa yang jadi pada kawasan kejiranan ini.

Bersungguh mata meliar, mencari dan menyuluh. Mencari lubang kunci yang mungkin menjadi jambatan kepada ruangan rahsia yang disembunyikan oleh Younghoon. Peluh membasahi baju walaupun cuaca agak sejuk di luar.

roomie.Where stories live. Discover now