1 0 ; kimbap kidding

47 14 55
                                    

•••

« youngmi »

Hiruk pikuk suasana cafe yang baru sahaja dibuka bersebelahan dengan library ini. Memandangkan sekarang ini merupakan waktu kemuncak bagi lunch hour, jadi tak pelik kenapa tempat ini dipenuhi dengan student kelaparan.

Satu kimbap yang telah di potong menegak aku ambil menggunakan chopstick lalu aku suap ke dalam mulut. Perit untuk mengunyah gara gara ulser sebesar duit syiling pada gusi bergesel dengan gigi. Hasil daripada first kiss aku.

Haish, bila teringat balik, aku rasa nak bertukar badan dengan meja. Sampai harini aku elak untuk berdepan New. Malu punya pasal, lelaki pink itu turut berbuat demikian kerana first kiss itu berlaku angkaranya. Tak pasal pasal bibirku dah tak virgin!

Tetapi aku tak nafikan 0.005 peratus bahagian hatiku berbunga bila teringat semula. Biarpun waktu itu bibirku berdarah gara garanya, dia langsung tak benarkan aku tengok cermin. Siap bantu bersihkan lagi. Taknak bagi aku tengok darah, risau aku pengsan lagi! Ahhh caringnyaaa!

Aku senyum sendiri, lima saat kemudian senyuman itu mati. Baru sedar diri.

Dahi ditepuk kuat. Aduhh, kenapa la otak sewel aku asyik throwback? Ini masuk kali ke enam belas aku fikir benda sama harini!

Sah aku gila.

Tok! Tok! Mejaku diketuk seseorang.

" Youngmi ssi."

Aku alihkan tangan dari kepala. Kelibat Sir Kevin yang sedang berdiri di tepi meja aku sambut dengan senyuman. Lantas aku membuat isyarat supaya lelaki itu menyertai aku.

" Bibir tu dah kenapa bengkak macam Angelina Jolie? Awak cucuk botox ke semalam?" soalan itu yang dia ajukan sebaik sahaja lelaki itu melabuhkan punggung berhadapan denganku.

Aku kemamkan bibir, aduhai! Obvious sangat ke bengkak bibir aku ni? Penangan ulser, tak memasal bibir aku macam cucuk botox short term yang tak rosakkan ginjal.

" Takde la sir, jatuh basikal je." acuh tak acuh sahaja aku menjawab.

Sir Kevin menggeleng, tahu jawapan aku itu kategori main main. Gila apa aku nak beritahu hal sebenar?

" Aeri mana? Selalunya berkepit aje dengan awak macam belangkas" soal Sir Kevin seraya melipat lengan kemejanya hingga ke paras siku.

" Parents dia datang harini. Saya taknak la menyibuk jadi kakak angkat dia." gumamku perlahan. Kimbap aku susun lurus menggunakan chopstick.

" Sir dah order?" aku cuma berbasa basi. Takde topik mahu dibualkan.

Sepasang chopstick yang diletakkan di dalam bekas cultery dia capai. Selamba badak dua kepingan kimbap aku dicurinya. Aku ternganga, tak sangka tindakan lelaki tersangat selamba.

" Sir!" aku jauhkan pingganku darinya. Aku tengah kebulur, suka hati rembat makanan aku. Ada yang jadi lauk aku nanti!

" Mian, saya tak tahan. Lambat sangat makanan saya sampai." perkataan makanan ditekan olehnya. Dua kepingan kimbap itu selamat masuk ke perutnya.

Aku memutarkan bebola mata. Kuban-kuban je perangai!

" Sir baru je sampai, sabarlah. Kebulur sangat ke sampai curi kimbap saya?" kedengaran seperti biadap, tetapi itulah bahasa selesaku bila Sir Kevin tolak ke tepi status professionalnya.

roomie.Where stories live. Discover now