3 0 ; roomie officially

67 12 108
                                    

•••

« youngmi »

a week later.

" Slowly Mimi." pinta Chanhee seraya memimpinku masuk ke dalam rumah.

Sebelah tanganku menyentuh perut yang masih terasa nyeri tiap kali melangkah walaupun sudah seminggu aku menginap di hospital. Sebenarnya doktor masih berkeras mahu pantau aku. Sudahlah baru keguguran, kena tikam, kemudian tumpah darah. Itu tak termasuk trauma yang aku alami sepanjang duduk bersama Younghoon. 

Tetapi biasalah seketul Youngmi yang degil, kita tunjuk mogok nak balik gara gara homesick melampau. Akibatnya bukan aku sahaja kena bebel, Chanhee turut dibasuh cukup cukup oleh perawat garang itu. Akhirnya lelaki bersambut blonde itu tayang muka pasrah dan cakap, okay doctor, she's my top priority now.

Cukup untuk buat aku melting sampai salting bikin kencing manis ting ting ting-

" Kejap eh." Chanhee bantu dudukkan aku di sofa. Kemudian dia menghilangkan diri bersama bagasiku.

Sempat aku memerhati segenap penjuru rumah yang menjadi permulaan segalanya kepada aku dan Chanhee. Memori suka, duka, gila, kelakar, memalukan. Bau aroma rumah ini sendiri juga aku rindu. Termasuk bau kepam Chanhee yang baru pulang dari uruskan cafe kampusku.

Home sweet home semuanyaa!

Kini lelaki itu sudah duduk bersila di hadapanku. Jemari runcingnya bermain dengan jemariku di riba. Aku senyum senang.

" Lapar tak?"

Aku angguk. Makanan terakhir yang masuk ke perut hanyalah dua roti bakar bersalut jem blueberry semasa bersarapan. Itu pun kena sidai lima jam sebelum aku dapat kebenaran untuk discharge. Sekarang dah petang, aku tak sempat lunch.

" Mimi nak makan apa?" soal Chanhee.

Badan disandarkan pada kusyen. Kepala didongak ke atas, sedang berkira kira apa jenis makanan yang sedang aku craving. Mmmm-, makanan local? Western? Rasanya aku takde craving apa apa sekarang melainkan apa apa jenis air tangan Chanhee.

Rindunya nak tengok malaun pink pakai apron hello kitty sambil memasak!

" Lamanya fikir roomie." pehaku terasa berat. Tahulah aku dagu Chanhee berlabuh di situ.

" Roomie?" ton suara sengaja kubuat geli annoying.

Ditambah pula dengan ekspresi jijik melampau. Niat mahu mengusik. Cukup untuk membuatkan Chanhee alihkan dagunya dari ribaku. Lekas dia berdiri tegak. Pandang aku tak puas hati. Aku kemamkan bibir, buat selamba. Standby Youngmi, dia nak sembur kau.

" Ohh kau, dulu bukan main beria claim aku ni roomie kau. Sekarang tak suka pulak. Kau nak apa sebenarnya Kim Youngmi? Perangai complicated kau memang tak pernah nak berubah. Haihh-, nasib sayang." ayat terakhir lelaki itu membuatkan aku hilang kata kata.

Nasib sayang? Aishhh-

" Oh, kau nak aku jadi roomie kau la ni?" bagai orang bodoh aku bertanya, kulit pipi sudah terasa berbahang.

" Iya sayang, barang kau dah masuk bilik aku pun. Masa kau hilang, aku dah plan. Kalau aku jumpa kau, aku nak kita jadi roommate sampai kau fully jatuh cinta dengan aku. Lepas tu kau jadi girlfriend aku, aku propose kau, then kita kahwin." penuh semangat Chanhee merancang flow perjalanan hidup kami. Siap sengih sengih miang pandang siling.

roomie.Where stories live. Discover now